Jumaat, 10 September 2010

RANCANGAN BAKAR AL QURAN TERRY JONES SATU KEBIADAPAN MANUSIA YANG TIDAK BERTAMADUN

Memetik daripada beberapa sumber berita.

Paderi Dove World Outreach Center, Terry Jones ketika menjawab soalan mengenai rancangan meneruskan membakar al-Quran esok berkata beliau akan akur jika Obama meminta tak terus rancangan.

Paderi Florida yang mengundang kecaman dunia kerana merancang membakar beratus al-Quran esok, berkata beliau mungkin membatalkan hasratnya itu jika Presiden Amerika Syarikat Barack Obama meminta beliau untuk tidak melakukannya.

Sibiadap ini telah pun memberitahu akhbar USA Today setakat ini beliau belum dihubungi Rumah Putih berhubung rancangannya membakar kita suci Islam itu sempena menandakan ulang tahun kesembilan serangan pengganas 11 September.

“Jika Obama meminta kami membatalkannya sudah semesti kami akan menimbangkannya. Saya tidak akan dapat mengabaikan panggilan dari Rumah Putih,” katanya.

Obama semalam memberi amaran tindakan membakar al-Quran akan hanya menguntungkan kumpulan pengganas Al-Qaeda yang didakwa melancarkan serangan terhadap AS pada 2001 itu yang membunuh hampir 3,000 orang.

“Anda tahu, tindakan berkenaan akan mencetuskan keganasan serius di tempat seperti Pakistan atau Afghanistan,” Obama memberita rangkaian televisyen ABC.

Walaupun pelbagai kritikan diterima daripada pegawai tertinggi Amerika Syarikat, tentera, Vatican dan pemimpin agama lain, gereja terbabit sebelum ini menyatakan ia tetap enggan menangguhkan rancangan membakar al-Quran itu. Jones memberitahu satu sidang media kelmarin gereja beliau menerima banyak mesej yang menyokong tindakan itu.

Jones menjelaskan beliau sudah berdoa untuk mendapatkan panduan sama ada meneruskan acara itu selepas amaran dari komander Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David Petraeus bahawa Amerika Syarikat dan tentera sekutu akan menjadi sasaran balas dendam.

“Kami faham mengenai kebimbangan jeneral terbabit dan kami masih lagi mempertimbangkan mengenainya,” kata Jones tetapi berkata beliau dihubungi seorang askar pasukan khas yang memberitahu beliau bahawa ‘mereka di medan perang 100 peratus di belakang kami.”

Paderi yang pernah menerima ancaman bunuh itu berkata acara selama tiga jam esok itu bertujuan menghantar mesej kepada kumpulan radikal Islam bahawa mereka perlu mematuhi perlembagaan Amerika Syarikat.

“Pembakaran al-Quran ini adalah untuk menarik perhatian bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dan ia adalah masa yang sesuai untuk kami dalam satu cara baru untuk bangkit dan menentang keganasan,” katanya.

Rancangan membakar sejumlah 200 al-Quran yang kebanyakan didermakan kepada gereja dibuat menyusuli satu perdebatan yang membangkitkan kemarahan mengenai rancangan membina sebuah pusat kebudayaan Islam di New York berhampiran dengan tapak bekas Pusat Dagangan Dunia.

Ramai bimbang jika al-Quran dibakar ia akan membangkitkan lagi sentimen antiIslam.

YANG JELAS BARACK OBAMA TELAH PUN MENGELUARKAN AMARAN JANGAN BAKAR AL QURAN DAN APAKAN TERRY JONES AKAN MENGKOTAKAN JANJINYA UNTUK MEMATUHI ARAHAN OBAMA SUPAYA TIDAK MEMBAKAR AL QURAN?

GAINESVILLE (Florida): Rumah Putih meningkatkan gesaan terhadap pastor Florida bagi membatalkan rancangan untuk mengadakan majlis membakar al-Quran di tengah-tengah kebimbangan tindakan itu akan membentuk keganasan baru.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran terhadap rancangan meneruskan membakar al-Quran sempena menyambut ulang tahun serangan 11 September.

"Ia adalah bonanza menrekrut untuk Al-Qaeda. Ia akan meningkatkan jumlah individu yang bersedia untuk meletupkan diri mereka sendiri di bandar AS atau Eropah," kata Obama kepada ABC, ketika Jabatan Kerajaan AS sudah mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga AS seluruh dunia.

Saya juga sempat melihat beberapa respon yang diterima oleh CNN dan paling tertarik adalah repon yang berbunyi "Pernahkan orang-orang Muslim membakar Bible? Tidak pernah kan, tetapi mengapa Al Quran hendak dibakar?"

Sama-sama lah kita orang muslim berdoa agar perkara ini tidak diteruskan agar dunia ini terus aman, diberkati oleh ALLah SWT dan tidak pula Allah SWT turunkan bala bencana (musibah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan