Khamis, 11 Ogos 2016

CEMERLANG JADIAN

Anugerah Khidmat Cemerlang
Jumlah diberi boleh dibilang
Dulu dua diangkat gemilang
Sekarang makin ramai bilangan
Yang terima pulak kurang orang

Pekeliling APC Kerajaan kata
8% pekerja layak terima kuota
Tapi tidak dijadikan panduan kita
Maka jadilah satu tiap katogerinya

Dikaji ditapis dibuat kajian
Yg tak dapat pula meroyan
Bukan meroyan sebarang meroyan
Tapi ada sebab kejadian
Kerna yang dapat bukan semua gemilang
Tapi ada yang Cemerlang Jadian

Janji nak beri guna formula bumiputera
Tapi dipakainya metokrasi yang sah bergelora
Tambah pahit ikut selera
Semakin ceramuk semakin sengsara

Dibuat kesimpulan dikaji dulu
Nak cemerlang MC lah selalu
Balik awal biar selalu
Walaupun rakan tengok berbulu

Rumah siap pahat berbunyi
Disangka habis AKC staff tak berbunyi
Tidur malam penguasa senyap sunyi
Tapi terkejut kilat halilintar membelah sunyi

EL dijadikan senjata alasan
Menolak staff yang tulen cemerlang
Tapi bila EL jadi kajian
Nyata hanya mereka yang tak punyer ibu dan ayah
Atau tak punya anak dan isteri
Yang tak ambil EL

Tapi jika mereka semua ada ibu dan ayah
Punyer anak dan isteri
Tapi tak pernah ambil EL
Itu tandanya mereka telah hilang kasih sayang
Dan telah hilang sifat kemanusian.

Jumaat, 15 Januari 2016

SELOKA NASIHAT BUAT UMAT

SELOKA NASIHAT BUAT UMAT

Islam itu mudah,
Tapi jangan dipermudah-mudah.

Islam menuntut kita menjadi pandai,
Tapi tidak boleh memandai-mandai.

Islam suruh kita mengasihi binatang,
Tapi jangan berperangai binatang.

Islam suruh kita makan untuk hidup,
Bukan hidup untuk makan.

Islam suruh kita menjadi unggul,
Bukan hanya menjadi tunggul.

Islam suruh kita menjadi peka,
Bukannya buat pekak sahaja.

Islam suruh kita cergas,
Bukannya duduk bermalas-malas.

Islam suruh kita berkasihan belas,
Tapi bukan mencari belas.

Islam itu sudah cantik,
Tidak perlu lagi diletak kosmetik.

Islam itu bersifat rabbani,
Mendidik insan mengenal ilahi.

Islam itu bersifat alami,
Ukhuwwah terjalin, mahabbah bersemi.

Islam itu bersifat lengkap,
Kehidupan teratur, pegangan mantap.

Islam itu jalan keselamatan,
Selagi ia dijadikan pedoman.

Maruah Islam wajib dibela,
Dari ancaman musuh durjana.

Islam itu wajib diperjuangkan,
Agar terbina generasi beriman.

Oleh : Ustaz Zainudin
Pengerusi
Lajnah Dakwah BPPWP.
16 Januari 2016.

Ahad, 20 Disember 2015

Sakit Tanda ALLah Sayang Kita vs KPI Cuti Sakit

Apabila kita sakit....ianya tanda ALLah masih sayangkan kita suruh kita ingat padaNya.

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Bukan macam sesetengah pembuat dasar yang ingat sakit ni manusia cari sendiri sehingga wujudkan hukuman dalam bentuk KPI Cuti Sakit....kesian tengok mereka yang cetek fikiran ini yang merasakan diri begitu hebat dalam memperkenalkan polisi yang tak masuk akal ini.

Polisi ini jika diamati nyata bertentangan dengan polisi Kerajaan yang digariskan dalam Bab C Pekeliling Perkhidmatan yang membicarakan soal Cuti.

