Khamis, 8 Mac 2012

UCAPAN ZAHID HAMIDI MAJLIS MAKAN MALAM LTAT 2012

LTAT catat prestasi kewangan cemerlang tahun lalu

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kejayaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan prestasi kewangan cemerlang bagi tahun 2011 merupakan hasil kesinambungan daripada barisan pengurusan yang cekap dan komited.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan LTAT itu adalah sesuatu yang membanggakan kerana berjaya meningkatkan aset terkumpul wang pencarum daripada RM27 juta pada tahun 1973 kepada hampir RM8 bilion pada akhir Disember 2011.
"Kita beruntung kerana mempunyai kepimpinan yang baik dan sebagaimana LTAT ditubuhkan pada era Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, kesinambungan itu diteruskan hari ini menerusi anak beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kesinambungan seperti ini yang mendorong kejayaan LTAT sehingga aset keseluruhan LTAT serta anak-anak syarikatnya kini berjumlah hampir RM70 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam LTAT 2012 di sini hari ini. (petikan Utusan Malaysia Online)

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas komen-komen yang saya terima tetapi tidak dapat saya terbitkan kerana penulis diruangan "comments" tidak menyatakan nama bagi komen-komen yang sepatutnya penulis bertanggungjawab atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan