Rabu, 27 Januari 2010

Kepala Babi Dilontar Dalam Perkarangan Dua Masjid

source http://www.malaysiakini.com/news/122975

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.


KOMENTAR SAYA

Saya berdoa agar penduduk Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dapat bersabar walaupun hati ini terguris dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan membelakangkan undang-undang negara. Jangan memburukkan lagi keadaan. ALLah senantiasa bersama orang-orang yang sabar.

Patuhi nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Apa-apa pun>>>

"Saya mengutuk keras perbuatan ini dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Islam tidak menganjurkan perbuatan khianat dan mencetuskan keadaan tidak tenteram".

1 ulasan:

  1. Tak faham dengan apa yang hendak dicapai melalui semua tindakan yang telah berlaku. Saya pernah bekerja di England; tinggal bersama orang Kristiam Arab/Lebanon mazhab Maronite, orang Russia yang tidak berugama dan orang Jerman bekas tentera Nazi yang berfahaman bebas mereka tidak pernah memikirkan atau terpengaruh dengan perlakuan seperti ini. Pelik sungguh seolah-olah Malaysia tak mempunyai undang-undang. Penggunaan CCTV disarankan.

    BalasPadam