BELASUNGKAWA JAAFAR BIN ABDULLAH 10 APRIL 2012
Bagi
pihak keluarga saya dan diri saya, kami sesungguhnya terharu dan amat
berterima kasih kepada tuan/puan yang hadir meziarahi arwah bapa saya,
baik di AU3 dan di Tanah Perkuburan BTHO semalam.
Terima kasih
juga di atas keperihatinan seluruh warga Lembaga Tabung Angkatan Tentera
, warga Bandar Tun Hussein Onn, warga ProX Bowling Kajang, sanak
saudara sebelah arwah bapa, sebelah ibu
(dari Gombak, Keramat, Selayang, Bandar Coalfield, Sg Buloh, Melaka dan
lain-lain negeri) yang tidak putus-putus hadir dan semua rakan-rakan
yang menghantar mel pemakluman berhubung kematian arwah bapa saya juga
kepada tuan/puan yang mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.
Semangat saling bantu membantu sesungguhnya memudahkan urusan
pengurusan jenazah arwah dan saya sekeluarga sekali lagi mengucapkan
ribuan terima kasih di atas doa diberikan kepada arwah agar arwah
ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Saya sekeluarga juga
mengucapkan terima kasih tak terhingga di atas kerja kuat rakan karib
saya MRI , En Roslan (Abg Lan), En. Azmi, Hj Razak, Haji Johari dan
lain-lain yang telah membantu saya di BTHO bagi urusan pengkebumian di
BTHO. Terharu bila sampai di tanah perkuburan rakan-rakan telah berada
lebih awal disitu.
Tuan/puan yang ada kelapangan juga dijemput
untuk hadir di tahlil arwah yang kami sekeluarga adakan di Surau
Kelumpuk Embun Emas AU3 Keramat mulai lepas Isya malam ini dan esok.
Terima kasih. Wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan