Jumaat, 21 September 2018

Parti Bukan Agama

Nyiur gading puncak tunggal
Sayang ketupak berisi kelapa
Parti rosak elok ditinggal
Pesanan TGNA tak dilupa

Nyiur gading puncak kalam
Gigi depan dibuang jangan
Dahulu parti utamakan Islam
Bila rosak bangsa jadi perjuangan

Merbah bersarang dirumah Tapa
Bersarang pula sebelah rama-rama
Hati berubah tidak mengapa
Kerana parti bukanlah agama

Patah galah haluan perahu
Pelayaran diterus pegang amanah
Kehendak ALLah siapa yang tahu
Dahulu PAS kini Bersih Cekap Amanah

Bulan penuh terang bersuluh
Pelayaran berjaya kerana takdir
Dendam dahulu belumlah sembuh
Cemburu melihat kejayaan Tun Mahathir

Nukilan
Illya
19 September 2018