Sambutan Hari Kebangsaan 2015
bertemakan Sehati Sejiwa telah diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2015.
LTAT turut terlibat di dalam Sambutan
Hari Kebangsaan tahun ini di mana seramai 16 orang pegawai kakitangan LTAT yang
diketuai oleh Encik Illya Salehudin Jaafar selaku koordinator telah terlibat di
dalam acara perbarisan dan perarakan Perbarisan hari Kebangsaan 2015 di bawah “Kontinjen
Sektor Swasta” yang terdiri daripada GLIC dan GLC.
Kontinjen Sektor Swasta merupakan
kontinjen yang paling ramai penyertaan di mana kekuatannya terdiri daripada 650
orang peserta. Kontinjen Sektor Swasta ini diketuai oleh pihak Khazanah
Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad telah diberikan tugasan bagi
menyelaras dan memastikan kontinjen Sektor Swasta berjaya melakukan perbarisan
yang terbaik di dalam Sambutan hari Kebangsaan 2015.
Selain daripada LTAT, kontinjen ini turut
disertai 30 agensi lain antaranya Affin Holdings Berhad, Maybank,TNB,
Pharmaniaga, Prasarana dan KWSP.
Manakala pegawai/kakitangan LTAT yang
menyertai kontinjen Sektor Swasta adalah seperti berikut:
BIL
|
NAMA
|
JABATAN
|
1.
|
Muhammad Qaiyum
|
JTMP
|
2.
|
Ahmad Fareez
|
JTMP
|
3.
|
Nas Atifahana
Mohamad Nasir
|
JTMP
|
4.
|
Nurmaisara
Marudin
|
PSPK
|
5.
|
Mohd Hisyam
Abdullah
|
PSPK
|
6.
|
Siti Suhaida
Mohd Noor
|
PSPK
|
7.
|
Hartini Bukhari
|
JAD
|
8.
|
Zokefle Mohamed
Nor
|
PP(PP)
|
9.
|
Sharafuddin
Semsudin
|
Kew
|
10.
|
Nazre Salim
|
Kew
|
11.
|
Muhammad
Iftitah
|
HEKP
|
12.
|
Nabila Natasha
|
HEKP
|
13.
|
Shahrul Nizam
|
PTM
|
14.
|
Hazril Ismail
|
PTM
|
15.
|
Sharil Tahir
|
PTM
|
Bilangan hari yang terlibat bagi sesi
latihan, raptai dan perbarisan pada Hari Kebangsaan adalah selama 9 hari
seperti berikut:
Bil
|
Tarikh
|
Masa
|
Tempat
|
Bil Hari
|
1.
|
17 hingga 19 Ogos
2015
|
8.00 am - 1.00
pm
|
Kelab Kilat TNB
Bangsar
|
3
|
2.
|
24 hingga 25
Ogos 2015
|
8.00 am – 1.00
pm
|
Kelab Kilat TNB
Bangsar
|
2
|
3.
|
27 hingga 29
Ogos 2015 (Raptai Penuh)
|
7.30 am – 1.00
pm
|
Dataran Merdeka
|
3
|
4.
|
31 Ogos 2015
|
6.00 am – 1.00
pm
|
Dataran Merdeka
|
1
|
Melalui penyertaan di dalam latihan,
raptai dan Hari Kebangsaan selama 9 hari, pegawai/kakitangan muda LTAT dapat
menimba ilmu yang berguna terutama terpaksa melalui latihan ala tentera bagi
memastikan kontinjen Sektor Swasta dapat memberikan persembahan yang terbaik
semasa Hari Kebangsaan 2015.
Mereka terpaksa berjemur dalam panas
dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan berjalan sejauh 2 kilometer
sehari dalam latihan yang amat memenatkan tetapi dari riak wajah mereka
kesemuanya gembira dan komited dalam melaksanakan arahan yang diberikan.
Selain daripada itu, mereka juga
dapat mengenali peserta-peserta daripada agensi lain dan bertukar-tukar fikiran
dan pengalaman berhubung pelbagai perkara dan yang lebih penting bagaimana 30
agensi yang berlainan budaya korporat dapat disatukan di bawah satu payung
“Kontinjen Sektor Swasta”.
Mengambil kata-kata Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin,
Senior General Manager (Corporate Affairs and Communications) TNB “Yang nyata
bukan semua orang berpeluang dapat menyertai Perarakan Hari Kebangsaan ini dan
kita sepatutnya bangga terpilih menjadi salah seorang peserta yang dapat
menunjukkan kesetiaan dan khidmat bakti kita kepada negara Malaysia yang kita
cintai”.
Syabas buat pasukan LTAT dan ternyata
penat lelah latihan serta penyertaan di dalam Hari Kebangsaan 2015 di bawah kontinjen Sektor Swasta, GLIC dan GLC akhirnya berjaya
dilaksanakan dengan jayanya dan media seperti Utusan Malaysia mengiktiraf
kontinjen Sektor Swasta, GLIC dan GLC adalah pasukan perarakan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan