Isnin, 29 Mac 2010

MP HULU SELANGOR, DATUK ZAINAL ABIDIN AHMAD DARI KACAMATA SAYA



Pemergian bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Zainal Abidin pada jam 9.27 malam 25 Mac 2010 akibat barah otak, pada kami yang tinggal di Bandar Tun Hussein onn (BTHO) Batu 9 Cheras amat dirasakan. Ini memandangkan sejak pembukaan Bandar Tun Hussein Onn pada pertengahan tahun 90 an, Datuk Zainal yang tinggal di Hulu Langat sering berkunjung di kawasan kami walaupun kawasan kami berada di bawah DUN Balakong.
Saya mula mengenali beliau secara lebih dekat setelah berpindah ke BTHO pada penghujung tahun 2000 di mana perkenalan ini berputik dari mana semangat kami penduduk Suadamai BTHO untuk mendirikan sebuah Surau di kawasan lapang/permainan di kawasan kami.

Saya masa ingat beliau sanggup turun ke kawasan lapang tersebut pada jam 12.00 tengah malam (ketika itu beliau masa Timbalan Menteri Besar Selangor) dan memberikan kata semangat dan sokongan agar Surau yang dinamakan Surau As Siddiq oleh En. Rosli Jaafar didirikan.

Rentetan daripada peristiwa tersebut sebuah Surau Kayu (sementara) telah didirikan. Tindakan ini mendapat teguran pihak Majlis Perbandaran Kajang namun setelah kami berjumpa dengan Dato Zainal surau ini telah berjaya disiapkan.

Sesuai dengan perkembangan semasa, penduduk Suadamai telah berpakat untuk mendirikan sebuah Surau Kekal yang moden dan dapat menampung jemaah sekitar 600 orang. Sekali lagi perkara ini dimaklumkan pada beliau dan akhirnya dengan persetujuan dan sokongan beliau sebuah surau moden yang ada pada hari dapat disiapkan.

Dato Zainal sebenarnya agak peramah dan memang bersikap “low profile”. Mudah tersenyum dan sewaktu memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat merangkap Timbalan Menteri Besar Selangor, pejabat yang digunakan amat daif dan kelihatan seperti pejabat zaman 60 an. Pejabat ini menerima tetamu daripada penduduk Hulu Langat pada setiap Jumaat dan saya sendiri menyaksikan bagaimana beliau banyak membantu penduduk di kawasan tersebut yang masih bergiat dengan sektor pertanian.

Agak sedih melihat keadaan beliau pada pilihan raya pada tahun 2004 beliau telah tidak tersenarai. Beliau akhirnya pada tahun 2005 mengumumkan kemasukan ke dalam Parti Keadilan Nasional. Di antara tahun 2005 hingga 2008 kelibat Dato Zainal bersama kereta Kancilnya serta baju T Shirt UMNOnya sering dilihat oleh kami minum pagi dan makan malam di Restoran Sare Dee, BTHO. Saya pernah mengusik beliau dan mengatakan, “Dato dah masuk Keadilan tapi mengapa pakai T Shirt UMNO” Jawabnya sambil tersenyum, “Selesa pakai T-Shirt UMNO ni untuk berkebun”. Saya rasa sebenarnya beliau mungkin masa sayangkan UMNO (ini sekadar pandangan saya).

Itulah kenangan manis Dato Zainal dan senyumnya dan sikap “low profile”nya tidak akan kami lupakan. Terima kasih Dato kerana memudahkan kami mendirikan Surau As Siddiq di Suadamai BTHO. Jasamu tetap dikenang. AL FATIHAH.

Ahad, 28 Mac 2010

LIGA PROX INDIVIDU MINGGU KE 10

Minggu ke 10 aku hampir menewaskan group UDA iaitu Jais, MRI dan Yatim. Minggu ke 11 dijangka mereka bakal tewas ditangan aku. RBS masih ku tinggalkan dan Megat juga.

Paling best Amir pun ku kalahkan. Tapi yang paling menarik Zul B naik mendadak. Mungkin banyak makan oblong burger.

LELAKI

POS NAME HANDICAP
1 ISHAK 977
2 ZUL B 938
3 ABD 910
4 RAHMAN 905
5 ASNL 891
6 OMAR 869
7 1Z 859
8 SQ 851
9 SHMIR 816
10 MM 815
11 HASBULLAH 807
12 YUS 805
13 AZMA 804
14 JAZZ 785
15 ONE 782
16 MRI 778
17 YATIM 777
18 ILYA 772
19 RBS 735
20 AMIR 733
21 MGT 678
22 ALONG 50
23 AZLAN 40

HS ISHAK 977
HG IZ 242

WANITA


BAGI GROUP WANITA SUE MERUDUM KEMBALI SELEPAS TANGANNYA DIGIGIT ULAT BULU (POKOK MANGGA KAT RUMAH MRI)

POS NAME
1 PU3 613
2 WANI 603
3 ZIE 571
4 YAN 505
5 SUE 463

HS PU3 613
HG WANI 168

Khamis, 25 Mac 2010

MASALAH PENDATANG TANPA IZIN (PATI)

Lanjutan dari Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) pada 9 Mac 2010 saya tertarik kepada 2 perkataan iaitu Transformasi Minda Pegawai Sektor Awam dan Penjimatan Wang.
Semasa perayaan Tahun Baru Cina YAB Dato Sri Hishamuddin amat terkejut dengan kebanjiran warga asing di ibu kota Kuala Lumpur sehingga menubuhkan makmal bagi membuat kajian ke atas permasalahan ini.

Kebanjiran warga asing tanpa permit sebenarnya sudah menjadi parah dan sebagai warga Malaysia saya takuti sudah ada bibit-bibit barah yang wujud dalam masalah ini. Kalau peringkat awal barah masih boleh diubati. Tapi kalau sudah peringkat akhir (stage 4) bayangkan apa yang boleh terjadi.

Hari ini terdapat di sesetengah tempat warga tempatan menjadi golongan minoriti dalam kawasan perumahan sehingga mereka takut untuk bersuara. Lihat sahaja Kampung Pandan Dalam siapa yang lebih ramai.

Apakah yang menyebabkan hampir 100% rakyat Malaysia yang mempunyai pembantu rumah pernah menghadapi masalah pembantu rumah lari. Jahat kah rakyat Malaysia? Kita rakyat Malaysia amat baik sekali tetapi pembantu rumah ini lari kerana ada peluang pekerjaan yang terbuka luas dan bebas untuk mereka bekerja. Paling digemari bekerja di kedai-kedai makan, warung dan sebagai “cleaner”. Malahan ada dakwaan kes di mana pembantu rumah menjadi ejen membantu pembantu-pembantu rumah lari dan menerima wang hasil kerja tersebut.

Jika kita lihat di kedai-kedai makan/restoran di Bandar Tun Hussein Onn, Selayang, Kampung Baru, dan lain-lain kawasan di Kuala Lumpur terutamanya, ramai sekali pekerja wanita dan gadis Indonesia bekerja di situ. Persoalannya pakah mereka ada permit. Majoriti yang ditanya mengelak bila soalan permit kerja diajukan.

Kita kalau nak berkahwin dengan wanita Indonesia, Persatuan Ulamanya sedang mengkaji dikenakan bayaran sekitar RM150,000.00 kepada lelaki Malaysia yang ingin berbuat demikian. Tetapi apakah yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Wanita dalam isu ini bila ramai gadis tempatan dipermudahkan kahwin dengan rakyat Indonesia dan kalau payah-payah dibawa lari ke Lombok.

Dalam konteks 1Malaysia, rakyat Malaysia yang sepatutnya didahulukan dalam banyak hal hari ini merasa amat kurang selesa dengan kebanjiran warga asing ini. Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil tindakan tegas seperti menggantung lesen-lesen restoran yang mengajikan warga asing tanpa permit dan dikenakan denda yang tinggi seperti penjara 5 tahun.

Kontraktor pembersihan yang mengajikan pekerja asing yang permit juga digantung lesen mereka.

Kehadiran warga Afrika juga amat merisaukan. Patutlah anak-anak muda kita sudah tidak pandai bermain bola sepak. Di sesetengah padang di Cheras mereka menguasai padang bola sepak setiap petang dan kita warga Malaysia lihat sahaja.

Melihat badan mereka yang besar kita juga takut dan mereka rata-rata memandu kereta secara berbahaya. Persoalannya mereka ini betul kah ada lesen dan adakah betul mereka ini “student IPTS”?

