Selasa, 14 Mei 2019

PEJABAT CURI MASAKU

Assalammualaikum

Renung-renungkan sejenak sebelum berbuka puasa.

Aku bekerja di LTAT dari jam 8.30 hingga 5.30 petang.

Tapi apakah aku bekerja sepanjang 8 jam tersebut?

Apakah setiap pagi aku mulakan kerja ku mulai 8.30?

Apakah aku langsung tiada curi curi masa pejabat?

Atau aku tiada langsung keluar pejabat?

Apakah jika ku kumpul2kan masa yang ku curi2 itu tak mungkin cecah 24 jam?

Aku curi masa pejabat tapi pejabat langsung tak boleh curi masa ku

Renung2kan

Rupa2nya baru kusedari
Masa yang ku curi lebih banyak dari itu
Terfikir aku di bulan Ramadhan ini
Rezeki, halal dan haram
Maka sejak 32 tahun aku sertai LTAT

Aku sering ingatkan diriku
Pejabat curi lah masa ku
Kerana masa yang pejabat curi mungkin tak sesampai masa yang kucuri

Waalahuallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan