Sabtu, 27 Februari 2010

LTAT - COACHING & MENTORING

Lanjutan beberapa siri seminar “Coaching & Mentoring” di bawah tajuk “Coahing Performance – My Way Forward” yang didedahkan kepada seluruh peringkat pegawai/kakitangan LTAT dengan kerjasama Right Management sepanjang bulan Februari 2010 dan dengan wujudnya KPI bagi program ini adalah diharapkan LTAT dapat mewujudkan satu kerjasama bentuk baru di antara pengurusan dan kakitangannya.

Kerjasama di luar garisan hubungan pengurusan di mana pengurusan/pegawai kanan LTAT bertindak selaku coach/mentor (pembimbing) dan membantu pegawai/kakitangan LTAT (pekerja) selaku coachee/mentee (pelatih) dalam pembudayaan coaching dan mentoring dijangka dapat membuahkan budaya kerja yang cemerlang hasil daripada kepuasan kerja dan hubungan yang baik di antara semua ahli di dalam sesebuah organisasi. Budaya kerja positif ini mewujudkan kakitangan yang matang dan bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar seterusnya memudahkan pihak pengurusan atasan membuat pemilihan kakitangan yang kompeten di dalam urusan kenaikan pangkat.

Apa itu coahing dan mentoring dalam bahasa yang mudah dan senang diingati? Berdasarkan skim pembimbing yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah seperti berikut:-

Coaching – menggunakan kebolehan dan keupayaan untuk mendengar dan menanyakan soalan dalam membina hubungan dengan mengujudkan rasa hormat dan kepercayaan serta memberikan ruang kepada pihak yang dibimbing untuk menyuarakan keraguan, pendapat dam harapan.

Mentoring – membimbing dan menyarankan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kepada pelatih dengan membantu mereka menyelesaikan masalah tugasan, meningkatkan pencapaian dan pembangunan kerjaya.

Apakah objektif atau tujuan program Coaching & Mentoring diadakan? Pendekatan yang diambil oleh Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) seperti berikut boleh dijadikan garis panduan dan akhirnya disesuaikan mengikut acuan LTAT.

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran pihak pengurusan menerusi penerapan unsur-unsur kepimpinan strategik melalui pengasuhan bakat oleh pengurusan atasan kepada pegawai di bawahnya

ii) Memperturunkan ilmu, pengalaman, ketrampilan peribadi dan kemahiran pihak pengurusan atasan kepada pegawai-pegawai di bawahnya sebagai usaha untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

iii) Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama oleh coach dan mentor akan dapat membantu coachee dan protégé melaksanakan tugasan dengan lebih bijak dan menjimatkan masa. Justeru itu, keadaan ini akan meningkatkan prestasi dan meningkatkan produktiviti sesuatu unit dan seterusnya institusi dan Jabatan.

iv) Mewujudkan kakitangan yang matang dan bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar dalam proses kenaikan pangkat

v) Menggalakkan budaya kerja yang cemerlang dan positif hasil daripada kepuasan kerja dan hubungan yang baik di antara ahli dalam sesebuah institusi.

Dengan adanya usaha berterusan Jabatan Tenaga Manusia dan Pentadbiran dan Jabatan Pengurusan Risiko, program coaching dan mentoring LTAT pada tahun pertama ini dijangka dapat dilaksanakan mengikut perancangan tetapi untuk menilai sejauh mana kejayaan program ini sebenarnya banyak bergantung kepada sejauh mana konsep ini dapat diterima oleh pembimbing dan pelatih dan komitmen berterusan kedua-dua pihak.

Kecemerlangan LTAT
Keselesaan Warga Tentera

4 ulasan:

  1. Seminar adalah satu cara untuk berbincang bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah oleh mana-mana kumpulan. Perkataan sama makna seminar ialah: kursus, kajian atau pelajaran.

    Pada kebiasaanya di LTAT pihak bawahan sahaja perlu dipertingkatkan kefahaman tentang strategi organisasi, keberkesanan kerja atau cara memupuk kerjasama.

    Yang ini ada sedikit peningkatan di mana 'pengurusan hadapan' dimesyuarahkan dengan 'kumpulan sokongan'.

    Perlu juga diberi perhatian yang 'Kumpulan Pengurusan Pertengahan' dan 'Pengurusan Tertinggi' adalah pemakan gaji LTAT dan mereka juga patut mempunyai kefahaman yang setimpal dengan tugas yang dijalankan dan tidak sentiasa mengaku 'serba tahu dan serba tak kena' dan menyumbang dengan berkesan kepada pihak bawahan.

    LTAT patut berbangga terhadap kaitannya dengan Kementah disebabkan banyak teori-teori 'pengurusan strategik' dikaitkan dengan strategi ketenteraan. Cuba bandingkan bagaimana 'drill instructors' boleh melatih askar-askar dalam hal disiplin, penggunaan senjata, 'survival techniques', 'ambush techniques' atau 'map readings' dengan seminar-seminar awam dan yang mana lebih berkesan.

