Isnin, 8 November 2010

TEKS PENGACARA HARI INOVASI & KREATIVITI LTAT 9 NOVEMBER 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
YBhg. Tan Sri Dato Haji Lodin Wok Kamaruddin, Ketua Eksekutif LTAT

YBhg. Dato Haji Abdul Aziz Ismail, Timbalan Ketua Eksekutif

YBhg. Dato Zakaria Sharif, Pengurus Besar Pelaburan 1

Encik Semawi Zakaria, Pegawai Perunding daripada Unit Pengurusan Kualiti MPC

Puan Saliza Saari, Pegawai Perunding daripada Unit Produktiviti dan Inovasi MPC

Puan Rathiyah Hassan, Pengurus Besar Operasi

Tuan Haji Roslan Abu Talib, Pengurus Besar Pelaburan 2

Penolong-Penolong Pengurus Besar

Pengurus-Pengurus,

Penolong2 Pengurus, dan

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Pegawai/Kakitangan LTAT

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini dan selaras dengan konsep Inovasi dan Kreativiti buat pertama kalinya kita menjemput generasi pelapis masa depan Saudara Mohd Hisyam bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih Saudara Mohd Hisham bakal Imam Muda kita.

Tuan2/Puan2 dipersilakan untuk berdiri bagi Bacaan Ikrar Dasar Kualiti LTAT

KAMI ADALAH KOMITED/ UNTUK MENJADIKAN LTAT/ SEBUAH ORGANISASI YANG BERWIBAWA/ DAN MENCAPAI TAHAP PENGURUSAN/ DANA WANG CARUMAN/ ANGGOTA ANGKATAN TENTERA/ YANG TINGGI/ BAGI MEMENUHI EKSPEKTASI PELANGGAN/ DARI SEGI PEMBERIAN PERKHIDMATAN/ DAN PULANGAN WANG CARUMAN/ SERTA MENEKANKAN KEBERKESANAN/ SISTEM PENGURUSAN KUALITI/ SECARA BERTERUSAN.
Terima kasih.
YBhg. Tan Sri, Dato dan tuan/puan,
Hari Inovasi dan Kreativiti LTAT 2010 diadakan selaras dengan perisytiharan tahun 2010 sebagai “Tahun Malaysia Inovatif 2010” yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat

Inovasi boleh ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi serta perubahan kepada amalan sedia ada.

Selaras dengan usaha menjadikan elemen inovasi sebagai pemangkin utama kecemerlangan perkhidmatan yang perlu diterapkan ke dalam diri semua warga LTAT bermula dari pihak peringkat tertinggi sehinggalah kepada kakitangan sokongan, majlis dengan bangganya mempersilakan

YBhg. Tan Sri Dato Haji Lodin Wok Kamaruddin, Ketua Eksekutif LTAT untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan hari Inovasi dan Kreativiti LTAT bagi tahun 2010.

Terima kasih YBhg. Tan Sri di atas ucapan dan perasmian Hari Inovasi dan Kreativiti LTAT.
Seterusnya marilah kita bersama-sama memberikan perhatian ke atas persembahan slide bertajuk “Prestasi Pencapaian Sistem Kualiti di LTAT”. Saksikan.

Tuan2 dan Puan2,

Majlis Hari Inovasi dan Kreativiti LTAT diteruskan dengan persembahan koir lagu 5S LTAT. Untuk makluman semua, Lagu ini adalah hasil inovasi dan kreativiti pencipta OTAI kita Tuan Haji Azhar Mohd Mukry. Walaupun dicipta oleh warga senior LTAT namun lagu ini begitu muda dan segar untuk kita hayati bersama-sama. Saksikan persembahan koir LTAT.

Terima kasih di atas persembahan pasukan koir tadi.

Seterusnya majlis dengan ini menjemput YBhg. Datuk Hj Abdul Aziz Ismail untuk ke depan pentas bagi upacara penyampaian Sijil Penghargaan 5S kepada Jawatankuasa Pemandu 5S di atas dedikasi dan sumbangan mereka ke arah pencapaian persijilan 5S.

Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pegawai/kakitangan LTAT di atas komitmen dan penglibatan mereka secara langsung dalam usaha mencapai persijilan 5S dan untuk itu majlis wakil bagi setipa zon bagi menerima sijil penghargaan ini.


Terima kasih YBhg. Datuk

Seterusnya dijemput En. Saubae untuk mengiringi YBhg. Tan Sri Dato Haji Lodin Wok Kamaruddin dan En. Semawi Zakaria daripada Malaysian Productivity Corporation ke pentas utama.

Tuan2 dan puan2 majlis dengan bangganya mempersilakan En. Semawi Zakaria bagi menyampaikan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S kepada YBhg Tan Sri Dato haji Lodin di atas pengiktirafan MPC di atas pencapaian 5S LTAT.

Sebagai tanda penghargaan daripada LTAT, YBhg. Tan Sri dijemput memberikan cenderahati kepada En. Semawi.

YBhg Tan Sri adalah dipohon untuk terus kekal berada di pentas bagi acara penyampaian sijil penghargaan dan penyampaian hadiah-hadiah bagi kategori berikut:-

Komitmen pihak pengurusan atasan adalah elemen penting dalam mengerakkan LTAT mencapai persijilan 5S. Dengan dedikasi yang ditunjukkan majlis dengan ini menjemput YBhg. Dato Haj Abdul Aziz selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu 5S ke pentas bagi menerima sijil penghargaan daripada YBhg. Tan Sri.

Bagi kategori Ciptaan Lagu Terbaik 5S juara adalah Tuan Haji Azhar Mukry.

Bagi kategori Anugerah Khas 5S LTAT pemenang-pemenangnya

1. Zon Pentadbiran - Sudut 5S kreatif – (dipersilakan Puan Rathiyah Hassan)
2. Zon Kewangan Bilik Individu Paling Terbaik – Puan Muslemah (dipersilakan wakil Puan Muslemah)
3. Zon ICT - Bilik Latihan (dipersilakan pegawai yang bertanggungjawab menjaga bilik latihan - )
4. Zon Integriti – Bilik Galeri (dipersilakan En. Hamidi)
5. Zon Perolehan – Bilik Fail Kreatif (dipersilakan Cik Nur Faizah)
6. Zon hal Ehwal Korporat – Meja Individu Terbaik (dipersilakan Puan Nortanti Moh Nasir)
7. Zon hal Ehwal Pelanggan – Pantry Kreatif (dipersilakan En. Baharudin)
8. Dokumentasi – Jawatankuasa Promosi dipersilakan Puan Norzehan.

Bagi kategori ZON Terbaik (Untuk makluman pemilihan zon terbaik dibuat berpandukan kepada jumlah markah lima pengauditan yang dibuat oleh Jabatan Audit Dalaman dan juga mengambil kira penilaian yang dibuat oleh pihak MPC)

Tempat Ke 3 - jatuh kepada Zon Perolehan (Puan Rathiyah Hassan)
Tempat Ke-2 – jatuh kepada Zon ICT (Puan Sharifah Azlina)
Tempat Pertama jatuh kepada Zon Pelaburan (Tuan haji Roslan Abu talib)

Tuan2 dan Puan2
Di atas kejayaan LTAT yang cukup cemerlang dan gemilang di atas pencapaian persijilan ISO 20000:2005 di bawah skop Pengurusan IT di mana LTAT merupakan agensi Kerajaan yang pertama mencapai persijilan ini dan sehingga hari ini hanya ada 6 syarikat swasta sahaja yang telah menerima persijilan ini dan LTAT terus kekal sebagai “the only one” agensi Kerajaan yang menerima pengiktirafan ini maka majlis dengan bangganya mengumumkan

Kemuncak penyampaian majlis Hari Inovasi dan Kreativiti LTAT bagi tahun 2010 adalah penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada semua pegawai/kakitangan LTAT di atas kejayaan LTAT mencapai persijilan ISO 20000:2005 di bawah Skop Pengurusan IT.

Majlis dengan bangganya mempersilakan Puan Sharifah Azlina Pengurus Prosesan dan Teknologi Maklumat yang merupakan watak utama di dalam kejayaan LTAT mencapai persijilan ini bagi menerima kesemua sijil-sijil penghargaan tersebut daripada YBhg. Tan Sri.

Terima kasih YBhg. Tan Sri.

YBhg, Tan Sri, Dato dan tuan/puan,

Selesai sudah sebahagian acara
Adat majlis berehat lah kita
Semua hadirin dijemput pengacara
Menikmati jamuan di Dewan kita

Tuan2 dan Puan2 adalah dipohon untuk masuk semula ke Dewan LTAT pada jam ...... bagi mendengar Ceramah Kualiti yang akan disampaikan oleh Puan Saliza.

Dipersilakan Puan Saliza Saari daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia untuk memberikan ceramah bertajuk .... (Salamiah)

Bagi pihak LTAT saya suka merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Saliza di atas ceramah yang sungguh bersemangat dan dengan itu berakhir majlis kita pada tengah hari ini dan seperti mana biasa jamuan tengah hari ada disediakan di Dewan LTAT.

Semua hadirin dijemput menikmati jamuan makan tengah hari.

Teks Pengacara Illya Salehudin Jaafar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan