Isnin, 11 Januari 2010

LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA - OBJEKTIF PENUBUHANNYA


Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sebuah Badan Berkanun Kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1972 melalui Akta Parlimen,101 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

Objektif umum penubuhan LTAT ialah untuk mengadakan faedah-faedah persaraan bagi askar lasykar dan juga membolehkan anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lain menyertai satu skim simpanan. Dalam tahun 2000 Akta Tabung Angkatan Tentera (TAT) telah dipinda untuk mengambil kira pemberian faedah kepada Anggota Kerahan Angkatan Sukarela. Sehubungan dengan itu objektif umum LTAT telah dipinda untuk meliputi dua perkara berikut:

Objektif utama pertama ialah mengadakan faedah persaraan dan faedah-faedah lain untuk anggota lain-lain pangkat ATM (Pencarum wajib) dan satu skim simpanan untuk pegawai-pegawai Angkatan Tentera dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (Pencarum Sukarela).

Objektif utama kedua ialah melaksanakan program-program latihan peralihan bagi anggota Angkatan Tentera yang akan atau yang telah bersara atau yang hampir akan bersara.

1 ulasan:

  1. Maklumat kurang lengkap. Imbasan sahaja. Macam membaca muka surat 1 Akta 101.

    BalasPadam