Sabtu, 16 Januari 2010

TINDAKAN BERSEPADU ATASI ISU PATI BAKAL MENYELESAIKAN MASALAH PEMBANTU RUMAH LARI

“Kerajaan akan menggunakan tindakan bersepadu membabitkan penguatkuasaan dan membentuk mekanisme saringan awal yang komprehensif dalam usaha membenteras Pendatang Tanpa Asing (PATI) di negara ini. Tahniah Datuk Seri Hishammuddin atas usaha awal ini memandangkan rakyat Malaysia hari ini mula merasa kurang selesa dengan kehadiran PATI.

Kita menghargai dan memerlukan tenaga rakyat asing tetapi perlulah melalui saluran undang-undang Negara yang sah bukan sahaja di Malaysia malahan sah di negara asal mereka bagi urusan untuk bekerja di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sebagai warga Malaysia yang perihatin terhadap masalah PATI, saya terpanggil untuk turut serta dalam usaha murni ini melalui facebook/blog saya http://illyasalehudin.blogspot.com sebagai pengantara cadangan saya kepada YAB Perdana Menteri.

Kerajaan seharusnya menetapkan sektor-sektor pekerjaan mana yang boleh mengambil atau menggaji pekerja asing mengikut negara. Contoh bagi rakyat Indonesia kaum lelaki hanya dibenarkan bekerja di sektor pembinaan dan perladangan. Kaum wanita Indonesia hanya boleh bekerja disektor pembantu rumah, tukang cuci pejabat dan kilang.

Dasar pengsektoran mengikut negara ini perlu diutamakan dan perlu jelas supaya memudahkan urusan pemantauan pekerja asing di Malaysia. Hari ini kita lihat warga asing berada di mana-mana sektor termasuk di restoran, pembantu jualan, peniaga dan ada yang sudah bergelar tauke dan rakyat Malaysia pula yang bekerja dengan mereka (bukan hina tapi hakikat kelemahan sistem penguatkuasaan hari ini yang perlu kita atasi bersama).

Paling menyedihkan sektor pembantu rumah. Sebut sahaja bagi rakyat Malaysia yang ada dan perlu Pembantu Rumah. Lebih 90% menghadapi masalah Pembantu Rumah lari (berdasarkan kajian saya di Bandar Tun Husein Onn, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, rakan-rakan PROX Bowling Kajang dan sahabat di facebook.

Persoalannya apakah mereka lari dan terus balik ke Indonesia. Jawapannya sama sekali tidak. Mereka masuk ke sini secara sah melalui agen Pembantu Rumah (bayaran masuk kita sebagi majikan yang bayar bukan sikit tapi kosnya mencecah hingga RM8,000.00). Cukup empat bulan selepas agen tidak lagi bertanggungjawab, pada masa inilah Pembantu Rumah lari dan ada yang sempat memberitahu jiran majikan bahawa majikan tak bagi makan dan macam-macam perkara lain yang sengaja direka cipta.

Bayangkan duit RM8,000 itu hangus begitu sahaja dan apabila kita mengambil lagi Pembantu Rumah amaun yang sama perlu dibayar lagi. Dan kos kita bertambah RM16,000. (Kadang-kadang terfikir dengan duit yang sebanyak itu aku boleh kahwin satu lagi. Hantaran di Melaka buat masa ini standardnya RM7,000. Mahal lagi Pembantu Rumah)

Di manakah mereka lari? Mereka lari meninggalkan majikan kerana peluang terbuka luas bagi mereka bekerja disektor restoran/kedai makan dan sebagai tukang cuci pejabat yang hidupnya lebih bebas dan tidak terikat. Sebab itu apabila pihak Majlis Perbandaran buat serbuan di restoran pada kebiasaannya 80% pekerja asing akan diangkut kerana tidak punyai permit (Cuba Tanya Majlis Perbandaran Kajang betulkan statistik ini).

Kerajaan perlu mengatasi masalah ini, di mana wanita Indonesia hanya dibenarkan bekerja di sektor Pembantu Rumah, tukang cuci pejabat (dengan syarat asrama disediakan dan tender cuci boleh ditamatkan serta merta jika mengaji PATI) dan sektor perkilangan (dengan syarat disediakan asrama dan jika pekilang mengajikan PATI seharusnya dkenakan denda yang tinggi.

Sekiranya Kerajaan Malaysia dapat melaksanakan perkara ini dengan jayanya maka pada ketika itu Pembantu Rumah boleh diberikan cuti hujung minggu dan majikan tidak akan risau tentang penyakit “LARI” ini. Buat masa ini jika diberi cuti risiko Pembantu Rumah lari adalah teramat besar.

YAB Dato Seri, rakyat Malaysia merupakan majikan yang penyayang dan bukannya kejam tapi sikap Pembantu Rumah yang suka lari ini menimbulkan masalah besar dan perhatian Kerajaan 1Malaysia dalam konsep “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan” haruslah peka terhadap masalah ini.


Post to YAB Perdana Menteri melalui Facebook Najib Tun Razak jam 2.50am 17 Januari 2010.

6 ulasan:

  1. Watak rakyat Malaysia perlu diteliti secara mendalam. Cuba teliti dari mana asal bangsa-bangsa rakyat Malaysia. Apa yang berlaku memaparkan kesombongan atau keangkuhan dan budi pekerti yang biadab disebabkan persekitaran mewah. Atau cakap bahasa pasar sebagai berlagak macam kaya tetapi tidak kaya! Hayati cerita-cerita orang-orang Ansar dan Muhajirin di zaman Nabi Mohd SAW dan cuba ambil iktibar. Ramai rakyat sekarang Malaysia berlagak seperti orang 'original' atau orang asli Tanah Melayu. Setahu saya kaum-kaum Senoi, Jakun atau Semelai lemah lembut orang-orangnya dari segi percakapan dan perwatakan dan yang kasar adalah haiwan. Orang-orang di Malaysia sekarang berasal dari mana? Etikam nilai dan disiplin bangsa dan bahasa perlu dipupuk bukan setakat berusaha untuk menjayakan 1Malaysia sahaja.

    BalasPadam
  2. Munshi bin Dollah, Kg Paya Keladi24 Februari 2010 pada 6:13 PG

    PATI - singkatan perkataan Pendatang Asing Tanpa Izin. Bagaimana maksud majikan membayar RM7,000 untuk pembantu rumah atau pekerja orang asing sedangkan si pembekal tidak memastikan ada izin yang sah atau tidak? Salah siapa?

    Sekiranya ada perjanjian antara majikan dan pembekal sebab apa tidak terdapat perkara (clause) pemulangan balik wang pertaruhan atau penggantian pekerja dalam tempoh tertentu.

    Dalang utama ialah syarikat pembekal yang mungkin dimiliki oleh orang-orang yang tidak boleh 'disentuh' dan disusuli pula dengan penyakit lama yang masih belum terjumpa cara rawatannya iaitu: RASHUAH dlm bahasa Urdu.

    Satu sebab mas kahwin di Melaka mahal ialah kerana anak dara yang biasa banyak sejarah, orang Melaka panggil 'melukah'. Yang tak ada sejarah tu mahal le! Orang Filipina cakap dalam Bahasa Tagalog: 'Mahal kita'. Sebab lain, kalau orang luar nak kahwin dengan orang Melaka dia kena masuk suku dulu. Itulah adat turun temurun mengikut undang-undang Selat Melaka adanya sebelum dibenaukan betempuk tampau sesudah dinikahkan di bawah pokok bakau.

    Sekian. Harap dapat rujuk singkatan bahasa sebelum menulis.

    BalasPadam
  3. Cadangan lain ialah tanggungan berkaitan wang cagaran/bayaran levi yang dikenakan kepada majikan akan dimansuhkan serentak dengan tamat tarikh paspot. Sebab apa 4 bulan sahaja? Nampak diperbodoh atau dipersuap oleh sindiket pembekal pekerja. Jika tidak keluarkan paspot untuk 4 bulan. Kalau satu orang dikenakan RM8,000 jumlah membekal 100 orang jadi RM800,000. Baik punya perniagaan. "Lebih baik dari berniaga unta, wow!"

    Kita yang keluarkan duit, siapa yang patut ikut atau dengar peraturan? Kalau PATI lari, majikan dipersalah dan bayaran baru perlu dibuat untuk mendapatkan pengganti. Bunyi macam rompakan siang hari yang sah dari segi undang-undang.

    Bila penyangak jadi pengarah inilah akibatnya. Terlalu bijak. Kalau boleh semua orang nak dijual. Macam orang lain tak boleh berfikir disebabkan terdesak. Kalau di Cina hukumannya ditembak sebab menyusahkan rakyat.

    Di Malaysia kita memberi peluang yang saksama dalam semua bidang.

    BalasPadam
  4. Bagus idea tu! Nak cari jalan atasi masalah pembantu rumah yang lari? Siapa kejar mereka dengan tak semena-mena cabut lari! Tak mungkin dapat diselesaikan sebab terlalu ramai Sadeq Segaraga dan Penasihat 25% dalam masyarakat kita. Tengok sekeliling ente berapa ramai 3 ABDUL! Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub, Abdul Kudus, Abdul entah apa lagi. Abdul bermakna hamba dan kalau tak dikawal dia akan bertukar jadi tuan. Pegawai kerajaan adalah hamba masyarakat tetapi yang berlaku nampak terbalik! 75%.

    BalasPadam
  5. Pepatah ada menyatakan: Sebab nila SATU titik, rosak susu SATU belanga.

    Ada ahli-ahli fikir semasa yang lebih bijak menyangkal pendapat lapuk ini dan menggantikannya dengan: Takkan sebab nila setitik boleh rosak susu sebelanga.

    Memang tepat sebab amalan penderaan makin menjadi-jadi sehingga hampir sebati sebagai budaya masyarakat Malaysia dalam semua golongan, bidang dan peringkat. Pendek kata 1Malaysia. Bagaimana hendak dinafikan sedangkan ia terus berulang?

    Kita patut berbangga dengan pencapaian ini!

    BalasPadam
  6. Hal seperti ini tidak sebegitu mudah untuk di atasi. Syabas kepada pihak-pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan 'mengikut perintah'.

    Masalah pentadbiran/sosial seperti ini telah berlaku sejak Portugis memerintah Melaka. Pada waktu itu pemerintah Portugis bercadang untuk menyekat orang-orang tempatan dari 'Berdondang Sayang' dan untuk menggalakkan mereka menyanyi lagu Portugis. Maka dilancarkan 'Ops Dondang' di seluruh pelusuk Melaka termasuk reban ayam.Setelah dinilai, Portugis mendapati mereka berjaya merampas 999 biola. Tidak lama kemudian perisik Pertugis melaporkan yang orang-orang Melaka masih berdangdangkung selepas isya' hingga kesubuh. Setelah membuat kajian teperinci didapati 'Ops Dondang' gagal mencapai matlamatnya sebab yang dirampas adalah biola tetapi pemain biola masih bebas berkeliaran. Sungguhpun ramai suspek yang ditahan dan dituduh sebagai pemain biola tetapi bila disoal
    mereka memberi jawapan/pendapat: "biau le!".

    BalasPadam