Selasa, 4 Januari 2011

BUKIT PUTUS BAKAL MENGUNDANG TRAGEDI KEMALANGAN JALANRAYA





Syukur ke hadrat ALLah SWT melimpah nikmat kepada kita warga Malaysia sehingga kita punyai jalan raya antara yang terbaik di dunia. Sebelum tahun 2009, sebut sahaja fasal jalan raya Bukit Putus tentunya meninggalkan nostalgia bagaimana sempitnya jalan ini dan sesaknya jalan ini pada hujung minggu. Dan yang paling ditakuti, sedikit sahaja kecuaian bakal mengundang padah kenderaan jatuh ke dalam gaung.

Maklumat daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Federal_Route_51 menyebut “The section of the Federal Route 51 from Paroi to Ulu Bendol known as Jalan Bukit Putus is notorious for its narrow and dangerous sharp corners. Construction of the new bypass replacing the old narrow road started on 2006 and it was completed in the early 2009. On August 2009 the bypass is now opened to traffic”.

Dengan adanya jalan pintas yang baru mengganti jalan Bukit Putus, telah memberikan satu keselesaan kepada pengguna jalan raya ditambah pula dengan adanya Lebuh raya Lekas yang menghubungkannya terus dengan Paroi/Senawang ke Kuala Lumpur.

Jalan pintas Bukit Putus ini selesa dan selamat. Selamat dengan syarat semua pengguna mematuhi arahan pemanduan yang ditetapkan ke atas penggunaan jalan pintas ini. Jalan pintas ini sebenarnya berkedudukan lebih tinggi hampir 2 kali ganda daripada jalan lama Bukit Putus dan di bahu jalan tentunya gaung menjadi teman jalan raya baru ini.

Pendek cerita jika terjatuh dalam gaung di jalan pintas baru ini tiada harapan untuk hidup kecuali atas kehendak Illahi masih dipanjangkan umur.

Saya melalui jalan pintas ini hampir setiap minggu di mana jika kita dari Paroi jalan ini mempunyai 1 lorong pergi dan 2 lorong balik bagi mendaki pada hampir keseluruhan perjalanan sehingga ke Ulu Bendol kecuali di pertengahan perjalanan 2 lorong pergi dan 1 lorong balik.

Yang menjadi igauan buruk pengguna adalah sikap ramai pengguna yang suka memotong di atas garisan “double line” sehingga menjadikan pemanduan di lorong kanan (2 lorong) menjadi amat berbahaya kerana pengguna yang mempunyai 1 lorong suka memotong dengan melulu.

Sepanjang menggunakan jalan pintas ini hampir setahun setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad saya tidak pernah melihat ada “road block” diadakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan keadaan ini menjadi pemandu yang gila memotong terus melakukan aksi mereka terutama setiap hujung minggu. Mereka bukan sahaja memotong di sebelah kanan malahan sebelah kiri (bahu jalan raya).

Memetik daripada http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/empat-cedera-tiga-kereta-kemalangan-di.html yang melaporkan pada 12 Novembber 2010, EMPAT cedera termasuk seorang wanita hamil, apabila tiga buah kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Pilah-Seremban, berdekatan Bukit Putus, kira-kira jam jam 9.30 pagi tadi. Bahagian enjin salah sebuah kereta terbabit, turut terputus dua menunjukkan betapa bahayanya jika pengguna tidak mematuhi peraturan jalanraya.

Sehubungan dengan itu, sudah tiba masanya kita memerlukan bantuan pihak PDRM melakukan pemantauan dan sekatan jalan raya di jalan pintas Bukit Putus walaupun tindakan ini tidak popular tetapi demi keselamatan rakyat Malaysia, ketepikan sahaja cakap-cakap mereka yang tidak bijak itu. Walaupun mungkin menimbulkan kesulitan kepada pengguna tetapi tindakan pihak PDRM amatlah diperlukan.

Jika tidak, tragedi atau kecelakaan jalan raya yang lebih dahsyat mungkin boleh berlaku dan bayangkan jika inya melibatkan bas. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan bas yang melalui jalan pintas ini membawa anak-anak sekolah, siswa dan siswi yang pintar kerana di Kuala Pilah ada Uitm, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah berasrama penuh.

2 ulasan:

  1. jalan-jalan di KL pun perlu dibaiki selalu..banyak lubang2 dan bonggol yang menyebabkan pemandu terpaksa mengelak dan membahayakan diri dan pemandu yang lain..road tax bayar tapi jln tak baiki..

    BalasPadam
  2. Setiap kali kemalangan kita selalu nampak org suka potong kat double line, bawa laju dan sebagainya... tapi kita tak pernah mendalami mengapa org tersebut potong double line? bawa "laju"?....

    Kalau org bawa "laju" di minta saman, tapi bagaimana dgn org yg bawa tersangat perlahan contohnya 40-50km/j di tempat speed limit kebangsaan 90km/j? Dah ler bawa perlahan, tak nak himpit kiri... duduk ditengah2 jalan sahaja.

    Rasa-rasanya panjang tak ekor yg mengekori kereta bawa perlahan tersebut? ditambah pula kaw. tersebut double line. bila org dah feed up sgt panjang, org akan potong juga walaupun double line sebab masing-masing ada urusan tersendiri....

    Di buat cerita berlaku kemalangan, confirm org akan tuding jari pada yg potong double line tersebut... tapi bagaimana makhluk yg bawa kereta lembab dan menyebabkan kesesakan jalanraya kerana pandu 40-50km/j ditempat 90km/j? Jawapanya org tak ambil peduli !!!! sedangkan dia lah punca penyebabnya !!!

    Permasaalahan ini macam ice berg... org nampak ais kat atas sahaja.... yg di bawah lagi besar ketul ais nya. Renung renungkan dan jika anda di pihak penguatkuasa, jgn teragak2 menyaman pemandu yg membuat kesesakan jalan raya dgn pandu perlahan, kereta berderet kat belakang.... jgn nak saman pemandu yg "laju" sahaja. Saman sekali pemandu yg bawa sgt perlahan dari halaju yg tertera di jalanraya kerana menghalang lalu lintas utk lancar (juga penyebab kepada peningkatan kebarangkalian kemalangan)

    BalasPadam