Dalam bab ini nyata polisi Kerajaan, tiada langsung tindakan punitif atau "punishment" ke atas penjawat awam bila penjawat awam menghadapi sakit.

Kerajaan menjaga pegawainya dan mengambil berat serta perihatin terhadap kebajikan pegawainya hinggakan tindakan akhir yang diambil kepada pegawai yang benar-benar sudah tak boleh bekerja akibat sakit teruk tidak ditunjukkan jalan keluar begitu sahaja. Sebaliknya diberhentikan akibat kesihatan dengan ganjaran-ganjaran yang boleh membawa keselesaan kepada penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatan.

Ini berbeza dengan pelaksanaan KPI Cuti Sakit yang nyata menekan pekerja dan bersifat "punishment " yang menghukum pekerja.

Sudahlah sakit ditekan lagi. Bagaimana pekerja nak cepat sembuh cepat dalam tekanan. Hinggakan ada pekerja yang takut ambil Cuti Sakit atas alasan demam sikit-sikit sahaja yang akhirnya membawa maut. Penguasa ini lupa demam ada pelbagai demam yang boleh bawa maut.

Kononnya deman tak boleh cuti banyak. Deman hanya sakit biasa.

Wahai penguasa yang cipta KPI Cuti Sakit, ingatlah manusia tidak cari sakit tapi ALLah berikan sakit agar kita ingat ALLah SWT bukannya untuk ingat KPI Cuti Sakit. Waallahualam.

Ahad, 22 November 2015

KONTIJEN LTAT HARI KEBANGSAAN 2015



Sambutan Hari Kebangsaan 2015 bertemakan Sehati Sejiwa telah diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2015.

LTAT turut terlibat di dalam Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di mana seramai 16 orang pegawai kakitangan LTAT yang diketuai oleh Encik Illya Salehudin Jaafar selaku koordinator telah terlibat di dalam acara perbarisan dan perarakan Perbarisan hari Kebangsaan 2015 di bawah “Kontinjen Sektor Swasta” yang terdiri daripada GLIC dan GLC.

Kontinjen Sektor Swasta merupakan kontinjen yang paling ramai penyertaan di mana kekuatannya terdiri daripada 650 orang peserta. Kontinjen Sektor Swasta ini diketuai oleh pihak Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad telah diberikan tugasan bagi menyelaras dan memastikan kontinjen Sektor Swasta berjaya melakukan perbarisan yang terbaik di dalam Sambutan hari Kebangsaan 2015.

Selain daripada LTAT, kontinjen ini turut disertai 30 agensi lain antaranya Affin Holdings Berhad, Maybank,TNB, Pharmaniaga, Prasarana dan KWSP.

Manakala pegawai/kakitangan LTAT yang menyertai kontinjen Sektor Swasta adalah seperti berikut:

BIL
NAMA
JABATAN
1.
Muhammad Qaiyum
JTMP
2.
Ahmad Fareez
JTMP
3.
Nas Atifahana Mohamad Nasir
JTMP
4.
Nurmaisara Marudin
PSPK
5.
Mohd Hisyam Abdullah
PSPK
6.
Siti Suhaida Mohd Noor
PSPK
7.
Hartini Bukhari
JAD
8.
Zokefle Mohamed Nor
PP(PP)
9.
Sharafuddin Semsudin
Kew
10.
Nazre Salim
Kew
11.
Muhammad Iftitah
HEKP
12.
Nabila Natasha
HEKP
13.
Shahrul Nizam
PTM
14.
Hazril Ismail
PTM
15.
Sharil Tahir
PTM
 

Bilangan hari yang terlibat bagi sesi latihan, raptai dan perbarisan pada Hari Kebangsaan adalah selama 9 hari seperti berikut:

Bil
Tarikh
Masa
Tempat
Bil Hari
1.
17 hingga 19 Ogos 2015
8.00 am - 1.00 pm
Kelab Kilat TNB Bangsar
3
2.
24 hingga 25 Ogos 2015
8.00 am – 1.00 pm
Kelab Kilat TNB Bangsar
2
3.
27 hingga 29 Ogos 2015 (Raptai Penuh)
7.30 am – 1.00 pm
Dataran Merdeka
3
4.
31 Ogos 2015
6.00 am – 1.00 pm
Dataran Merdeka
1


Melalui penyertaan di dalam latihan, raptai dan Hari Kebangsaan selama 9 hari, pegawai/kakitangan muda LTAT dapat menimba ilmu yang berguna terutama terpaksa melalui latihan ala tentera bagi memastikan kontinjen Sektor Swasta dapat memberikan persembahan yang terbaik semasa Hari Kebangsaan 2015.

Mereka terpaksa berjemur dalam panas dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan berjalan sejauh 2 kilometer sehari dalam latihan yang amat memenatkan tetapi dari riak wajah mereka kesemuanya gembira dan komited dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

Selain daripada itu, mereka juga dapat mengenali peserta-peserta daripada agensi lain dan bertukar-tukar fikiran dan pengalaman berhubung pelbagai perkara dan yang lebih penting bagaimana 30 agensi yang berlainan budaya korporat dapat disatukan di bawah satu payung “Kontinjen Sektor Swasta”.

Mengambil kata-kata Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin, Senior General Manager (Corporate Affairs and Communications) TNB “Yang nyata bukan semua orang berpeluang dapat menyertai Perarakan Hari Kebangsaan ini dan kita sepatutnya bangga terpilih menjadi salah seorang peserta yang dapat menunjukkan kesetiaan dan khidmat bakti kita kepada negara Malaysia yang kita cintai”.

Syabas buat pasukan LTAT dan ternyata penat lelah latihan serta penyertaan di dalam Hari Kebangsaan 2015 di bawah kontinjen Sektor Swasta, GLIC dan GLC akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan media seperti Utusan Malaysia mengiktiraf kontinjen Sektor Swasta, GLIC dan GLC adalah pasukan perarakan yang terbaik.





Ahad, 16 Ogos 2015

RAHMATMU YA ALLAH

Ya Allah,
karena-Mu kami berada di pagi hari,
karena-Mu kami hidup,
karena-Mu pula kami mati,
dan kepada-Mu tempat berkumpul.

Ya Allah kau berikan hari ini
lebih baik drp hari semalam
dan berikan kami kesihatan yg terbaik; murahkan rezeki kami
dan berikan kami petunjuk dan hidayah dan tetapkan iman kami
kejalan yg diredoi dan dirahmati kau Ya Allah.
Dan masukkan kami dalam golongan orang2 yang memahami
serta mengamalkan al qur'an dan sunnah nabiMu ya Allah...Aamiin ya allah

Ya Allah
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi ATAU menyakiti dan menzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya & pintu hati kami agar saling memaafkan antara kami & mereka

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami,
dosa ahli keluarga kami,
dosa sanak saudara kami,
dosa guru guru kami,
dosa rakan rakan kami,
dosa jiran jiran kami
dan dosa seluruh kaum Muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Cut & paste from whatapps group lain

Rabu, 12 Ogos 2015

SURVIVAL MELAYU, ERTI MENGALAH DAN HILANGNYA IMPIAN

Syawal disambut tanda kemenangan
Tapi perasaan ku amat berat
Untuk menyusun langkah kaki ini
Ke Majlis Raya yang JTMP bikin

Kemenangan apa yang ada pada JTMP
Kalau mengalah sudah jadi budaya
Diarah sahaja sudah gabrah
Disuruh kerat kertas
Disuruh angkat barang
Disuruh apa saja
Tak boleh bantah
Harus patuh

Walau kerja bertindih
Walau kerja bukan kita punya
Semuanya harus kita laksanakan
Bila terima arahan dari penguasa luar
Yang mitosnya dikatakan bertaring

Namun aku bersyukur yang aku
Hanya takut pada ALLah SWT

Budaya mengalah jika dibiarkan mencengkam
Keluarga JTMP bisa turun darjat
Menjadi warga pekerja kelas kedua

Lalu aku mendonggak ke tingkat 11
Kagum aku melihat pada seorang Cina
Yang tidak canvunis tapi berjiwa bagaikan Melayu
Senantiasa ada kemahuan
Mahu memajukan bangsa Melayu
Memandu anak buah ke arah perjalanan
Menuju puncak kejayaan
Dengan beri peluang pada "young talent"

Apa tidaknya
Bilang sahaja pembantunya
Seorang Penolong Pengurus Besar
Dua orang Pengurus
Empat Penolong Pengurus
Mahu ditambah jadi lima Penolong Pengurus

Kita apa ada di JTMP
Good Job
Good Job
Good Job
Menyerah dan mengalah jadi budaya
Tiada program untuk nemanjangkan survival bangsa sendiri
Tiada rasa dan cita-cita untuk lihat anak buah ke hadapan

Akhirnya aku tersedar dari impian dan harapan
Bahawa aku harus kerja kuat
Demi mengejar rezeki halal
Tapi ingat
Kerja
Kerja
Kerja
Jangan salah sikit pun
Walaupun hakikatnya kita tak lari daripada tersilap
Kerana satu sahaja salah maka tindakan punitif menanti

Aku ingatkan diriku
Datang kerja buat kerja
Habuan untuk ku
Hanya gaji dan bonus sahaja
Dan tolong
Tolong lupakan semua impian
Ikhlas dari naluri hati

Rabu, 17 Jun 2015

Monolog Awal Ramadhan

Monolog Awal Ramadan

Ya Allah
Kekasih abadi
Tak terucap shukurku
Lantaran dengan ihsanMu kutemui Ramadan lagi
Sedang insan-insan yang kusayang telah Kau panggil dulu
Pulang ke ribaanMu
Ku yakini
Setiap suratan Kau simpan untukku sejuta hikmah..

Rabbi
Kusingkap tabir Ramadan Mu
Untuk kutitipkan doa kudus buat ibu
Yang dengan air susunya tumbuh daging tubuhku
Kasihilah dia Tuhan...umpama peluk kasihnya tika ku kecil dahulu
Sirami kamar semadinya dengan dinginan rahmat rahimMu
Moga ibu tenang dan bahagia di sisiMu Rabb

Jua buat ayah yang kurindu
Ganjarilah Tuhan..setiap titis peluh yang gugur demi membahagiakan anaknya ini
Bukan sedikit duka dan luka yang ayah lalui..
andai ada sekelumit solehatku
sampaikanlah Tuhan buat ayahku
moga nurMu memercik segenap ruang rehatnya di alam abadi

Rabbi
Dalam hening malam Ramadan ini
Kukembali lagi sujud menagih cintaMu
Mendamba lautan rahmat tidak bertepi

Rabbi
Andai insan- insan yang kau hadirkan dalam hidupku menjadi dugaan imanku
Kau jadikanlah Ramadan ini
tiang buatku berpaut
Layar buatku tongkah badainya

Kuyakini jua
Dugaanmu bersilih ganti buat menggamitku
dalam Ramadan ini
Kembali mencariMu
Mengadu
merintih  laraku
Menumpang kasihMu yang tulus suci
Walau hambaMu ini berdebu noda di hati
kerana insan lain tak bisa mengerti
Apalagi menunjukkanku solusi

Tuhan..
Andai ku sombong..tamak dengan duniawi yang mempesona
Jadikanlah di Ramadan ini duniaku di tangan..bukan di hati

Kekasihku..andai selama ini kujauh dariMu mengejar cinta palsu
terawang bak lelayang putus talinya
Di ramadan mulia ini
Tariklah tanganku...ikatlah hatiku dengan tali kasihMu
Buat kesekian kalinya kuungkapkan lagi
Tiada cinta sejati buatku...selain cinta kasihMu
Peluklah hambaMu ini
dalam hangat dakapan rahmatMu
Pandanglah hamba hina ini..dengan pandangan kasihMu

Al faqirah ilallah
Gombak
1 Ramadhan 1436