Isnin, 11 Januari 2010

AMANAT TAHUN BARU 2020 KETUA EKSEKUTIF LTAT

Ketua Eksekutif LTAT Tan Sri Dato Lodin Wok Kamaruddin, ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru 2010 pada 7 Januari 2010 telah memberikan kata-kata semangat kepada seluruh pegawai/kakitangan LTAT supaya bekerja degan penuh dedikasi.

Beliau menyentuh tentang keadaan kemelesetan ekonomi global masih dirasai bagi sebahagian tahun 2009 yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara membangun turut menjadi sederhana. Namun begitu, separuh kedua tahun 2009 menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi global dengan langkah-langkah positif diambil oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat yang berusaha meningkatkan kecairan dan mengekalkan kadar faedah rendah bagi menggalakkan pelaburan dan mengurangkan pengangguran.

Pada masa yang sama, beberapa negara telah melaksanakan pakej rangsangan fiskal bagi mengurangkan kesan krisis dan merangsang ekonomi. Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF mengunjurkan ekonomi dunia menguncup pada kadar lebih rendah iaitu -1.1 peratus berbanding unjuran -1.4 peratus sebelumnya. Bagi tahun 2010 pula, ekonomi dunia dijangka kembali berkembang kukuh pada kadar 3.1 peratus.

Ekonomi negara yang kini memasuki tempoh akhir Rancangan RMKe-9 juga telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Pertumbuhan ini adalah dipacu permintaan domestik khususnya perbelanjaan swasta serta pemulihan permintaan luar. Dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 billion yang diumumkan kerajaan sebelum ini serta pelaksanaan dasar monetari yang akomodatif telah membantu proses pemulihan ekonomi negara.

Beliau seterusnya memaklumkan bagi tahun-tahun mendatang persekitaran ekonomi dunia dijangka lebih mencabar berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara maju, harga tenaga dan komoditi yang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan persaingan daripada ekonomi baru muncul.

Tan Sri Dato Lodin Wok Kamaruddin seterusnya memaklumkan tahun 2009 merupakan tahun yang sukar bagi LTAT akibat keadaan ekonomi semasa negara yang belum pulih sepenuhnya dan ini menyebabkan pencapaian LTAT turut terjejas.

Beliau telah membentangkan tentang jumlah pendapatan LTAT bagi tahun 2009 dan seterusnya memaklumkan komitmen LTAT yang memberikan keutamaan dalam pemberian faedah dan perkhidmatan kepada pencarum selaras dengan gagasan negara iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Berhubung pencapaian prestasi setiap Jabatan di LTAT, YBhg. Tan Sri memaklumkan rasa puasa hati beliau di mana semua Jabatan telah memainkan peranan masing-masing dengan baik bagi memastikan LTAT terus berupaya mengadakan faedah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pencarumnya. Setiap Jabatan telah mengadakan KPI utama Jabatan mengikut fungsi dan objektif penubuhan setiap Jabatan.

Beliau seterusnya menekan kepentingan untuk semua pegawai/kakitangan LTAT kompeten terhadap penggunaan IT supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara dalam usaha Kerajaan mencapai Wawasan 2020.

Beliau menutup amanat beliau dengan menjelaskan keadaan ekonomi negara yang dijangka bergerak sederhana pada tahun ini dan pegawai/kakitangan LTAT perlu mengambil kira faktor ini untuk dijadikan asas pertimbangan supaya sentiasa bersedia dan lebih proaktif dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengutamakan pelanggan dan produktiviti sebagai menyahut seruan kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GPT) berdasarkan pendekatan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

4 ulasan:

  1. Bukan rakyat Malaysia telah lama bersatu? Kalau diteruskan dengan slogan ini tindakan kita akan mirip kepada cogankata pada Garuda Pancasila Indonesia: BHINNEKA TUNGGAL IKA,bermaksud "walaupun berbeda-bedam tetapi tetap satu". Kalau anda menjelajah keseluruh 18,000 pulau di seluruh nusantara semua orang (200j) tahu berbahasa Melayu sejak 1200M sebelum kerajaan Melaka wujud.Di Malaysia, di TTDI, Melayu sendiri pun cakap oreng puteh, sebab mau jaga status. Di KL berapa kerat tau baca jawi? Idea asalnya tak asli tetapi berbentuk tiruan dan pencapaiannya pun lemah dan setakat laongan sahaja dan tak sampai kepada teras masyarakat.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya caruman bulanan anggota tentera secara berterusan yang mengekalkan kestabilan pelaburan-pelaburan LTAT - bukan 'investments management skills' kakitangannya. Dan jangan lupa Cina akan mengatasi Amerika dan anjingnya di Asia iaitu Jepun yang terkenal sebagai orang Asia yang bertamadun halus tetapi biadab.

    BalasPadam
  3. Sokong pendapat PENTEDAR sebab pada lambang Malaysia ialah BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU. Sahlah kita ciplak idea orang. Macam mana nak maju? Takde ke Ketua-Ketua Pengarah di JPM yang boleh bagi pendapat? Pengalaman berjela-jela tapi otak kurang digunakan! Malaysia tak bermaruah ke?

    BalasPadam
  4. Sesudah meneliti Lapuran Tahunan LTAT, saya terdengar lagu 'My Way' nyanyian Paul Anka; anak pembuat roti bangsa Lubnan. Lagu ini amat popular dikalangan pemabuk-pemabuk yang sering pulang ke rumah lewat malam. Yang peliknya mantan PM Mahathir Mohamad; minat lagu ni!
    Seperti biasa pihak polis akan menahan pemabuk-pemabuk yang berkeliaran dan mereka akan disuruh menyanyi ;agu 'My Way'. Tahap hafalan lirik akan menentukan tahap kemabukan,
    Sebahagian lirik yang sering tersilap adalah seperti berikut:
    But now, as tears subside, I find it all so
    amusing
    To think I did all that, may I say not in a shy way
    No, no, not me! I did it....my way!
    For what is a man, what has he got?
    If not his two balls, he has nought
    To say things he truly feels, and not the words the one who crawls
    The record shows, I took the profit sharings
    And did it .....My Way!

    Mengikut kajian, orang-orang yang perwatakan
    'egositic' atau 'self-centred' gemar lagi ini dan kaki mabuk biasanya mempunyai banyak unsur-unsur egoisma dalam watak mereka.

    Maaf kalau tersasar sebab saya minat sangat dengan lagu yang sama tapi dinyanyikan oleh Frank Sinatra-'The Mafia'.

    BalasPadam