Selasa, 29 Jun 2010

1 NISBAH 40 MELAYU MENDAFTAR DENGAN SPR

Rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu amat teruja dengan kempen 1Malaysia yang dilaung-laungkan dan dijulang oleh Kerajaan Malaysia di bawah era pentadbiran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sekarang. Lantas sambutan Maljis Kibar Jalur Gemilang di Kanggar pada 1 Ogos 2010 nanti bakal menyaksikan satu sambutan yang pasti diwarnai dengan kempen 1Malaysia. Itu yang Perdana Menteri mahu lihat.

Saya percaya Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia demi kemajuan dan tranformasi pelbagai aspek ke arah kemajuan rakyat dan negara Malaysia. Bukannya mengambil semangat ini dari sudut yang songsang sehingga mewujudkan angka 1 yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu. Bukan 1 ini yang kita mahukan. Kita mahukan 1Malaysia tidak 1:40 Melayu dibandingkan dengan bangsa Cina yang mendaftar dcengan SPR.

Dalam keluaran muka depan Berita Harian 28 Jun 2010, pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Sayangnya berapa ramai orang Melayu yang membicara soal ini dikedai-kedai kopi diketika Piala Dunia 2010 sedangan hangat berlangsung. Adakah persoalan ini diperkata, diperdebatkan, dibincangan atau tiada langsung orang Melayu yang ambil berat soal ini. Saya sendiri hamper setiap malam jam 10:00 malam menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia di kedai kopi (restoran mamak) dan sehingga saat ini belum ada rakan-rakan yang suka berbicara tentang politik memperkatakan soal ini. Mungkinkah orang Melayu tidak serius dalam isu pendaftaran dengan SPR? Mungkin ada benarnya.


Walau pun, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman, saya lebih tertarik dengan pengesahan “confirmation” yang dibuat oleh Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata peningkatan pendaftaran pengundi bukan Melayu adalah kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

Trend lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya 2008 juga disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR bercakap berdasarkan fakta dan data penngundi yang berada dibawah selian mereka dan sebagai rakyat Malaysia kita wajar mempercayai SPR. Menurut SPR lagi, ramai anak muda Melayu gemar menunggu sehingga saat akhir untuk mendaftar sebagai pengundi. Persoalan mengapa ini terjadi dan bagaimana harus keadaan ini diatasi?


Dalam keluarga Melayu peranan ibu bapa dalam hal ini perlu diberi perhatian. Majoriti ibu bapa Melayu kurang aktif dalam soal pendaftaran dengan SPR. Dari sudut SPR sendiri walaupun Pejabat Pos Malaysia telah dilantik untuk menjadi ajen pendaftaran SPR namun rata-rata anak Melayu tidak menyedari tentang hal ini. SPR sendiri perlu memainkan peranan yang aktif dan mewujudkan KPInya yang sendiri dan mendapatkan persijilan ISO9001:2008 (jika masih belum ada) bagi memastikan 100% warga Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan layak mengundi mendaftar dengan SPR. Kempen dan promosi di media massa harus dipertingkatkan dan SPR mungkin boleh mengkaji bagi menggunakan portal MYEG untuk proses pendaftaran pengundi baru. Atau menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai satu lagi kaedah pendaftaran dengan SPR dimana setiap warga Malysia diwajibkan menukar Kad Pengenalan pada usia 21 tahun dan semasa ini pendaftaran dengan SPR dilakukan serentak.

Kepada anak Muda Melayu, bangkitlah dan sedarlah bahawa masa depan orang-orang Melayu di Malaysia adalah ditangan anda. Maju atau mundur, berjaya atau tidak sesuatu bangsa itu hanya dapat ditentukan oleh bangsanya sendiriu dan janganlah salah orang lain atas kegagalan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan