Khamis, 25 Mac 2010

MASALAH PENDATANG TANPA IZIN (PATI)

Lanjutan dari Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) pada 9 Mac 2010 saya tertarik kepada 2 perkataan iaitu Transformasi Minda Pegawai Sektor Awam dan Penjimatan Wang.
Semasa perayaan Tahun Baru Cina YAB Dato Sri Hishamuddin amat terkejut dengan kebanjiran warga asing di ibu kota Kuala Lumpur sehingga menubuhkan makmal bagi membuat kajian ke atas permasalahan ini.

Kebanjiran warga asing tanpa permit sebenarnya sudah menjadi parah dan sebagai warga Malaysia saya takuti sudah ada bibit-bibit barah yang wujud dalam masalah ini. Kalau peringkat awal barah masih boleh diubati. Tapi kalau sudah peringkat akhir (stage 4) bayangkan apa yang boleh terjadi.

Hari ini terdapat di sesetengah tempat warga tempatan menjadi golongan minoriti dalam kawasan perumahan sehingga mereka takut untuk bersuara. Lihat sahaja Kampung Pandan Dalam siapa yang lebih ramai.

Apakah yang menyebabkan hampir 100% rakyat Malaysia yang mempunyai pembantu rumah pernah menghadapi masalah pembantu rumah lari. Jahat kah rakyat Malaysia? Kita rakyat Malaysia amat baik sekali tetapi pembantu rumah ini lari kerana ada peluang pekerjaan yang terbuka luas dan bebas untuk mereka bekerja. Paling digemari bekerja di kedai-kedai makan, warung dan sebagai “cleaner”. Malahan ada dakwaan kes di mana pembantu rumah menjadi ejen membantu pembantu-pembantu rumah lari dan menerima wang hasil kerja tersebut.

Jika kita lihat di kedai-kedai makan/restoran di Bandar Tun Hussein Onn, Selayang, Kampung Baru, dan lain-lain kawasan di Kuala Lumpur terutamanya, ramai sekali pekerja wanita dan gadis Indonesia bekerja di situ. Persoalannya pakah mereka ada permit. Majoriti yang ditanya mengelak bila soalan permit kerja diajukan.

Kita kalau nak berkahwin dengan wanita Indonesia, Persatuan Ulamanya sedang mengkaji dikenakan bayaran sekitar RM150,000.00 kepada lelaki Malaysia yang ingin berbuat demikian. Tetapi apakah yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Wanita dalam isu ini bila ramai gadis tempatan dipermudahkan kahwin dengan rakyat Indonesia dan kalau payah-payah dibawa lari ke Lombok.

Dalam konteks 1Malaysia, rakyat Malaysia yang sepatutnya didahulukan dalam banyak hal hari ini merasa amat kurang selesa dengan kebanjiran warga asing ini. Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil tindakan tegas seperti menggantung lesen-lesen restoran yang mengajikan warga asing tanpa permit dan dikenakan denda yang tinggi seperti penjara 5 tahun.

Kontraktor pembersihan yang mengajikan pekerja asing yang permit juga digantung lesen mereka.

Kehadiran warga Afrika juga amat merisaukan. Patutlah anak-anak muda kita sudah tidak pandai bermain bola sepak. Di sesetengah padang di Cheras mereka menguasai padang bola sepak setiap petang dan kita warga Malaysia lihat sahaja.

Melihat badan mereka yang besar kita juga takut dan mereka rata-rata memandu kereta secara berbahaya. Persoalannya mereka ini betul kah ada lesen dan adakah betul mereka ini “student IPTS”?

Yang ditakuti telah pun berlaku hari ni di muka surat 32 Berita Harian pada 9 Mac 2010 seorang kulit Hitam (dipercayai warga Afrika) telah merogol penuntut kolej (rakyat Malaysia) di Pangsapuri Flora Damansara.

Dalam hal ini sebenarnya, semua pihak berkuasa harus bergabung membanteras masalah ini secara serius dan perlu ada transformasi minda dan creative thinking dalam menangani masalah ini.

Sudah sampai masanya Kerajaan menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang sektor pekerjaan mana yang boleh mengajikan warga asing dan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri ke arah Penjimatan Perbelanjaan Kerajaan saya percaya tanpa warga asing berstatus PATI kita dapat menjimatkan jutaan ringgit dan mungkin bilion ringgit. Hari ini mereka menikmati subsidi minyak, gula dan barangan subsidi lain yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

Adalah diharapkan isu ini ditangani dengan cekap selaras dengan Transformasi Minda Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

12 ulasan:

  1. Saranan PM adalah petunjuk yang Kementerian yang dipertaggungjawab dengan operasi immigresen telah gagal menjalankan tugas semasa.

    Balakong mungkin tidak lama lagi perlu ditukar nama kepada Banglakong sebagai satu lagi contoh.

    YAB DSH merlukan masa yang agak lama untuk jadi terkejut sedangkan hal ini telah dikatakan sejak 1995 lagi!

    Apakah peranan sebenar Menteri-Menteri: Adakah mereka memahami tugas yang perlu dijalankan dan memahami masalah yang hendak diatasi? Atau pun bertugas setakat 'melepas batuk di tangga' dengan mengadakan sidang akhbar setiap kali timbul sesuatu masalah sambil menonjolkan kebijaksaannyamengenai sesuatu isu.

    Rakyat agak bosan dengan hal yang berulang- ulang seolah-olah tidak ada orang yang bertanggungjawab dalam kerajaan Malaysia.

    BalasPadam
  2. Pada Isnin 5 Mei, 2010: Harian Metro melaporkan tentang seorang Perunding Kahwin diseksa, diliwat berulang kali dan wang RM6,000nya dirampas oleh 2 lelaki kenalan warga asing di Salak Selatan.

    Beliau dihubungi sebelum ini oleh kenalannya yang meminta tolong menghantarnya pulang dari Dataran Merdeka.

    Beliau ditahan lebih 24jam dan terus diliawat beberapa kali. Adegan panas semasa diliwat turut dirakam oleh mereka berdua mungkin untuk tujuan ugutan.

    Apa dah jadi?

    Adakah disebabkan watak lemah lembut, rajin membantu dan keikhlasannya menyebabkan beliau menjadi mangsa dalam hal ini?

    BalasPadam
  3. Pada 8 April, 2010 sekali lagi Harian Metro melaporkan tentanc beberapa orang perompak orang Indonesia merompak-rompak barang-barang kemas yang ada dan tidak berharga sangat daripada sekeluarga di Ledang, Melaka dengan berbudi bahasa dan tindakan amat lemah lembut sehingga mangsa jadi keliru.

    Catatan sebelum ini mengenai mangsa liwat di Salak Selata, Kuala Lumpur ialah pada 5 April 2010 dan bukan 5 Mei 2010. Harap maaf atas kesilapan.

    BalasPadam
  4. Syabas, nampak perubahan ketara dalam format persembahan dan keseluruhan laman web anda!

    Teruskan kemajuan dan anda tetap akan disokong.

    Teguran adalah bertujuan membina dengan ikhlas, terus terang dan bukan bercorak peribadi.

    BalasPadam
  5. Singkatan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) perlu juga diwujudkan selain PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) disebabkan tindakan-tindakan berbentuk jenayah dilakukan oleh warga-warga asing yang telah mendapat izin masuk ke negara ini.

    BalasPadam
  6. Persatuan Ulama yang terbesar dan terkenal di Indonesia ialah Nahdlatul Ulama(NU)- Kebangkitan Ulama atau Kebangkitan Cendekiawan Islam. Bergerak di bidang pendidikan, sosial dan ekonomi.
    Keanggotaan: 51juta.

    Tidak mungkin NU bercadang untuk dikenakan caj terlalu mahal untuk tujuan perkahwinan seperti yang dimaksudkan.

    Takut-takut kumpulan yang mengaku ulama tetapi beroperasi untuk mengaut untung.

    Pernah berlaku di mana pesara-pesara Singapura diatur untuk mendapatkan pasangan remaja dan kemudian dinikahkan di Pulau Bintan. Tidak ramai yang dapat bertahan lama sungguhpun mengamalkan minum 3 cawan kopi Cap Kapal Api setiap hari. Untuk membatalkan perjanjian akan dikenakan denda yang tinggi. terbalik pulak.

    En Illya kalau ada bercadang, selak-selak perjanjian dulu!

    BalasPadam
  7. Kementerian Hal Ehwal Wanita tidak dapat berbuat apa-apa jika gadis-gadis Malaysia sendiri memilih untuk mendapatkan benda itu!

    BalasPadam
  8. Benar sik!

    "Bila cinta sudah berputik,
    Buah kedondong rasa coklat"

    BalasPadam
  9. Sokong singkatan PADI(Pendatang Asing Dengan Izin) diwujudkan bagi mengelakkan kekeliruan.

    Seperti singkatan huruf 'KENT' yang mempunyai terlalu banyak makna berangkai hingga ia pernah mengkagumkan En Yunus Ahmad.

    BalasPadam
  10. Punca masalah adalah seperti berikut:

    >unjuran keperluan tenaga kerja berasaskan teori yang dibuat oleh pakar ekonomi tempatan yang dijadikan petunjuk jumlah untuk mengimport mereka

    >caj tanpa kawalan yang dikenakan oleh ejen tempatan keatas setiap orang yang dibawa masuk

    >insentif pengurangan cukai jika pengeluaran dapat ditingkatkan terutamanya yang berkait dengan tujuan eksport

    Bagaimana kita hendak mengatasi masalah yang disebabkan oleh kurang pandangan jauh dalam perancangan? Kesan, psngaruh dan akibatnya telah, masih dan terus kita alami.

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas ulasan dan pandangan saudara saudari dan juga pandangan rakan-rakan dari Indonesia.

    Saya setuju dengan singkatan PADI dan sentiasa berdoa pada satu hari nanti Malaysia hanya punya PADI sahaja tanpa mengira dari mana negara mereka asalkan dokumentasi keluar masuk mereka ke negara ini adalah melalui jalan yang sah.

    BalasPadam
  12. Saya ingat ini Malaysia perempuan banyak baik ada understanding. Ini saya hari-hari jumpa sana kerja punya tempat. Apa pasal itu Malaysia punya laki-laki banyak keras sama perempuan? Saya sendiri tadak tau.

    BalasPadam