Selasa, 20 Disember 2011

Rahman Kutty - Warga LTAT Pertama Menang Emas Sukan Para Asean

Solo Indonesia, 6th Asean Para Games.

LTAT dan Team ProX Kajang begitu bangga dengan pencapaian En Abdul Rahman Kutty dengan pencapaian 2 emas dalam acara double dan trio bowling paada temasya kali ini.

Lebih manis ini merupakan penyertaan pertama kali beliau dalam sukan peringkat negara dan Asean. Dengan kejayaan 2 emas ini kita berharap En. Abdul Rahman dapat mewakili negara ke Temasya Para Olimpik di London tahun depan.

Tahniah buat saudara R


ahman Kutty

Rabu, 5 Oktober 2011

SEPTEMBER YANG SIBUK HINGGAKAN BLOG TAK DIKEMASKINI







Ogos dan September 2011, bulan paling sibuk untuk diriku hinggakan tak terkemaskini blog. Sekadar catatan bulan Ogos & September 2011, LTAT sibuk dengan persiapan Audit 5S, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Aidil Fitri.

Diperingkat nasional, penglibatan sebagai Jawatankuasa Sekkretariat Sektor Swasta GLiC dan GLC bagi persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 berserta Sambutan Hari Malaysia merupakan pengalaman manis bulan September 2011

Gambar menceritakan segala-galanya.

Ahad, 21 Ogos 2011

SYOR TUTUP TOL BATU 11 BUKTI PM PRIHATIN

DISIARKAN DI RUANGAN SURAT BERITA HARIAN MS 34 23 OGOS 2011

2 Ogos 2011, merujuk kepada tulisan saya “Kesesakan Susur Masuk Jalan BTHO Cheras” yang disiarkan di dalam ruangan Surat Berita Harian. Aduan saya berhubung kesesakan susur masuk dan keluar Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Cheras Perdana akibat pembukaan jalan pintas untuk keselesaan penduduk Bandar Mahkota Cheras yang menyebabkan kami menjadi mangsa akhirnya bakal menemui jalan penyelesaian.

Tindakan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang di Hulu Langat berikutan permohonan ADUN Semenyih kerana penduduk sekitar cukup terbeban apabila perlu membayar dua tol kendalian syarikat konsesi Grand Saga Tol Sdn Bhd, yang masing-masing pada kadar RM0.90 dan RM1.00 dalam jarak dua kilometer merupakan satu langkah yang bijak.

Kebijaksanaan ini dapat memberikan konsep “Menang-Menang” kepada penduduk Bandar Tun Hussein Onn/Cheras Perdana yang dianggap menjadi mangsa dan penduduk Bandar Mahkota Cheras dan penduduk Bandar Sg Long dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini berjuang untuk mendapatkan jalan pintas ini.

Sekiranya tol Grand Saga batu 11 yang dikenakan bayaran RM90 sen dapat ditutup masalah kesesakan di susur hampir pasti dapat dikurangkan dan bagi penduduk BTHO dan Cheras Perdana boleh menggunakan susur alternatif yang ke-2 iaitu di susur Balakong dan membuat pusingan patah balik untuk susur masuk ke BTHO/Cheras Perdana.
Dan sesuai dengan konsep 1Malaysia tindakan Perdana Menteri bagi memberi keselesaan kepada masyarakat berbilang bangsa sebenarnya dapat dicapai memandangkan penduduk di BTHO, Cheras Perdana, Bandar Mahkota Cheras, Sg Long terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa.

Dengan MRT bakal mewarnai Lebuh raya Grand Saga dan satu stesen BTHO yang mempunyai kemudahan parkir di wujudkan di sini, cadangan penutupan tol ini dilihat satu langkah bijak bagi memastikan tidak wujud kesesakan jalan raya sebaik sahaja MRT memulakan operasinya dalam jangka masa beberapa tahun lagi.
Akhir sekali walaupun perkara ini masih dalam peringkat kajian, saya suka merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat Perdana Menteri Malaysia.

ILLYA SALEHUDIN JAAFAR
BTHO Suakasih Cheras

Selasa, 2 Ogos 2011

KESESAKAN DI SUSUR MASUK JALAN KE BTHO CHERAS

Terbitan di ruangan Surat Berita Harian 2 Ogos 2011

Isu jalan masuk dari Lebuh Raya Grand Saga ke Bandar Mahkota Cheras bagi mengelak daripada membayar tol di Batu 11 menjadi hangat 4 tahun yang lepas. Pertelingkahan di antara pengendali Lebuh raya dengan penduduk memuncak apabila penduduk merobohkan benteng yang dibuat oleh pengendali Lebuh raya bagi membolehkan mereka menggunakan jalan pintas tanpa perlu membayar tol.

Isu ini sudah reda apabila akhirnya pengendali Lebuh raya mengalah dan membenarkan penduduk Bandar Mahkota Cheras menggunakan jalan pintas dan diwujudkan tambahan trafic light bagi kemudahan pengguna jalanraya. Sejak pembukaan jalan pintas tersebut, penduduk Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) sebenarnya menjadi mangsa berikutan timbulnya kesesakan jalanraya yang melampau bagi susur masuk ke BTHO. Pembukaan jalan ini menyebabkan kesusahan kepada penduduk BTHO.

Sebelum pembukaan jalan raya ini, penduduk BTHO tidak menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang melampau di susur masuk BTHO tetapi dengan pembukaan susur masuk Bandar Mahkota Cheras ini bukan sahaja susur jalan masuk malah susur jalan keluar BTHO ke Lebuh raya Grand Saga semakin bertambah buruk setiap hari.

Apakah akan jadi apabila stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn (dengan kemudahan parkir) siap nanti? Sehubungan dengan itu saya berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pemaju Bandar Mahkota Cheras dan Majlis Perbandaran Kajang perlu mengambil inisiatif dan tanggungjawab bagi menyediakan jalan susur masuk bertingkat bagi penduduk BTHO yang telah dinafikan kenikmatan menggunakan Lebuh raya Grand Saga sejak jalan pintas susur masuk Bandar Mahkota Cheras dibuka.


ILLYA SALEHUDIN
Suakasih BTHO

Selasa, 19 Julai 2011

4 REMAJA DITAHAN KERANA MEROMPAK DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN

Warga BTHO baik yang tinggal di Suasana, Suadamai, Suakasih, Primaya, Arca, Avenue dan kawasan sekitaran tentunya sejak kebelakangan ini agak gusar dan kurang selesa akibat berlakunya banyak kejadian pecah rumah, kecurian kasut dan paling dibimbangkan rompakan bersenjata.

Kes Pak Guard ditetak dilaporkan berlaku pada 13 Julai, kejadian rompakan di Arca, di Suadamai dan Suakasih semuanya baru kita dengar berlaku. Isu sama ada atau tidak sesuatu kawasan itu ada pengawal keselamatan tidak lagi relevan. Semua kawasan telah dibolosi.

Dalam pada kita rasa semacam perkara ini akan reda tiba-tiba surat khabar Utusan Malaysia dan Kosmo pada 17 Julai 2011 melaporkan berita lebih mengemparkan.
Empat remaja lelaki, dua daripadanya masih bersekolah merompak barang berharga dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM50,000 dari sebuah rumah dua tingkat di Bandar Tun Hussien Onn.

Paling tak disangka kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang bukannya pada waktu puncak merompak di BTHO iaitu lewat pagi (3 hingga 5 pagi), tengah hari pada hari bekerja (10 pagi hingga 2 petang) di kala kita semua di BTHO alpa melayan perlawanan bola sepak Malaysia melawan Liverpool. Tergamam juga kita tengok pasukan ini boleh jaringkan gol bertaraf “Word Class”.

Rumah yang dirompak pula dilaporkan mangsa tiada di rumah kerana keluar bersama keluarganya menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Liverpool dan Malaysia di Stadium dan tinggallah pembantu rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab, suspek dipercayai mengetahui selok belok kediaman mangsa yang ketika itu dijaga oleh seorang pembantu rumah wanita berusia 41 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun dikatakan memasuki rumah mangsa melalui pintu tepi. “Mereka kemudian mengacukan sebilah pedang samurai ke arah pembantu rumah itu sebelum mengikat tangan serta mulutnya dengan tuala. Kumpulan remaja penjenayah itu kemudian menggeledah rumah itu dan mengambil beberapa barangan berharga milik mangsa.

“Antara barangan yang dilarikan adalah dua unit komputer riba, komputer tablet iPad, wang tunai dan beberapa unit telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM50 ribu.

Kenyataan pihak polis lebih mengemparkan apabila dimaklumkan dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah, manakala masing-masing seorang penuntut kolej dan penganggur itu melarikan diri dengan menaiki motosikal. Mereka semua (suspek) telah pun ditahan dalam operasi berasingan yang berakhir pukul 2.30 pagi ini di sekitar Kajang.

Hasil pemeriksaan pihak polis tela menemui semula barangan rompakan dan peralatan untuk melakukan jenayah itu termasuk sebilah pedang samurai dan pemutar skru.
Dengan tertangkapnya suspek, mungkinkah masalah rompakan bersenjata, kes kecurian kasut yang berleluasa selama ini di BTHO akan berkurangan atau tiada. Kita harap dan berdoa begitulah tetapi kita di BTHO dalam masa yang sama perlu meningkatkan tali persahabatan antara jiran tanpa mengira bangsa dan memberi sokongan kepada Jawatankuasa Penduduk dalam usaha memperketat kawalan keselamatan dengan membayar yuran yang ditetapkan.

Kita sering menuding jari kepada pengawal keselamatan atau Jawatankuasa Penduduk bila berlaku kecurian tetapi kita juga kadangkala lupa bahawa bilangan Pak Guard yang bekerja adalah kurang disebabkan Jawatankuasa Penduduk hanya mampu mengadakan bilangan seminimum itu akibat kutipan wang rendah. Mana mungkin 2 atau 3 sahaja Pak Guard bertugas boleh mengawal 390 rumah dalam satu-satu kawasan pada sebelah malam tetapi jika pendapatan pembayaran keselamatan adalah tinggi, lebih Pak Guard dapat diupah maka pastinya kawalan keselamatan dapat diperbaiki.
Adalah diharapkan BTHO akan dapat kekal sebagai sebuah bandar yang aman dan tenteram selaras dengan hasrat melihat BTHO menjadi bandar hari ini untuk masa depan yang lebih tenteram dan selesa.

Rabu, 6 Julai 2011

ZON AEE SUAKASIH BTHO – DISEBALIK MUSIBAH YANG MELANDA

Kejadian rompakan bersenjata yang berlaku pada subuh 29 Jun 2011 benar-benar menimbulkan kesan trauma bukan sahaja pada mangsa yang terlibat tetapi kepada seluruh warga AEE Suakasih BTHO.

Menurut maklumat yang ada, ini merupakan kejadian yang pertama berlaku dalam tempoh 8 tahun sejak AEE diduduki dan kita juga bersyukur kerana walaupun mangsa diikat tetapi tiada kecederaan yang berlaku. Mangsa juga dikatakan baru berpindah masuk ke Zon AEE ini pada 1 Mei 2011. Menurut pihak polis pada malam yang sama turut berlaku rompakan yang sama di kawasan elit Arca, BTHO dan pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini boleh berulang dalam masa terdekat.

Atas nasihat dan maklumat yang pihak polis berikan, penduduk Zon AEE telah mengambil drastik dengan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari yang sama 29 Jun 2011 jam 10.45 sebaik sahaja perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Taiwan tamat.

Kehadiran sekitar 100 orang daripada jumlah rumah sebanyak 390 di Zon AEE menggambarkan betapa penduduk mengambil berat masalah ini dan tentunya pergantungan semata-mata kepada pihak “security guard” bagi keselamatan kawasan AEE sebelum ini bertukar kepada satu kerjasama erat antara penduduk dengan jawatankuasa penduduk (sementara) yang merupakan pihak yang menguruskan pengawal keselamatan.

Kalau selama ini En. Nasir bergerak macam seorang diri dan hanya dibantu oleh mantan pengerusi Haji Resul dan AJK lain seperti En. Hashim dan En. Abdullah maka mesyuarat malam tersebut sebenarnya dapat mengurangkan bebanan En. Nasir terutamanya.

Alhamdulillah, mesyuarat tersebut telah berjaya:-
 Mendapatkan kerjasama majoriti penduduk untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselamatan kawasan seperti memasang lampu depan dan belakang rumah pada waktu malam.
 Mendapatkan pandangan bernas ke atas peningkatan tanggungjawab pengawal keselamatan antaranya memastikan palang jalan utama ditutup pada waktu malam dan hanya dibuka jika pengguna telah dipastikan adalah penduduk AEE.
 Merapatkan tali silaturahim antara penduduk AEE dengan penduduk yang baru seperti penduduk baru di kawasan Zon 5A (32 unit rumah).
 Mewujudkan semula dan melantik Ketua-Ketua Jalan yang bertanggungjawab membantu kutipan bayaran bulanan dan menjadi penghubung antara AJK dengan penduduk dalam perkara berkaitan AEE Suakasih.
 Beberapa penduduk telah sukarela menawarkan diri untuk meronda sebelah malam.

Lanjutan dengan adanya wakil atau Ketua-ketua Jalan satu mesyuarat telah diadakan pada hari Sabtu malam yang lepas 2 Julai 2011 dan dalam mesyuarat tersebut telah dipersetujui lantikan beberapa AJK Sementara melibatkan jawatan Timbalan Pengerusi Sementara, Setiausaha Sementara dan Bendahari Sementara.

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengusahakan pemasangan pagar-pagar di kawasan yang masih belum berpagar dan membaiki pagar yang dibolosi oleh perompak tempo hari. Sekiranya kutipan dapat dipertingkatkan bilangan pengawal keselamatan akan dapat ditambah seiring dengan tambahan pos guard di kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.

Dan menariknya bagi memupuk semangat perpaduan dan kekitaan antara penduduk, satu cadangan gotong-royong perdana antara penduduk dirancang. Alhamdulillah gotong-royong perdana ini bakal diadakan dalam suasana kita penuh bersemangat untuk menjayakannya pada hari Ahad ini, 10 Julai 2011 jam 9 pagi bertempat di Pos Pengawal Pintu Utama AEE.

Semangat untuk bergotong royong ini ternampak dengan jelas dengan adanya penduduk seperti En. Rohaizat, Zurina Hussein, Astuty Amrin, Cindai-Cindai yang telah menyatakan untuk memberikan sumbangan antaranya air mineral, mihun goreng, kuih tepung talam dan karipap (hantu makcik Karipap tentu suka).

Saya juga tertarik dengan nasihat En. Fadzli Husain melalui AEE yahoo group yang meminta kita untuk buat solat tahajud untuk mengelakkan daripada bala bencana.
Dan dalam berbicara soal kawalan keselamatan, isu kutipan wang yang merosot tentunya juga menjadi agenda utama. Bayangkan daripada 390 unit rumah yang ada kurang 40% yang membuat bayaran. Inilah yang menyebabkan bayaran security guard tidak dapat dikurangkan daripada RM50 kepada RM30 sebulan. Sekiranya semua penduduk membuat komitmen bayaran saya percaya bayaran bulanan ini boleh dikurangkan.

Untuk permulaan semula, dengan adanya AJK Jalan, adalah diharapkan kutipan dan dapat dipertingkatkan kerana jika sumbangan wang ini dapat ditingkatkan tentunya ada lebihan ke atas bayaran kawalan keselamatan dan lebihan ini boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan seperti mewujudkan CCTV.

Untuk makluman sekiranya bayaran kawalan keselamatan ingin dibayar menerusi perbankan internet atau mesin ATM, Akaun AEE yang didaftarkan dan penandatangan dibenarkan (Resul, Hashim dan Abdullah) adalah di Public Bank (no akaun 3996413115) dan salinan slip pembayaran boleh diserahkan pada wakil jalan atau pos pengawal dengan mengisi nama tuan/puan sebagai bukti bayaran kawalan keselamatan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, semoga gotong-royong perdana ini menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan, saling kenal mengenali antara jiran dan meningkat ukhuwah antara kita sesama umat manusia.

JUMPA DI GOTONG-ROYONG PERDANA AHAD INI, 10 JULAI 2011 JAM 9.00 DI POS UTAMA AEE SUAKASIH.

Khamis, 30 Jun 2011

HARI TERBUKA GLC - KENANGAN & KEPUTUSAN E-PERADUAN

Hari Terbuka GLC telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 24 hingga 26 Jun 2011 dan penyertaan LTAT (GliC)beserta anak syarikat LTAT seperti Boustead Holdings dan Affin Bank (GLC)berjaya menarik minat ramai pengunjung.

Yang penting hari Terbuka GLC daapat memberikan kesedaran awam kepada masyarakat Malaysia betapa GLC memainkan peranan penting dalam kehidupan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

Dari peladangan ke industri berat, dari industi penghasilan minyak sawit ke industri pembuatan kereta nasional, perkhidmatan kepada warga Malaysia dan warga Tentera, keperluan kehidipan harian dan perjanaan ekonomik negara semuanya dapat di sampaikan melalui Acara Yang Pasti Ya Malaysia - Hari Terbuka GLC.

Adalah diharapkan acara ini dapat diteruskan pada masa depan di venue yang lain pulak.

Keputusan pemenang Hari Terbuka GLC sila layari pautan berikut:-

http://www.glcopenday.com.my/winner.html





Khamis, 23 Jun 2011

PERADUAN "CONTEST" SEMPENA HARI TERBUKA GLC 2011

Permainan dan peraduan menarik menanti pengunjung di Hari Terbuka GLC termasuk peraduan pencarian harta karun, e-peraduan, teka-teki, pertandingan mewarna dan juga kuiz yang dibuat secara spontan. Para pemenang bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti Proton Saga 1.6, Ford Fiesta, komputer riba, pakej percutian dan pelbagai lagi.

JOM MARILAH BERAMAI-RAMAI KE GLC OPEN DAY 24 HINGGA 26 JUN 2011

Pencarian Gambar

Berganding dengan rakan, anak, ataupun pasangan dan luangkan masa sehari mencari gambar-gambar yang tersembunyi di tempat yang tidak disangka-sangka. Perah otak anda untuk menyelesaikan teka-teki dan soalan kuiz, dan gunakan kudrat anda untuk berlumba mendapatkan Hadiah Utama berupa peralatan elektronik.
e-Peraduan

Sekiranya anda berumur 12 ke atas, mari menguji tahap pengetahuan am anda dalam peraduan ini. Dengan hanya memilih jawapan yang betul dalam borang peraduan tersebut dan karangkan slogan yang kreatif, pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk kereta Proton Saga dan Ford Fiesta!
Pertandingan Susun Suai Gambar

Terbuka kepada semua peringkat umur, permainan ini menguji kebolehan pasukan yang berpasangan untuk menyambung titik-titik. Tumpukan perhatian anda pada kepingan-kepingan gambar tetapi jangan pula lupa pada gambaran yang lebih besar! Pemenang akan menerima baucar hadiah bernilai sehingga RM900!
Pertandingan Mewarna

Aktiviti bagi si kecil tidak ketinggalan. Bawalah anak-anak anda dan daftarkan mereka untuk pertandingan mewarna. Si kecil dengan lukisan terbaik akan membawa pulang akaun bank untuk memulakan simpanan mereka untuk masa depan.
Kuiz Spontan

Bagi aktiviti yang santai dan mudah, sertai Kuiz Spontan dan menangi hadiah secara serta-merta. Kuiz-kuiz spontan ini diadakan sepanjang hari dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Selasa, 21 Jun 2011

GLC OPEN DAY 24 - 26 JUNE 2011

GLC Open Day is the brainchild of the Putrajaya Committee on GLC High Performance (PCG) in an effort to better educate the public on the unique roles played by GLICs and GLCs how they have contributed towards the development of the nation's economy.

GLICs have been entrusted to manage funds with strategic investments in GLCs, which are involved in major, high impact industries and their performance is directly and indirectly linked to the broader economy. They act as catalysts of growth, create jobs, as well as provide training and development. Their journey and achievements are part of corporate Malaysia's success story.

At the GLC Open Day, visitors will have the opportunity to learn more about the businesses of GLCs while explore business and job opportunities. There will also be public forums to hear from the experts on issues challenging the operating environment and the macro economy. Ultimately, GLC Open Day aims to forge greater engagement with the public and create better collaborations.

Details please visit http://www.glcopenday.com.my/learn.html

Ahad, 12 Jun 2011

PIALA FA - HIKMAH DI SEBALIK KEKALAHAN PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN

Jun 11, 2011 tepat jam 6.30 petang saya, Wan Mahmood dan anak sulongnya Shahir brtolak dari BTHO ke Stesen LRT Bandar Tun Razak. Kami menaiki LRT dan mendapati LRT tidak sesak dengan penonton Kelantan mahupun Terengganu.

Kami sepakat mengatakan ini pertanda Piala FA kali ini mungkin bilangan penonton tak ramai mungkin sebab Kelantan dah selalu masuk final. Sangkaan kami melset sebaik sahaja turun dari LRT rupanya puluhan ribuan penyokong Kelantan dan Trengganu sudah tiba dan berkumpul lebih awal.

Waktu Maghrib tiba dan seperti mana biasa kena sholat dulu. Malangnya surau kejap ada air kejap tak ada dan surau di stadium bergelap kerana tiada bekalan elektrik. Kami menanyakan petugas di situ dan maklumkan kepada kami dan 2 hari bergelap sebab ada masalah sikit katanya. Ini benar-benar memalukan kerana fasiliti yang disediakan tidak berfungsi maka bersholat dalam gelap berwudhukan air mineral.

Setelah selesai, kami terus ke pintu utama untuk masuk stadium. Sesak sesak sesak begitu ramai puluhan ribu penonton. Kami masuk di pintu Kelantan kerana kami penyokong Kelantan. Malangnya tiada tempat duduk yang kosong termasuk tempat pejalan kaki di sebelah bangku penduduk. Kami sudah biasa dan sering hadir pada setiap perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA tetapi inilah kali pertama dalam sejarah kami saksikan Stadium begitu sesak hingga tiada tempat penonton.

Nasib baik ada pasukan Polis yang membenarkan kami duduk di tempat/meja wartawan yang agak kosong sedikit. Tapi kami terfikir juga apakah FAM telah terlebih mencetak tiket atau pun wujud tiket palsu?

Pada kami yang biasa melihat pasukan Kelantan bermain, permainan mereka kali ini sedikit hambar dan kemenangan pasukan Terengganu wajar dipuji kerana berjuang hingga ke saat akhir wisel penamat. Tempoh 4 minit masa tambahan itu dimanfaatkan pasukan Terengganu. Kenapa tempoh 4 minit masa tambahan diberikan. Kesalahan wajar diletakkan kepada penonton Kelantan yang melontarkan bunga api di dalam (post gol) Trengganu ketika pasukan Kelantan hebat menyerang di kubu Terengganu.

Walau apa yang berlaku kali ini usaha pihak keselamatan melibatkan PDRM, Rela dan Bomba harus dipuji kerana dapat mengurangkan lontaran bunga api dan mercun melalui benteng yang dibuat di sekeliling pintu pagar Stadium. Tindakan yang bijak bagi mengelakkan mercun dan bunga api di seludup masuk mengikut akses tersebut.

Dan pujian juga harus diberikan kepada majoriti penonton Kelantan terutamanya yang membuktikan bahawa walaupun pasukan Kelantan tewas tiada insiden yang tidak diingini berlaku seperti membakar kerusi stadium atau membuat huru-hara. Rupanya ada hikmah di sebalik kekalahan Kelantan di mana terbukti penyokong Kelantan sudah profesional dan dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka. Perjalanan balik kami menaiki LRT penuh dengan gelak tawa penyokong Kelantan dan mereka positif Piala Malaysia nanti bakal milik mereka.

Namun jangan lupa memperbaiki fasiliti terutama Surau Stadium Bukit Jalil.

Rabu, 8 Jun 2011

PREMA YIN VIDEO KLIP LAGU MARILAH

Walaupun Gambit Saifullah yang membikin video ini telah memohon maaf dan menjelaskan video ini utuk pasaran Amerika namun adalah wajar pihak Kementerian Penerangaan Komunikasi dan Kebudayaan di bawah YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim mengambil tindakan ke atas penyanyi dan pembikin video ini kerana jelas melanggar tatsusila dan adab budaya kesopanan masyarakat khususnya orang Islam di Malaysia.

Kalau Faizal tahir dikenakan tindakan "gam" oleh RTM dan stesen swasta yang lain di Malaysia, apakah Prema Yin boleh dikecualikan.

Video ini langsung tidak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat Malaysia dan tiada apa yang boleh dibanggakan.

Isnin, 30 Mei 2011

Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK)

Alhamdulillahlah berkat kerjasama dan toleransi antara Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK telah dipilih menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.

Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.
Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Memetik artikel daripada Berita Harian Online, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini. “Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya,”

Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara.

Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan.

“Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi.


“Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan,” katanya.

Untuk rekod pengumuman pemansuhan PTK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ujian PTK diperkenalkan pada 2003 berikutan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada Oktober 2002 menggantikan Skim Saraan Baru (SSB) yang diguna pakai bagi menilai prestasi kakitangan awam sejak 1990.

Bagi Agensi Badan Berkanun Persekutuan Yang Di Asingkan Skim Saraannya termasuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera, tentunya akan memerhati dengan penuh minat ke atas pelaksanaan PROSPEK ini kerana wujudnya budaya baru dalam kriteria penilaian yang ditetapkan sekali gus mencerahkan peluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya bagi pegawai dan kakitangan yang benar-benar ikhlas dan menunjukkan semangat tinggi di dalam melaksanakan tugasan harian.

Diubahsuai daripada Petikan Berita Harian Online bertarikh 2011/05/20 Tajuk Tiada Lagi Ujian

Sabtu, 21 Mei 2011

TARGEDI TANAH RUNTUH YANG MENIMPA ANAK YATIM AL TAQWA ULU LANGAT

Kira-kira jam 4.00 petang, ketika sibuk membelanjakan wang bonus di Jaya Jusco, aku menerima sms yang meruntun jiwaku dan membuat aku tergamam.

SMS dari Haji Azmi berbunyi "MHN BANTUAN TNGA DAN WANG RINGGIT untuk membantu ank yatim al taqwa lembah azwin hulu langat. Msh ad anak ytm terperngkap di dlm tanah runtuh skrg".

Mana tidaknya aku tergamam, boleh dikatakan semua anak-anak yatim tersebut,telah dan akan aku temui sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Bukan aku melawat mereka, tetapi mereka datang ke Wakaf Damai Suadamai BTHO bagi mengisi program kami kerana Ustaz mereka Uztaz Azam(Ahmad) merupakan ustaz kami juga.

Ustaz Azam merupakan pemilik/penjga/pembimbing anak-anak yatim ini. Nyanyian nasyid mereka beralunkan kompang, bacaan al quran mereka, berzanji masih teriang-iang di telinga ku.

Aku hentikan aktiviti membelanjakan bonus LTAT, sebaliknya terus ke Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Aku parking keretaku 3 kilometer dari tempat kejadian dan telah bersiap sedia untuk berjalan kaki dan masuk ke kawasan kejadian tetapi malangnya hujan lebat ditambah arahan pihak berkuasa untuk tidak menghampiri tempat tersebut memnbantutkan perjalanannku.

Hujan turun dengan lebatnya hingga jam jam 7.00 malam. Aku sempat berjumpa dengan seorg penduduk Kampung Gahal yang menceritakan bagaimana beliau merupakan orang yang pertama memberi bantuan. Beliau berjaya menarik 2 kanak-kanak dari tanah runtuh malangnya 2 kanak-kanak tersebut tiada lagi nafas (meninggal dunia) sebelum ditarik keluar. SEDIH SEDIH SEDIH.

Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi difahamkan, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim bagi membuat latihan persembahan untuk satu program yang akan diadakan di madrasah itu.

Sehingga berita ini ditulis 5 telah meninggal dunia, 7 berjaya diselamatkan dan lebih kurang 13 masih lagi tertimbus. Aku baru sahaja menghubungi saudara Rosli Jaafar yang turut menjadi anak murid Ustaz Azam.

Kami dengan rendah diri dan sepakat mohon bantuan rakan-rakan di LTAT untuk memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak yatim ini dan sehubungan itu pagi ISNIN nanti, En. Rosli akan membuat kutipan derma dan untuk makluman semua anak-anak yatim ini sebenarnya dibentuk untuk menjadi Tafiz Al Quran.

Terima kasih atas bantuan semua.

Selasa, 5 April 2011

Majlis Perasmian Kolokium Pengurusan Kewangan Kementerian Pertahanan Tahun 2011

Kuala Lumpur 04 April 2011 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Pengurusan Kewangan Kementerian Pertahanan Tahun 2011 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta pegawai-pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan.

Berikut e-mel daripada Puan Puteri Rozita Abdul Rahman (Pengurus Audit Dalaman LTAT)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah!

Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas di kalangan pegawai/kakitangan LTAT yang telah menunjukkan semangat jitu dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pameran dan kolokium Pengurusan Kewangan KEMENTAH semenjak 4 April 2011 sehingga 6 April 2011 (hari ini last).

Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ketua-ketua Jabatan yang telah membenarkan staf menjalankan tugas dan tanggungjawab di luar skop tugas utama mereka demi menjaga imej LTAT. Kaunter LTAT terutamanya skop caruman ahli banyak menerima kunjungan daripada peserta kolokium dan staf KEMENTAH, dan sememangnya kaunter LTAT menjadi tumpuan para pengunjung.

Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan atasan LTAT kerana telah memberi peluang kepada staf LTAT membuka minda serta mendapat pendedahan yang berguna selama 3 hari berada di KEMENTAH.

Akhir kata,

Menguning padi di Tambun Tulang
Di tuai petani dibawa ke kilang
Kepuasan pencarum ATM gemilang
Wawasan LTAT terus cemerlang


Salam Jamadilawal.




Isnin, 14 Mac 2011

Tangkap Kucing Liar - Melaka Perkenal Kaedah Baru



Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Melaka memperkenalkan satu kaedah baru bagi mengatasi masalah penangkapan kucing liar.

Menariknya alat yang dikenali sebagai 'Smart Catcher Cat' itu diperbuat daripada bahan terbuang iaitu tong drum terpakai. Ia hasil kretiviti seorang kakitangan penolong penguatkuasa, Muhammad Munir Sharabuddin yang bertujuan memudahkan proses penangkapan kucing liar.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, alat itu mula diperkenalkan sejak Februari lalu dan berjaya menunjukkan hasil yang positif apatah lagi dalam memastikan haiwan yang ditangkap ditempatkan di kawasan lebih selamat mengikut garis panduan ditetapkan.

Menurutnya, kewujudan 'Smart Catcher Cat' yang direkabentuk dari sebuah tong terpakai mampu berfungsi untuk memerangkap dua ekor kucing dalam satu-satu masa.

Menurutnya, keberkesanannya mula diuji pada Jumaat lalu di sekitar kawasan Medan Selera Ayer Keroh. "Dalam tempoh terdekat ini, beberapa tong 'Smart Catcher Cat' akan ditempatkan di beberapa medan selera yang dikenalpasti terdapat banyak kucing liar.
"Kita percaya, usaha ini mampu mengurangkan rungutan orang ramai ketika menikmati sarapan pagi, tengahari atau makan malam di setiap kawasan medan selera sekitar MPHTJ," katanya.

Menurut Sapiah, alat itu berfungsi dengan cara kucing liar yang disasarkan akan menghidu bau umpan yang disediakan dan kemudiannya akan menghampiri perangkap lalu menolak pintu perangkap sehingga akhirnya pintu tertutup lalu bertindak menghalang kucing daripada terlepas keluar.

"Kucing liar yang berjaya ditangkap akan dihantar ke pusat penjagaan di Bukit Jelutong di mana kawasan itu kini berperanan sebagai tapak semaian milik MPHTJ.

"Ia akan dijaga oleh anggota Jabatan Landskap kerana kebetulan kawasan tersebut menempatkan pelbagai jenis bunga sememangnya kepunyaan MPHTJ," katanya.

Jelas Sapiah, anggota bertugas akan menjaga makan dan menyediakan tempat selesa untuk haiwan-haiwan terbabit.


"Sekiranya ada kalangan orang ramai yang berminat melihat kucing, boleh datang ke sini.

"Dalam tempoh seminggu, MPHTJ mensasarkan untuk menangkap sekurang-kurangnya enam ekor kucing. Ia diyakini mampu membantu MPHTJ mengurangkan kucing liar di kawasan ini," katanya.

Sapiah berkata, dengan adanya 'Smart catcher cat' ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos, menjimatkan tenaga anggota yang bertugas di samping mengurangkan aduan orang ramai.

Rabu, 2 Mac 2011

Ahad, 27 Februari 2011

Pegawai Sumber Manusia & Kepentingannya Dalam Kejayaan Sesebuah Organisasi



Dalam mana-mana organisasi tanpa mengambil kira sektor Kerajaan atau swasta peranan Jabatan yang berkait dengan sumber manusia adalah sangat penting dan terus kekal relevan hingga ke hari ini. Jabatan yang berkait dengan sumber manusia dikenali dengan pelbagai nama mengikut kehendak organisasi antaranya Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan jika di Lembaga Tabung Angkatan Tentera ia dikenali dengan nama Jabatan Tenaga Manusia dan Pentadbiran. 

Apa-apa pun yang jelas Jabatan yang berkait dengan sumber manusia ini tentunya Pelanggan Utamanya adalah kakitangan atau warga kerja organisasi itu sendiri. Tanpa kakitangan sudah tentu unit ini tidak berfungsi dan tidak dapat memainkan apa-apa peranan.

Dari hal berkaitan proses kemasukan pekerja hingga pekerja bersara atau ditamatkan perkhidmatan akibat masalah kesihatan mahupun disiplin, pengendalian dan pengurusan kursus bagi kakitangan, pengurusan kebajikan pekerja merangkumi kemudahan perubatan hinggakan ke hal-hal berkaitan kaunseling, penyediaan bekalan pejabat untuk kakitangan, pengurusan pejabat malahan bangunan adalah terletak di bawah Jabatan Sumber Manusia.

Sehubungan itu, sudah tentu bagi memastikan pengurusan sumber manusia organisasi dapat  diurus dengan cekap dan baik, maka warga kerja di Jabatan Sumber Manusia perlulah terdiri daripada mereka yang mempunyai “Public Relations” yang baik malahan kalau boleh yang terbaik, “to be a good listener” kepada kakitangan yang datang membuat aduan walaupun mungkin aduan itu membosankan, sentiasa mengamalkan konsep senyum, bersedia menerima panggilan telefon 24 jam daripada kakitangan, inovatif dalam membuat keputusan seperti memastikan hanya kursus dan latihan yang relevan sahaja diaturkan untuk kakitangan, terbuka dalam menerima teguran kakitangan organisasi termasuk melalui Borang Kepuasan Pekerja dan paling penting jika semua di atas tidak disukai, janganlah bekerja di Jabatan Sumber Manusia, lebih-lebih lagi jika seorang kakitangan Jabatan Sumber Manusia kerjanya asyik bertengkar dengan kakitangan organisasi yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada Jabatan ini.

Sebuah Jabatan Sumber Manusia yang baik dengan mempunyai kakitangannya yang terbaik dan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dalamannya sendiri iaitu kakitangan organisasi, pastikan akan dapat membantu meningkatkan modal insan sesebuah organisasi. Modal insan amatlah penting dalam memastikan perjalanan sesebuah organisasi itu terus berada di landasan yang betul dalam usaha membantu Kerajaan Malaysia menuju mencapai status negara maju menjelang 2020.

Sekadar menyanyi lagu Wawasan 2020 tanpa menghayati dan membawa ia ke arah pencapaian tersebut amatlah malang bagi kakitangan Jabatan Sumber Manusia kerana kesedaran tentang peri penting peningkatan ilmu yang berterusan kakitangan organisasi adalah penting kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan itu.

Rabu, 9 Februari 2011

SEASON 5 WEEK 1 PROX BOWLING RESULTS


Liga ProX Musim ke 5 telah bermula. Walaupun tidak bermain pada musim ini saya akan melaporkan kedudukan "results" every week.

Selasa, 1 Februari 2011

PETIKAN SEBAHAGIAN AMANAT TAHUN BARU 2011 KETUA EKSEKUTIF LTAT

ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi di dalam majlis Amanat Tahun Baru bagi memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan pandangan dan pesanan sebagai panduan kepada kita semua dalam menggalas tanggungjawab selaku warga LTAT bagi melaksanakan strategi dan hala tuju LTAT bagi tahun 2011 dan tahun-tahun seterusnya.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

PRESTASI EKONOMI

Seperti umum mengetahui tahun 2010 menyaksikan keadaan ekonomi global semakin pulih dari kemelesetan walaupun kadar pertumbuhan di setengah tahun kedua agak sederhana. Kadar pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun 2010 dijangkakan 4.8% .

Negara kita juga telah berjaya mengatasi krisis dan cabaran ekonomi yang lalu menerusi pelbagai langkah yang proaktif serta kepantasan dalam membuat keputusan dan pelaksanaan. Dua pakej rangsangan ekonomi dan pendekatan monetary yang akomodatif telah membantu memulihkan ekonomi Negara daripada krisis kewangan global dan mencatat pertumbuhan 10.1% suku tahun pertama, 8.9% suku tahun kedua dan 5.3% suku tahun ketiga menjadikan purata 8.1% bagi 9 bulan pertama tahun 2010. Dengan kedudukan asas ekonomi yang kukuh ini, Negara kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan 7.0% pada tahun 2010 berbanding pengucupan 1.7% pada tahun 2009. Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan pelaburan swasta dan penggunaan yang mantap serta permintaan luar yang kukuh. Pada tahun 2011, ekonomi Malaysia dijangka berkembang di antara 5.0%-6.0%, sejajar dengan pertumbuhan global dan perdagangan yang sederhana.

Kita sedia maklum, Malaysia kini berada pada fasa pembangunan yang amat penting dalam usaha transformasi menjadi sebuah Negara maju dan berpendapatan tinggi. Usaha ini sangat penting memandangkan model pertumbuhan terdahulu yang telah berjaya membangunkan negara daripada ekonomi berasaskan komoditi kepada perindustrian, tidak lagi mampu untuk memacu Negara menjadi sebuah ekonomi maju. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah memulakan program transformasi nasional berteraskan empat tonggak, iaitu:

1. Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan;
2. Program Transformasi Kerajaan (GTP);
3. Program Transformasi Ekonomi (ETP); dan
4. Rancangan Malaysia ke-sepuluh (RMKe-10)

Tanpa perlu mengulas lebih panjang mengenai program-program ini kerana saya percaya tuan/puan telah banyak membaca mengenainya, kita sebagai warga Malaysia dan kakitangan LTAT perlu menyokong program-program Kerajaan ini dan sama-sama menjayakannya. Kita berharap program-program ini akan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara dan seterusnya LTAT sebagai pengurus dana akan dapat merebut peluang-peluang pelaburan yang disediakan.

PRESTASI LTAT

Seiring dengan prestasi ekonomi negara, LTAT juga turut menunjukkan peningkatan yang membanggakan dari segi pencapaian keuntungan. Berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, LTAT telah berjaya mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM747.5 juta meningkat sebanyak 34.7% berbanding RM554.7 juta pada tahun 2009 dan yang lebih membanggakan angka ini selain melebihi sasaran pendapatan 2010 dalam Pelan Strategik Pelaburan (IMP) 2010-2013 LTAT yang telah dikaji semula, ia juga merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ditubuhkan 38 tahun yang lalu. Selain dari keadaan ekonomi negara dan prestasi pasaran saham yang meningkat sehingga mencecah melebihi 1,500 mata yang menyediakan suasana pelaburan yang baik, pencapaian ini adalah hasil daripada keberkesanan usaha kita membuat perancangan yang teratur, pelaksanaan yang berkesan, dan pemantauan yang berterusan dalam pelaburan kita.

Hasil pencapaian yang memberangsangkan ini membolehkan LTAT mengekalkan kadar dividen dan bonus sebanyak 14.0% kepada pencarum iaitu pecahannya Dividen pada kadar 7.0%, Bonus pada kadar 1.0%, dan Bonus Khas dalam bentuk Unit Amanah saham pada kadar 6.0%. Apa yang lebih membanggakan ialah kadar pulangan ini dapat dibiayai oleh keuntungan dalam tahun 2010 tanpa menggunakan peruntukan dari keuntungan terkumpul. Kadar dividen dan bonus 14.0% ini melibatkan anggaran pembayaran keseluruhan berjumlah RM616.3 juta. Dengan kadar ini, purata kadar dividen dan bonus semenjak ditubuhkan ialah 11.08%, purata 10 tahun 13.73%, dan purata 5 tahun 15.0%.

PENCAPAIAN KPI UTAMA

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Bagi tahun 2010 LTAT telah dapat mencapai sebahagian besar KPI utamanya iaitu:

 Kadar Dividen dan Bonus kepada pencarum menepati sasaran 14%;

 Pulangan atas pelaburan (ROI) 11.5% berbanding sasaran 8.9 %;

 Mencapai Indeks kepuasan pelanggan 94 % berbanding sasaran 90%;

 Memproses 100% pengeluaran caruman biasa, hilang upaya dan Khairat Kematian tidak melebihi 24 jam;

 Memproses 100% pengeluaran perumahan tidak melebihi 24 jam;
 Berusaha mendapatkan Sijil Audit Bersih Audit Negara (dalam proses); dan tahun lepas iaitu bagi Akaun 2009, kita telah dapat mengekalkan pencapaian tahun ke sepuluh berturut-turut KPI ini,

 Mencapai nisbah kos kepada pendapatan 4.6% mencapai sasaran tidak melebihi 5.0%.

Dalam tahun 2010, LTAT terus berusaha meningkatkan sistem pengurusan operasinya melalui amalan pengurusan berkualiti. Di samping berjaya mengekalkan persijilan bagi kedua-dua standard ISO yang berjaya kita peroleh iaitu standard ISO 9001:2008 dan standard ISO/IEC 20000-1:2005, kita juga telah berjaya memperoleh persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti atau 5S daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 28 Julai 2010. Saya berharap pencapaian ini bukan setakat persijilan tetapi yang lebih penting adalah diamalkan dan terus ditambahbaik supaya kita mendapat faedah daripada amalan-amalan ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

LTAT telah menyediakan serta melaksanakan pelbagai inisiatif, perubahan dan penambahbaikan bagi meningkatkan motivasi kerja serta produktiviti. Bagi tahun 2010 ini, LTAT telah melaksanakan semakan semula gaji dan skim perkhidmatan pegawai dan kakitangan. Kenaikan ini seharusnya disyukuri dan menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti. Mudah-mudahan ia akan membantu warga LTAT dalam menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan dapat menghindar diri dari terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dalam keadaan senario ekonomi semasa negara dan global yang semakin mencabar, kita menghadapi cabaran berat untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang. Oleh itu kita perlu menggandakan usaha dan menyusun langkah dan strategi dengan tepat. Kita tidak boleh leka dengan kejayaan yang diperoleh sebaliknya perlu sentiasa peka dan serius terhadap perubahan dasar dan perkembangan semasa ekonomi negara, serantau dan global di dalam merangka aktiviti-aktiviti pelaburan, menyemak semula strategi, tahap risiko dan membuat pemantauan yang rapi terhadap portfolio pelaburan, selain terus mengenal pasti peluang-peluang yang ada di pasaran.

Di samping itu, kita terus menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif di bawah program transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menjadikan syarikat-syarikat LTAT berprestasi tinggi dan terus berdaya saing.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Secara keseluruhannya saya amat berpuashati dengan prestasi semua jabatan yang telah dapat dilihat daripada laporan pencapaian KPI masing-masing.

Walau bagaimanapun saya menyeru semua jabatan supaya terus melipatgandakan usaha, meningkatkan produktiviti dan beroperasi dengan mematuhi dengan rapi prosedur kerja yang telah diwujudkan.

Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas segala sokongan, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pegawai/kakitangan Jabatan-jabatan di LTAT dalam memastikan LTAT dapat melaksanakan operasinya dengan baik dan teratur dan mengikut keperluan-keperluan urus tadbir Korporat yang terbaik.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Bagi tahun 2011 ini, saya suka menggariskan beberapa matlamat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah LTAT yang perlu dicapai.

Saya juga menyeru pegawai/kakitangan LTAT tidak lalai dengan pencapaian yang diperolehi dan terus berusaha dengan lebih kuat lagi untuk meningkatkan prestasi masing-masing dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui kursus-kursus yang relevan. Kita sebagai penjawat awam dan warganegara perlu memahami dan menyokong usaha-usaha kerajaan terutama 4 tonggak utama program transformasi nasional yang telah saya sebutkan tadi. Oleh itu kita juga perlu melakukan transformasi melalui inovasi minda dan budaya kerja.

Usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk LTAT mendapat pengiktirafan LIMA (5) bintang dari MAMPU. Oleh itu kita perlu memastikan kesemua keperluan di bawah kriteria Penarafan Bintang (Star Rating) dipenuhi.

Pihak Pengurusan juga senantiasa mengambil berat hal-hal kebajikan pegawai/kakitangan LTAT. Saya percaya dengan adanya skim perkhidmatan yang baik, suasana tempat kerja yang selesa, di mana bangunan LTAT telah pun dinaikkan taraf dari segi kemudahan dan keselamatan semua pegawai/kakitangan LTAT akan dapat memberi tumpuan kepada tugas masing-masing.

Saya ingin menyeru kita semua sebagai warga LTAT supaya mengamalkan nilai kerja yang bermutu tinggi, inovatif dan kreatif, proaktif dan terus memberi komitmen yang jitu sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kita telah berusaha gigih untuk mencapai ke tahap kecemerlangan pada masa ini oleh itu marilah kita sama-sama mengekalkannya, malah jangan sekali-kali mencacatkannya. Bekerjalah dengan amanah dan mematuhi segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan supaya dapat meningkatkan lagi sumbangan bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua dan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga LTAT yang berketurunan Cina. Semoga kita bekerja dengan lebih kuat untuk diri sendiri, keluarga dan LTAT. Selamat Maju Jaya kepada semua.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 23 Januari 2011

BALANGSUKAWA HAJI HUSSIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN





Tanggal 7 Januari 2010, jam 9.45 malam setelah hampir sebulan di serang angin ahmar Haji Hussin bin Haji Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Makam Masjid Al Bukhary Alor Setar pada 8 Januari 2010 jam 11.00 pagi.

Haji Hussin merupakan anak kembar, dan pasangan kembar beliau bernama Hassan yang merupakan bapa kepada Zurinah Hassan merupakan salah seorang penyair Malaysia. Allahyarham Haji Hussin yang dilahirkan di Tikam Batu Sg Petani, Kedah pada 20 September 1925 merupakan bekas pelajar di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid dan beliau juga merupakan rakan sekolej dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Kali pertama saya bertemu dengan beliau adalah pada Mac 1999 ketika beliau ingin berangkat menunaikan haji di Terminal Lapangan Terbang Subang. Pertemuan pertama ini diaturkan oleh Norliza Hussin yang merupakan anak beliau yang ke 11 daripada 13 adik-beradik. Perwatakan beliau tampak tegas dan agak garang orangnya.

Pertemuan ini akhirnya diikatkan dengan erat apabila pada 21 Ogos 1991 saya telah mendirikan rumah tangga dengan anak ke 11 beliau Norliza binti Hussin dan dikurniakan dua anak bernama Wafiq dan Afrina.

Sepanjang hayatnya, Haji Hussin agak penyabar orangnya dan suka membaca akhbar harian The News StraitsTimes dalam memenuhi masa lapangnya. Pendokong kuat UMNO walaupun badai dan ribut melanda dalam UMNO bisa difahami oleh anak-anak, menantu dan cucu-cu beliau. Berbeda pandangan dan perdapat dengan anak-anak dan menantu dalam soal politik bukan halangan dalam mewujudkan suasana akrab dalam sebuah keluarga yang besar.

Beliau telah mengadakan pertemuan dengan semua anak-anaknya, menantu dan cucu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50 pada penghujung tahun 1990an. (tarikh tepat akan dikemas kini). Pertemuan yang diadakan di sebuah restoran Tom Yam Alor Setar Kedah amat menggembirakan beliau dan diterjemahkan melalui ucapan beliau pada majlis tersebut.

Bagi kami antara menantu yang rapat, kehilangan beliau pada usia 88 tahun amatlah dirasai bila mengenangkan gelak tawanya, diet makanannya, disiplinnya terutama memastikan setiap hari beliau makan ubat tepat pada waktunya. Sesungguhnya dari ALLah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. AL FATIHAH. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Selasa, 4 Januari 2011

BUKIT PUTUS BAKAL MENGUNDANG TRAGEDI KEMALANGAN JALANRAYA





Syukur ke hadrat ALLah SWT melimpah nikmat kepada kita warga Malaysia sehingga kita punyai jalan raya antara yang terbaik di dunia. Sebelum tahun 2009, sebut sahaja fasal jalan raya Bukit Putus tentunya meninggalkan nostalgia bagaimana sempitnya jalan ini dan sesaknya jalan ini pada hujung minggu. Dan yang paling ditakuti, sedikit sahaja kecuaian bakal mengundang padah kenderaan jatuh ke dalam gaung.

Maklumat daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Federal_Route_51 menyebut “The section of the Federal Route 51 from Paroi to Ulu Bendol known as Jalan Bukit Putus is notorious for its narrow and dangerous sharp corners. Construction of the new bypass replacing the old narrow road started on 2006 and it was completed in the early 2009. On August 2009 the bypass is now opened to traffic”.

Dengan adanya jalan pintas yang baru mengganti jalan Bukit Putus, telah memberikan satu keselesaan kepada pengguna jalan raya ditambah pula dengan adanya Lebuh raya Lekas yang menghubungkannya terus dengan Paroi/Senawang ke Kuala Lumpur.

Jalan pintas Bukit Putus ini selesa dan selamat. Selamat dengan syarat semua pengguna mematuhi arahan pemanduan yang ditetapkan ke atas penggunaan jalan pintas ini. Jalan pintas ini sebenarnya berkedudukan lebih tinggi hampir 2 kali ganda daripada jalan lama Bukit Putus dan di bahu jalan tentunya gaung menjadi teman jalan raya baru ini.

Pendek cerita jika terjatuh dalam gaung di jalan pintas baru ini tiada harapan untuk hidup kecuali atas kehendak Illahi masih dipanjangkan umur.

Saya melalui jalan pintas ini hampir setiap minggu di mana jika kita dari Paroi jalan ini mempunyai 1 lorong pergi dan 2 lorong balik bagi mendaki pada hampir keseluruhan perjalanan sehingga ke Ulu Bendol kecuali di pertengahan perjalanan 2 lorong pergi dan 1 lorong balik.

Yang menjadi igauan buruk pengguna adalah sikap ramai pengguna yang suka memotong di atas garisan “double line” sehingga menjadikan pemanduan di lorong kanan (2 lorong) menjadi amat berbahaya kerana pengguna yang mempunyai 1 lorong suka memotong dengan melulu.

Sepanjang menggunakan jalan pintas ini hampir setahun setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad saya tidak pernah melihat ada “road block” diadakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan keadaan ini menjadi pemandu yang gila memotong terus melakukan aksi mereka terutama setiap hujung minggu. Mereka bukan sahaja memotong di sebelah kanan malahan sebelah kiri (bahu jalan raya).

Memetik daripada http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/empat-cedera-tiga-kereta-kemalangan-di.html yang melaporkan pada 12 Novembber 2010, EMPAT cedera termasuk seorang wanita hamil, apabila tiga buah kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Pilah-Seremban, berdekatan Bukit Putus, kira-kira jam jam 9.30 pagi tadi. Bahagian enjin salah sebuah kereta terbabit, turut terputus dua menunjukkan betapa bahayanya jika pengguna tidak mematuhi peraturan jalanraya.

Sehubungan dengan itu, sudah tiba masanya kita memerlukan bantuan pihak PDRM melakukan pemantauan dan sekatan jalan raya di jalan pintas Bukit Putus walaupun tindakan ini tidak popular tetapi demi keselamatan rakyat Malaysia, ketepikan sahaja cakap-cakap mereka yang tidak bijak itu. Walaupun mungkin menimbulkan kesulitan kepada pengguna tetapi tindakan pihak PDRM amatlah diperlukan.

Jika tidak, tragedi atau kecelakaan jalan raya yang lebih dahsyat mungkin boleh berlaku dan bayangkan jika inya melibatkan bas. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan bas yang melalui jalan pintas ini membawa anak-anak sekolah, siswa dan siswi yang pintar kerana di Kuala Pilah ada Uitm, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah berasrama penuh.