    Penerbitan-penerbitan UKM boleh dibuat rujukan tetap ianya lebih sesuai untuk mendapatkan markah tinggi dalam penilain untuk kursus-kursus sarjana atau kedoktoran disebabkan penulis-penulisnya ada yang tidak pernah memegang jawatan sebagai pengurus.

    Rumusan secara am tanpa imbasan modul didapati tidak berkesan.

    Kejayaan akan ditunjukkan pada 'feed backs' sebenar analisis masalah pengurusan dan bukan pujian palsu yang membanggakan.

    BalasPadam
  2. PENGURUS ULU BENDUL1 Mac 2010 pada 11:52 PTG

    Sedap jugak didengar: Mentor...Mentee, Employer...Employee, Hajjah...Hajee, Organisasi...Diri sendiri. Cuba adakan sessi 'ribut-otak' dan bertanya:
    1)Siapakah yang sebenar mendapat keselesaan daripada kecemerlangan LTAT?
    2)Patutkah polisi KSM* diteruskan dalam LTAT?
    3)Sekiranya seorang pengurus dipinjamkan kepada sesebuah syarikat di mana LTAT mempunyai kepentingan dan syarikat tersebut rugi dalam operasinya, perlukah ia diserap balik ke LTAT dan dinaikkan ke jawatan yang lebih tinggi?
    4)Sekiranya Pengurusan LTAT dirombak adakah orang-orang lama akan mengekalkan pengaruh dalam operasinya?
    5)Sekiranya seseorang pengurus memegang lebih dari tiga jawatan penting samada diberi gaji tambahan atau tidak, adakah ia akan menilai prestasinya sendiri?
    6)Pernahkah pensyarah seminar ada terdengar terma PPC(Pengurusan Pisau Cukur)yang dianggap tercanggih dan sofistikated dalam konteks amalan pengurusan di Malaysia?

    Selamat Ributkan Otak

    *Kerja Sampai Mati

    BalasPadam
  3. Kepada Buah Kepayung

    LTAT buat masa ini tidak memerlukan 'pengurusan strategik' yang dikaitkan dengan strategi ketenteraan bagi meningkatkan tahap kecemerlangan kakitangannya.

    LTAT telah melaksanakan banyak program bagi meningkatkan tahap kompetensi kakitangannya
    sehinggakan LTAT hari ini merupakan organisasi Kerajaan yang pertama dan satu-satunya organisasi Kerajaan yang mencapai Persijilan ISO 20000 IT Service Management.

    Perlaksanaan Coaching & Mentoring buat masa ini saya lihat dari sudut positifnya, Kejayaan banyak bergantung sejauh mana komitmen pengurusan LTAT dan sehingga berita ini ditulis Pengurusan LTAT telah pun menetapkan KPI di mana setiap pegawai/kakitangan LTAT perlu menjalani program ini sekurang-kurangnya sekali bagi tahun 2010.


    Perlaksanaan pelbagai program peningkatan untuk pekerja hari ini terbukti telah berjaya meningkatkan tahap kompetensi dan disiplin pekerja di LTAT. Kalau ada pun satu dua pekerja tidak berdisiplin di LTAT, itu bukannya salah pihak pengurusan tetapi masalah yang biasa dihadapi oleh mana-mana agensi.

    Kepada Pengurus Ulu Bendul

    Keselesaan LTAT bukan sahaja dinikmati oleh Pencarum yang menerima purata dividen tak kurang 13% sejak 10 tahun kebelakangan ini tetapi juga pegawai/kakitangan LTAT sendiri melalui Skim dan Syarat-Sayarat Perkhidmatan LTAT yang dilihat lebih baik berbanding KWSP, Perkeso Tabung Haji dan BSN.

    BalasPadam
  4. Pelik jugak bunyi jawapan menegenai penolakan penggunaan 'pengurusan strategik' sedangkan hendak ke pasar untuk membeli barang keperluan pun seseorang menggunakan 'pengurusan strategik'dan contoh yang biasa dikaitkan adalah dengan operasi tentera. Ditambah pula dengan LTAT yang diketuai oleh bekas PAT dan adanya pengarah-pengarah dari setiap cabang tentera dan terdapat Panel Pelaburan dalam sistem pengurusannya bagi mengatur strategi pelaburannya.

    Modul ini digunakan di tahap kursus sarjana dan kedoktoran bidang Pentadbiran Perniagaan secara meluas bagi meningkatkan daya fikir pemegang ijazah-ljazah tersebut bukan untuk mendapatkan pengiktirafan ISO yang dijadikan kebanggaan semata-mata.

    KPI perlu juga digunakan untuk mengukur prestasi Pengurus-Pengurusnya.

    BalasPadam