Sabtu, 13 November 2010

REUNION ALUMNI SRK (2) KUALA AMPANG






13 November 2010, Reunion alumni SRK (2) Kuala Ampang telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan saya amat terharu sebenarnya dapat berjumpa semula rakan-rakan lama yang terpisah lebih 30 tahun. Inilah yang dinamakan kebesaran ALLAh SWT, atas kehendaknya kita berjumpa semula.

Dengan landskap latarbelakang yang berbeza, dari segi kerjaya, dari segi agama, dari segi fahaman politik, dari segi pemikiran dan idea, kita hari ini bersatu atas prinsip dan semangat untuk menjayakan alumni ini.

Saya masih ingat pada tahun 1974 terdapat satu papan tanda yang diletakkkan dipentas sekolah dengan tajuk lebih kurang “Pelajar hari ini merupakan Generasi Masa Depan Negara”. Ya memang betul hari ini kita menjadi Generasi Masa Depan itu dan alhamdullilah kita telah menjadi warga negara Malaysia yang baik. Setiap dari kita, sebenarnya merupakan penyumbang kepada kejayaan Malaysia hari ini.

Tetapi kita perlu ingat, kita menjadi manusia yang berguna kepada negara hari ini kerana pada masa kita kecil, kita telah dihantar oleh ibubapa kita untuk dididik oleh oleh cikgu-cikgu kita di SRK (2) Kuala Ampang. Bayangkan jika didikan guru-guru tiada kualiti, tiada disiplin, tiada kemahuan untuk melihat kita berjaya apakah hari ini kita mungkin menjadi insan yang cemerlang. Guru-guru inilah merupakan mentor kita. Mereka membentuk modal insan yang baik dan menyediakan kita untuk menjadi manusia yang boleh berbakti pada negara.

Terima kasih Gru Besar Puan Hasnah, Ustaz Masri, Cikgu Musa, Cikgu Kamala, Cikgu Singgam, Cikgu Goh,Cikgu Yan Hong Kong dan pada semua cikgu-cikgu baik yang masih ada atau telah pencen daripada dunia. Jasamu cikgu amatlah besar.

Untuk rekod bagi batch tahun 1974 hingga 1979, yang hadir saya (Illya Salehudin Jaafar), Cikgu Azman Mohamad Razali, Rubiah (Ruby), Siti Purwani, Zainee, Azam dan Hardy. Reunion kali ini mungkin yang pertama dan terakhir diadakan di Sekolah SRK (2) Kuala Ampang dan daripada maklumat yang diberikan SRK (2) akan dipindahkan ke Sekolah Baru di Kampung Berembang (belakang Hospital Gleneagles) dan SRK (1) akan kekal di sekolah Jalan Awan ini.

Antara kenangan pahit manis di sekolah ini antaranya minum air paip selepas tiap kali bersukan, dicubit oleh Cikgu Kalama Devi, di bawa oleh Cikgu Singam mengambil pertandingan sukan pengakap di Sekolah St John, bermain angklong dibawah kendalian Puan Hasnah selaku conductor muzik diringi anaknya Khairil Johari Johar (penyanyi tahun 80an) yang bermain piano dan menyaksikan rakaman Radio Rancangan Kanak-Kanak dengan Pakcik Jamal Kerdil di sekolah.

Sedikit latarbelakang SRK (2) Kuala Ampang.

1964 siapnya sekolah ini (dua blok) dan digunakan atas nama Sekolah Rendah Jenis Jebangsaan Inggeris Ulu Klang New Village.

Salah satu blok disewakan kepada Sekolah Menengah Ulu Kelang sehingga tahun 1971 disebabkan kekurangan pelajar ketika itu.

Jun 1971, diwujudkan dua sekolah iaitu Sekoilah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris (Satu) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Dua) Ulu Klang Bahru

1976 ditukar nama kepada SRK (2) Kuala Ampang sehingga kini

Hebatnya SRK (2) Kuala Ampang adalah sejak tahun 1964 lagi, sekolah ini telah mengamalkan konsep 1Malaysia. Baik guru atau pelajarnya adalah berbilang bangsa. Bayangkan berapa banyak sekolah pada tahun 1960an hingga 1970 an yang mempunyai guru dan murid yang berbilang bangsa dengan ratio lebih kurang 60% melayu, 30% Cina, 9% India dan 1% Punjabi.


Dengan kejayaan menganjurkan alumni ini tentunya penghargaan diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola En. Azman Latip Abdul Manap dan barisan AJK dan berharap ini merupakan langkah permulaan untuk kita sama-sama menganjurkan majlis ini dengan lebih besar penyertaan.

2 ulasan:

  1. Kenangan yang terindah dalam hidupku....akan ku abadikan kenangan REUNION ini buat selamanya (selalunya yang pertama itu indah berlaka...hihihiih)..... thank you to everyone it such a great moment being with the seniors & juniors..... every seconds reminds me of our childhood days....starting from the bells rang.... the GOOD OLD DAYS.... sampai malam ku termimpi mimpi.... :).. SRK (2) dihatiku....

    BalasPadam
  2. aik... reunion SRK2KA saya tak tahu pun???

    BalasPadam