Sabtu, 2 Januari 2010

1BAHASA - PERKATAAN ALLAH HAK EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Aku bagaikan tak percaya dan terduduk apabila Berita TV3 jam 8.00 malam 31 Dis 2009 memaklumkan perkataan Allah boleh digunakan dalam Majalah ini. Keputusan ini mempunyai risiko yang besar terhadap hilangnya keharmonian rakyat Malaysia yang majoritinya Islam.

Fikirku akan ada bantahan pada 1 Januari 2010 selepas Sholat Jumaat secara besar-besaran. Rupanya sangkaan akau meleset bila cuma ada bantahan sebilangan kecil sahaja umat Islam melalui perhimpunan secara aman di luar Masjid Wilayah, Jalan Duta oleh yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

Syabas kepada PERKASA yang telah memulakan inisiatif untuk umat Islam Malaysia membuat pendirian dan menunjukkan perasaan tidak senang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan gereja Katolik, Herald.

Aku menanti komen Dato Seri Najib, Tun Mahathir, pemimpin UMNO dan pemimpim PAS. Alhamdullilah mereka bersuara dalam 1Bahasa. Semuanya membantah keputusan ini dan tindakan Jabatan Perdana Menteri dan Kemementerian Dalam Negeri bagi merayu kes ini amat ditagih oleh umat Islam di Malaysia.

Tun Mahathir meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin meningatkan bahawa isu ini bukan isu politik, ini isu akidah, tauhid yang umat Islam tidak akan beri respon senyap.

PPIM telah mengambil langkah proaaktif dengan melancarkan petisyen bantahan secara online dan malangnya sehingga kini baru 200 orang sahaja yang mengambil bahagian dimana aku menjadi orang yang ke 200 (dua ratus sahaja) itu jam 11.20 pagi tadi. Lawati segera laman ini dan kemukakan bantahan anada yang mewakili umat Islam.

http://muslimconsumer.org.my/herald/

1 ulasan:

  1. Luaskan pembacaan, rujukan dan percampuran kalau dapat tinggal dengan orang-orang Arab/Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Selatan sebelum mentafsir sesuatu perkataan secara mendalam. Elakkan tindakan cepat melatah di mana 'hero' berubah mencadi badut. Apa tindakan Bani Hashim bila Abu Jahal merapu?

    BalasPadam