Ahad, 27 Jun 2021

Mak ku Alimah Yaakob - Pesananku

Assalammualaikum semua,
Mak kita sekarang usianya 73 tahun
Rezekinya alhamdulillah
Cuma kesihatannya sahaja yang perlu kita jaga
Tiada sakit jantung, tiada kencing manis
Syukur pada ALLAH SWT

Tapi 
Dia punya kerisauan melampau
Tugas kita adik-beradik
Sama-sama jaga agar dia tiada kerisauan
Kerana jika dia kerisauan
Boleh menyebabkan  kesihatannya terjejas

Layanlah dia sebagai ibu 
Yang patut kita letakkan darjat yang tinggi
Kerana syurga di bawah telapak kakinya

Apabila ia berikan air dan makanan
Hargailah pemberian Mak kita
Jangan sesakali lukai hati dia
Minumlah walaupun tak dahaga
Makanlah walaupun kita sudah kenyang
Kerana itulah kegembiraanya

Begitu juga 
Apabila kita ingin berikan Mak kita makan dan minum
Sampaikan ia ke tangan Mak kita
Kalau ia tiada di rumah
Hubungi Mak kita di mana ia berada
Jangan tinggalkan tergantung
Kerana Mak kita perlukan layanan
Layanan yang sepatutnya seorang Mak terima

Mak kita ibarat duduk dalam sangkar merpati
Luas hanya 850 meter perkaki persegi
Menghadap ketingkap semakin bosan
Mak kita perlu keluar
Menghirup angin segar dan selesa
Alhamdulilah sekali lagi Mak tak susahkan kita
Syukur ada Sofiah 
Dikala aku sendiri 
Hilang upaya kekal untuk bergerak sempurna

Hari ini aku tulis semua ini
Bukan nak mencari kesalahan 
Tetapi nak mengajak semua adik beradik berrfikir
Kita hanya ada Mak sahaja 
Dan bayangkan kita masih ada kesempatan
Untuk membahagiakan mak kita
Jadi ambillah kesempatan yang terhidang 
Ketika Mak masih ada

والله أعلمُ بالـصـواب