Yang ditakuti telah pun berlaku hari ni di muka surat 32 Berita Harian pada 9 Mac 2010 seorang kulit Hitam (dipercayai warga Afrika) telah merogol penuntut kolej (rakyat Malaysia) di Pangsapuri Flora Damansara.

Dalam hal ini sebenarnya, semua pihak berkuasa harus bergabung membanteras masalah ini secara serius dan perlu ada transformasi minda dan creative thinking dalam menangani masalah ini.

Sudah sampai masanya Kerajaan menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang sektor pekerjaan mana yang boleh mengajikan warga asing dan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri ke arah Penjimatan Perbelanjaan Kerajaan saya percaya tanpa warga asing berstatus PATI kita dapat menjimatkan jutaan ringgit dan mungkin bilion ringgit. Hari ini mereka menikmati subsidi minyak, gula dan barangan subsidi lain yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

Adalah diharapkan isu ini ditangani dengan cekap selaras dengan Transformasi Minda Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Ahad, 21 Mac 2010

LIGA PROX INDIVIDU MINGGU KE 9

Bro RBS apa dsah jadi. 2 minggu turut-turut dikalahkan oleh Illya. Group Wanita ajak join buat latihan dengan mereka dengar khabarnya.

Minggu ke 10 RBS mesti mari punye. Buat Kak Zie sya boleh bagi petua untuk johan. Syarat 2 game free untuk saya.

Minggu ke 10, sasaran diletakkkan untuk mengalahkan semua player dari UDA.

KATOGERI LELAKI

1 ONE 930
2 MRI 922
3 ASNL 892
4 AMIR 891
5 SQ 891
6 ABD 891
7 ISHAK 890
8 RAHMAN 890
9 JAZZ 820
10 OMAR 819
11 MM 809
12 ZUL B 807
13 YATIM 805
14 IZ 804
15 YUS 789
16 AZLAN 780
17 AZMA 772
18 SHMIR 768
19 ILLYA 760
20 RBS 741
21 MGT 733
22 HASBULLAH 712
23 ALONG MC

HS ONE 930
HG ASNL 255

KATOGERI WANITA
1 WANI 598
2 PU3 580
3 SUE 553
4 ZIE 517
5 YAN 472

HS WANI 598
HG PU3 178

LIGA PROX INDIVIDU MINGGU KE 8







Maaf lambat updated kat blog sebab saya sibuk menghadiri majlis-majlis yang dihadiri YAB Perdana Menteri Malaysia.

1. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Mac 2010

2. Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecah tanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 15 Mac 2010.

3. Persamian Royale Chulan Hotel Bukit Bintang (hotel milik LTAT) oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 17 Mac 2010.

Berikut keputusan minggu ke 8 yang telah diadakan pada 12 Mac 2010. Keputusan minggu ke 9 akan disiarkan sebentar lagi.

KATOGERI LELAKI

1 ISHAK 848
2 HASBULLAH 846
3 JAZZ 839
4 RAHMAN 836
5 YUS 821
6 SQ 815
7 MM 807
8 YATIM 806
9 OMAR 796
10 ONE 793
11 ASNL 790
12 ABD 785
13 AMIR 777
14 MRI 775
15 SHMIR 763
16 AZLAN 758
17 IZ 747
18 AZMA 742
19 MGT 736
20 ZULB 712
21 ILLYA 705
22 RBS 646
23 ALONG MC

HS ISHAK 848
HG YUS 200

KATOGERI WANITA

1 WANI 640
2 PU3 569
3 ZIE 561
4 SUE 544
5 YAN 431

HS WANI 640
HG SUE 170


Yang penting aku bukan yang terakhir kedudukannya. Buat Sue cayalah dapat HG.

Sabtu, 6 Mac 2010

PROX SINGLE CHALENGES MINGGU KE 7 - TEWASNYA BEBERAPA JAGUHAN PROX







Jumaat 6 Mac 2010, Minggu ke 7 Liga Prox Single Challenges merupakan episod duka buat beberapa jaguh PROX yang akhirnya kecundang ditangan Illya walaupun persembahan Illya bukanlah yang terbaik.

Manakala Amir pula mempamerkan kehebatan tersendiri apabila mampu menduduki mencapai tahap High Game dengan jatuhan pin sebanyak 244 pin seterusnya mencapai kedudukan ke tiga kedudukan individu.

Manakala PROX Wanita Sue masih mencari belum mencapai tahap kecemerlangan walaupun sewaktu latihan telah berjaya membuat High Game jatuhan pin melebihi 200. Buat Sue jangan putus asa.

Saya dan rakan-rakan sepasukan juga turut mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Mentor kami Bro One dan sambutan sederhana turut diberikan oleh ahli-ahli ProX malam tadi. Berapa umurnya "BIARLAH RAHSIA"

Kepada Along kami di PROX mendoakan agar kesihatan Along bertambah baik dan PROX mengharapkan kehadiran anda.

PROX LELAKI

1 ASNL 961 HSCORE
2 ONE 931
3 AMIR 906 HGAME 244
4 MM 902
5 YATIM 879
6 RAHMAN 877
7 OMAR 876
8 ISHAK 874
9 ABD 873
10 AZMA 862
11 SQ 823
12 ZULB 817
13 IZ 816
14 AZLAN 812
15 YUS 810
16 RBS 799
17 ILYA 763
18 SHMIR 761
19 JAZZ 750
20 MRI 714
21 MGT 697
22 HASBULAH POST BOWL
23 ALONG POST BOWL


PRO X WANITA
1 WANI 600 HSCORE
2 PU3 589 HGAME 174
3 YAN 525
4 SUE 522
5 ZIE 517

Khamis, 4 Mac 2010

KE ARAH PERSIJILAN AMALAN 5S - LAWATAN KE JPN

Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Amalan 5S bagi memantapkan lagi budaya korporat LTAT supaya LTAT pada masa depan boleh dijadikan contoh Organisasi 5S yang terbaik di Malaysia. Sehubungan dengan itu Kick Off projek ini bermula pada 11 Januari 2010 dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Road Map ke arah pencapaian persijilan 5S adalah seperti berikut:

Mesyuarat 5S 1/2009 bersama wakil MPC 8 Dis 2010
Mesyuarat 5S 2/2009 bersama wakil MPC 11 Jan 2010
Diagnosis dan pengumpulan maklumat 2 Feb 2010
Mesyuarat J/Kuasa 5S LTAT 1/2010 3 Feb 2010
Taklimat Kesedaran 5S 8 Feb 2010
Latihan untuk Fasilitator 5S 22 & 23 Feb 2010

Lawatan ke ORGANISASI CONTOH
(Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya) 3 Mac 2010

Gotong Royong PERDANA 5 Mac 2010
Latihan Audit 5S 16 & 17 Mac 2010
Lawatan Pertama MPC 9 Mac 2010
Lawatan ke-2 MPC 6 April 2010
Lawatan ke-3 MPC 4 Mei 2010
Lawatan ke-4 MPC 25 Mei 2010
Lawatan ke-5 MPC 8 Jun 2010
Lawatan pasukan Juruaudit 5S LTAT ke semua zon 24 Jun 2010
Lawatan ke-6 MPC 29 Jun 2010
Mesyuarat J/Kuasa 5S LTAT 1/2010 1 Julai 2010
Pre-Audit oleh MPC 7 Julai 2010
Audit Persijilan 5S oleh MPC 28 Julai 2010

Berikut adalah gambar-gambar sewaktu Lawatan di JPN pada 3 Mac 2010








Selasa, 2 Mac 2010

PRO X SINGLE CHALLENGES - TOTAL POINT SETAKAT MINGGU KE 6

LELAKI

1 ONE 112
2 ASNL 112
3 ISHAK 112
4 RAHMAN 109
5 ABD 89
6 JAZZ 87
7 YATIM 86
8 AZLAN 85
9 MM 84
10 1Z 82
11 AMIR 78
12 MRI 76
13 SQ 73
14 AZMA 69
15 YUS 67
16 OMAR 67
17 SHMIR 59
18 HASBULLAH 43
19 RBS 43
20 MGT 42
21 ZUL B 37
22 ILYA 29 (BUKAN YANG TERAKHIR - IKUT PRINSIP KAIZEN NAIK PERLAHAN-LAHAN)
23 ALONG 13


WANITA
1 PU3 52
2 WANI 46
3 YAN 32
4 ZIE 30
5 SUE 20