Sabtu, 2 Januari 2010

2010 DAN HARAPAN KEPADA PERDANA MENTERI


YAB Perdana Menteri,

Memetik kata-kata YAB yang berharap rakyat Malaysia dapat meraikan sambutan tahun baru 2010 dalam suasana aman dan harmoni dan menyeru semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke hadapan bagi mengharumkan nama Malaysia dan berharap tahun 2010 akan membawa kemakmuran, keselamatan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah, saya terpanggil untuk memaklumkan harapan saya sebagai rakyat Malaysia kepada YAB PM.

1. Pertama mengharapkan Kerajaan Malaysia menangani masalah pekerja asing tanpa izin yang sudah tidak terkawal dari segi jumlahnya, tidak berada dalam sektor ditetapkan sehingga rakyat Malaysia keliru orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India ada di mana-mana sektor pekerjaan, warga Afrika yang tidak tahu punca apa mereka berada disini walaupun sering mengaku student walaupun sudah berumur.

2. Kedua mengaharapkan Kerajaan menurukan kadar cukai pendapatan individu sekarang yang agak tinggi. Potongan cukai individu yang mendapat bonus buat masa ini tidak kurang 20% daripada bonus yang diterima. Apakah adil mengambilkira anak ramai potongan kurang anak sikit potongan banyak. Kerajaan sepatutya perihatin kepada pasangan suami isteri yang tidak punya anak sebab kemandulan. Apakah wajar mereka dikenakan potongan PCB tinggi akibat tiada anak sedangkan mereka teragnggu emosi tiada anak.

3. Memertabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara dan meletakkan ianya setinggi mana yang boleh dalam peta bahasa di dunia sebagai bahasa ilmuan.


Post to Prime Minister's Office Portal. http://www3.pmo.gov.my/emaklum/PMFeedback.nsf/1c4a91987639d4f34825742d000b3c1a?OpenForm

3 ulasan:

  1. JALAN PANDANG DEPAN3 Mac 2010 pada 10:41 PG

    Perkara-perkara yang dibangkitkan adalah ulangan harapan yang biasa dan muak didengar sebab tertekan 'replay mode'.

    Cadangan saya lebih tertumpu pada 'penilaian pencapaian' kemajuan negara sebenar dan perkembangan minda rakyat daripada 31/08/1957, dibandingkan dengan kemajuan fizikal dan mental yang ditinggalkan oleh British sesudah mereka memerintah Tanah Melayu.

    Contohnya terdapat 18 buah jembatan yang berharga berjuta-juta ringgit setiap satu di Putrajaya sedangkan tidak ada sungai yang mengalir di kawasan tersebut. Ini bentuk pertimbangan jenis apa dalam merancang kemajuan sedangkan terdapat banyak tempat di mana rakyat memerlukan jembatan untuk berulang-alik setiap hari. Contoh terdekat: Paya Jaras, Selangor selain dari kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak. Tersiar gambar-gambar murid-murid sekolah menunggu air surut sebelum merentas sungai atau gambar jambatan kayu yang uzur yang menimbulkan banyak masalah keselamatan kepada pengguna.

    Menjadikan rakyat Malaysia 'celik komputer' dengan menjadikan Balai Raya yang terdapat di seluruh negara sebagai 'kafe siber'. Terdapat usaha membekal komputer ke kawasan pendalaman masalahnya ada kawasan kampung yang masih tidak ada bekalan elektrik untuk dijolokkan pada alat-alat komputer. Selepas lebih 59 tahun Merdeka, ini kaedah perancangan jenis apa?

    Jalan berlopak adalah pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Majlis Berkuasa Tempatan. Apa tugas Jurutera tempatan kurang sangat untuk difahami tetapi kurang kekompetenan disambut baik oleh ramai pengguna jalan raya. Ini tidak termasuk papan tanda penunjuk arah yang bercelaru, dilindung pokok atau terlalu dekat dengan simpang sehingga mustahil/harus/wajib bagi pemandu untuk menyimpang tetapi berjaya untuk menyumpah dalam perjalanan lebih 5km untuk mencari u-turn. Saya biasa menggunakan imej satelit dan menjelajah ke atas permukaan jalan bandar-bandar di Australia tetapi susah sangat hendak mencari jalan yang berlopak. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan peribahasa moden: 'Jalan cantik di negera orang, Jalan berlopak di negara kita; lebih baik jalan di negara kita sebab ramai terasa bangga terus menerus didera'.

    Seperkara yang paling bijak dilaksanakan ialah pembinaan rumah rakyat/flet kos rendah terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Tidak terfikirkah oleh perancang-perancang yang flet-flet ini akan menjadi 'slums' dalam masa 10-20 tahun kemudian. Setiap hari kita dihidangkan dengan berbagai cerita yang berpunca dari masalah sosial di flet-flet DBKL dan kita masih terus menambahkan masalah sosial untuk 20 tahun akan datang dengan membina struktur sama atas bermacam alasan. Dimana letaknya fikiran dan tanggungjawab dalam perancangan? Pengkaji-pengkaji sosial masyarakat boleh melawat 5 buah flet DBKL dan akan berjaya mengumpul bahan-bahan untuk menulis lebih 10 buah buku dan diberi tajuk seperti 'Muzium Sosial Masyarakat Malaysia'.

    Merdeka bermakna bebas dari banyak segi tetapi nampaknya tidak dari kebodohan!

    BalasPadam
  2. Semua rakyat patut berfikir secara terbuka dan elakkan fikiran tertutup dan segala usaha kerajaan patut disahut dan disambut dengan baik.

    "Tapi nampak gaya En Illya menyahut macam resmi ayam jantan sahut kokok cuma nak bagi tau hari nak siang! Bila dah siang SATU kampung ayam betina dikerjakan. Bapak nasihat ikut perangai Syawal - menantu bapak yang tak berguna tu!"

    BalasPadam
  3. Keterampilan, keperhatinan dan kewibawaan yang ditunjukkan mungkin akan melayakkan anda mendapat anugerah tertentu.

    Saya cadangkan penilaian ISO dibuat terhadap penerima sebelum diberi anugerah bagi menjaga teras kualiti dan prestasi dan untuk mengelakkan terkurang bintang di langit pada sebelah malam.

    BalasPadam