Khamis, 4 Mac 2010

KE ARAH PERSIJILAN AMALAN 5S - LAWATAN KE JPN

Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Amalan 5S bagi memantapkan lagi budaya korporat LTAT supaya LTAT pada masa depan boleh dijadikan contoh Organisasi 5S yang terbaik di Malaysia. Sehubungan dengan itu Kick Off projek ini bermula pada 11 Januari 2010 dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Road Map ke arah pencapaian persijilan 5S adalah seperti berikut:

Mesyuarat 5S 1/2009 bersama wakil MPC 8 Dis 2010
Mesyuarat 5S 2/2009 bersama wakil MPC 11 Jan 2010
Diagnosis dan pengumpulan maklumat 2 Feb 2010
Mesyuarat J/Kuasa 5S LTAT 1/2010 3 Feb 2010
Taklimat Kesedaran 5S 8 Feb 2010
Latihan untuk Fasilitator 5S 22 & 23 Feb 2010

Lawatan ke ORGANISASI CONTOH
(Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya) 3 Mac 2010

Gotong Royong PERDANA 5 Mac 2010
Latihan Audit 5S 16 & 17 Mac 2010
Lawatan Pertama MPC 9 Mac 2010
Lawatan ke-2 MPC 6 April 2010
Lawatan ke-3 MPC 4 Mei 2010
Lawatan ke-4 MPC 25 Mei 2010
Lawatan ke-5 MPC 8 Jun 2010
Lawatan pasukan Juruaudit 5S LTAT ke semua zon 24 Jun 2010
Lawatan ke-6 MPC 29 Jun 2010
Mesyuarat J/Kuasa 5S LTAT 1/2010 1 Julai 2010
Pre-Audit oleh MPC 7 Julai 2010
Audit Persijilan 5S oleh MPC 28 Julai 2010

Berikut adalah gambar-gambar sewaktu Lawatan di JPN pada 3 Mac 2010








7 ulasan:

  1. Konsep gotong-royong sudah ketinggalan zaman dan tidak produktif. Mungkin berkesan dalam tahun 1360 di mana tidak ada kontrektor pencuci bangunan dsb atau masa terdekat dlm tahun 1950n di mana kesan semangat kekampungan masih terbawa-bawa dan tebal.

    Sekiranya pengurus, pegawai dan kakitangan lain buat kerja kontrektor, pembayaran yang dibuat untuk tujuan apa? Bukankah tindakan ini tidak produktif dan cuba bincangkan dengan NPC bagi mendapatkan pandangan mereka.

    Lebih baik jika gotong-royong seperti membersih, mengecat atau membaiki rumah anak yatim dibuat sebab mereka memerlukan khidmat sukarela seperti ini dan kalau boleh secara berterusan seperti 4 bulan, 6 bulan atau setahun sekali.

    Barulah transliterasi amalan 5S yang berkaitan dengan amalan berterusan memberi makna!

    BalasPadam
  2. Mendapatkan pengiktirafan adalah usaha baik untuk dijadikan kayu pengukur dalam amalan pengurusan sesebuah organisasi.

    Budaya kerja pun mungkin dapat dimantapkan.

    Dari sudut lain, pihak Pengurusa perlu juga menghayati amalan pengurusan yang ditunjukkan oleh Pengurus-Pengurus Kelab-Kelab Bola Sepak English Premier League (EPL)/Liga Perdana Inggeris, Liga Eropah dan Liga Afrika.

    Adakala menang, adakala kalah berpandukan pada jumalah mata terkumpul dari jaringan gol. Pengurus akan berfikir tentang tindakan yang perlu dibuat untuk kekal di senarai teratas.

    Tindakan mereka perlu dicontohi kerana berani menghadapi cabaran dan segala tindakan mereka dinilai oleh ribuan penonton. Prestasi pengurus dan pemain didedahkan pada aksi di tengah padang dan jumlah gol yang dijaringkan. Tidak pernah berlaku perkara dimana jumlah jaringan gol disorok atau diubah supaya sesuatu pasukan itu sentiasa nampak menang.

    Budaya kerja seperti ini jika dapat dihayati akan meningkat prestasi. kualiti kerja dan ketelusan.

    Selalunya budaya kerja Jepun amat dibanggakan sedangkan orang Malaysia terlupa yang terdapat ramai juga orang Jepun yang tidak rajin bekerja atau tidak pandai.

    BalasPadam
  3. Kira 'Lawatan Sambil Belajar', memandangkan JPN telah menyelesaikan hampir 90% masalah pendaftaran penduduk Malaysia.

    Macam mana dengan usaha LTAT mengesan pencarum- pencarum yang hilang tanpa banyak kesan?

    BalasPadam
  4. Dari sudut pandangan kanta-lekap saya; 5S ini ditekankan kepada kakitangan-sokongan sahaja kerana dibahagian inilah yang diandaikan terdapat banyak masalah perlaksanaan kerja.

    Dari sudut yang sama, pihak pengurusan atasan sesuai dianggap sebagai 'Harimau Tua', pengurusan pertengahan sebagai 'Harimau Muda' yamg masih bertenaga dan pengurusan bawahan yang berhubung rapat dengan kakitangan sokongan sebagai 'Harimau Sarkas'.

    Dengan andaian ini Teori 5S akan dapat dijayakan kegunaannya dengan berkesan.

    BalasPadam
  5. Untuk gambar-gambar yang disiarkan harap dapat dicatit penjelasan ringkas.

    Andaian pada gambar-gambar di atas:
    G1:Subjek utama cuba melastik sesuatu
    G2:Contoh baju metalik kalis-cahaya
    G3:Penumpang dalam bas ekspres
    G4:Tetamu di majlis perkahwinan
    G5:Pembeli tiket bas di Puduraya sedang beratur

    BalasPadam
  6. Saya cuba teka.

    Gambar No.2; Pn Jamilah sedang bertanya mengenai K/P lama yang ditongsampahkan!

    BalasPadam
  7. Selepas mendapatkan berbagqi Sijil pengiktirafan, LTAT perlu cuba mendapatkan persijilan bagi 'Keberkesanan Dalam Membuat Keputusan'.

    Bab yang ini berada di tahap terkebawah bila diletakkan secara 'global, glocal atau globus'.

    BalasPadam