Isnin, 28 Disember 2009

MENTERI BESAR KELANTAN BUKAN MELAYU TAPI ISLAM


Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi menteri besar negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin. "Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.


Saya melihat pandangan Datuk Nik Aziz ini amat menarik dan persoalannya apakah ianya selari dengan Dasar 1Malaysia yang dibentuk oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dalam meniti usia 53 tahun kemerdekaan negara Malaysia bukan sahaja mempunyai masyarakat Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain bangsa pribumi tetapi perkahwinan antarabangsa (istilah yang saya gunakan bagi perkahwinan campur)di antara orang Melayu dengan orang Cina atau India, orang Semenanjug dengan orang Sabah atau Sarawak telah menjadikan Malaysia punya masyarakat yang unik.

Kalau zaman baru merdeka dahulu orang Melayu hanya bersahabat dengan orang Cina atau India tapi hari ini polanya telah berubah di mana telah ramai sekali orang Melayu mempunyai pertalian persaudaraan dengan orang Cina dan India.

Hari ini kita ada Uztaz Redhuan Tee Abdullah, kita ada Uztaz Farid Ravi Abdullah dan kalau tak silap saya, isteri mereka adalah dikalangan orang Melayu. Bagaimana kita mengklasifikasi anak-anak mereka .

Apakah mereka boleh dianggap Melayu dan menikmati hak keistimewaan orang Melayu?

Menjadi Perdana Menteri Malaysia apakah mungkin? Tapi yang pasti mereka adalah orang Islam.

Cuba kita renung-renungkan

2 ulasan:

  1. Insyaallah masyarakat Malaysia semakin terbuka bukan macam sesetengah orang yang masih tertutup fikirannya

    BalasPadam