SempenaKursus ESQ 165 - LTAT di Royale Damansara Hotel
BLOG BERKAITAN ISU SEMASA MERANGKUMI PERSOALAN SOSIAL, RESIPI MASAKAN KELUARGA, PRO X BOWLING TEAM & LTAT
Sabtu, 23 Mac 2013
Rabu, 20 Februari 2013
PRU13 - Lamanya Tak menulis Di Blog
Lamanya tak menulis di blog. Mungkin sebab demam PRU13 sudah bermula.Ingatkan hujung bulan Disember 2012 tapi hingga kini 21 Februari 2013 masih tak kelihatan anak bulan PRU13.
Bendera Pakatan tak kelihatan lagi.Yang kelihatan bendera BN telah mula dinaikkan.
Agak-agaknya bila ler PM nak umumkan pembubaran Parlimen
Bendera Pakatan tak kelihatan lagi.Yang kelihatan bendera BN telah mula dinaikkan.
Agak-agaknya bila ler PM nak umumkan pembubaran Parlimen
Selasa, 20 November 2012
DAIFNYA TANAH PERKUBURAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Penduduk Bandar Tun
Hussein Onn (BTHO) Cheras sebenarnya
bersyukur dan berterima kasih kepada pemaju perumahan Udaland Sdn Bhd
kerana melaksanakan tanggungjawab menyediakan tapak bagi Perkuburan Islam BTHO
di ketika tidak ramai pemaju perumahan
yang menyediakan kemudahan sebegini.
Setelah 15 tahun BTHO
dibuka dan dalam kerancakan pembangunan perumahan, pemaju Udaland Sdn Bhd telah
pun menyiapkan sebuah masjid BTHO berhampiran kawasan Lake View BTHO. Tentunya
kami di BTHO berasa bersyukur di atas kemudahan ibadah ini namun begitu setiap
kali berlaku kematian penduduk BTHO akan mula membicarakan soal tanah
perkuburan BTHO yang daif.
Tanah Perkuburan BTHO
telah mula dibuka dan digunakan pada sekitar tahun 2005 dan sehingga kini
dianggarkan sudah terdapat hampir 100 perkuburan dan diuruskan oleh Badan
Khairat dan Kematian BTHO.
Tanah perkuburan ini
asalnya merupakan tapak pembuangan sisa bahan-bahan binaan dan menurut beberapa
penduduk pada asalnya pihak pemaju telah pun membuat kerja-kerja menambak
tanah-tanah yang elok setinggi 5 kaki bagi memastikan tanah perkuburan dapat
diuruskan dengan baik namun terdapat dakwaan mengatakan bahawa terdapat pihak
yang bertanggungjawab telah mencuri tanah-tanah yang ditambak dan ini
menyebabkan tapak perkuburan tersebut kembali kepada keadaan asal apabila ia
dibuka untuk digunakan.
Kubur yang penuh
bahan-bahan sisa bahan-bahan binaan terdiri dari batu, plastik, simen, kayu dan
lain-lain bahan buangan sehingga tayar juga ditemui semasa kerja-kerja mengali
kubur dibuat. Ini menyebabkan kubur yang digali tidak kelihatan cantik
sebaliknya begitu teruk keadaannya dan paling menyedihkan apabila tanah yang
bercampur batu-batu sisa bahan binaan ini digunakan semula bagi menimbus
jenazah yang dikebumikan. Keadaan ini
menyebabkan saudara-mara dan sahabat handai semati yang hadir semasa
pengebumian mula menyangka perkara-perkara yang tidak baik kerana mereka tidak
tahu bahawa tanah perkuburan ini sememangnya dipenuhi sisa bahan-bahan binaan.
Kerja-kerja mengali
kubur terpaksa pula terpaksa dibuat secara manual apabila bilangan kubur telah
bertambah. Ini adalah kerana jika mesin/jentolak digunakan ditakuti boleh
menyebabkan berlaku pergerakan tanah pada kubur sedia ada yang bersebelahan
disebabkan terdapatnya sisa bahan-bahan binaan seperti batu yang besar.
Bayang betapa sukarnya
pengali kubur mengali kubur-kubur ini dan untuk bagi menyediakan satu kubur
mengambil masa lebih 5 jam kerana jika terdapat batuan yang besar ia perlu di
pecah kecilkan sebelum boleh dibawa keluar. Liang lahad juga sukar dibuat
disebabkan perkara yang sama. Keluhan pengali kubur selama hampir 8 tahun hanya
diberikan perhatian ketika berlakunya kematian dan selepas itu tiada tindakan
diambil dan senyap begitu sahaja.
Selain daripada itu,
perkuburan BTHO juga dipenuhi semak samun dan semakin hari semakin tebal
semaknya. Pemandangan yang cacat ini adalah disebabkan ketiadaan pengurusan
perkuburan BTHO yang sistematik. Walau bagaimanapun kesalahan tidak boleh
diletakkan kepada Badan Khairat dan Kematian BTHO kerana penduduk BTHO
sebenarnya perlu sama-sama turun padang dan membantu Badan ini.
Sehubungan dengan itu,
saya memohon jasa baik pemaju Udaland Sdn Bhd yang telah banyak menyediakan
kemudahan untuk kami, agar sekali lagi atas nama Tanggungjawab Korporat Sosial
dapat menghantar sekurang-kurangnya 2 lori tanah-tanah elok yang ada di bukit berhampiran Suakasih milik Udaland ke
tanah perkuburan BTHO untuk digunakan bagi kerja-kerja semasa menimbus jenazah.
Untuk jangka panjang
selari dengan slogan Rakyat Di Dahulukan, adalah dipohon pihak Kerajaan
khususnya Wakil Rakyat dapat turun melihat permasalahan ini dan dengan siapkan
Masjid BTHO yang dijangka beroperasi sedikit masa lagi adalah dicadangkan juga
pentadbiran Badan Khairat dan Kematian BTHO dapat diletakkan di bawah
pengurusan masjid ini agar impian untuk melihat Perkuburan BTHO diuruskan
setaraf Perkuburan Bukit Kiara dapat dicapai.
ILLYA SALEHUDIN JAAFAR
SUAKASIH BTHO CHERAS
Isnin, 29 Oktober 2012
CAP GESA HARAMKAN SHISHA
Dipetik dari Harakahdaily, 29 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.
“Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris (gambar) dalam satu kenyataan. Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain. Beliau berkata, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap. Jelas beliau lagi, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.
Beliau menambah, penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap. “Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha. “Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan,” katanya lagi.

Ahad, 23 September 2012
Ustaz Fitri Abdullah Kuliah Maghrib (Jemputan) di Surau At-Taqwa, Seksyen 7 Shah Alam
http://youtu.be/PK6cw_LYBzQ
Ustaz Fitri Abdullah
Kuliah Maghrib (Jemputan) di Surau At-Taqwa, Seksyen 7 Shah Alam
Jumaat, 4hb May 2012
Video Bahagian V (akhir)
Ustaz Fitri Abdullah
Kuliah Maghrib (Jemputan) di Surau At-Taqwa, Seksyen 7 Shah Alam
Jumaat, 4hb May 2012
Video Bahagian V (akhir)
Selasa, 28 Ogos 2012
SISTEM BARU TIKET LRT MENGGUNAKAN TOKEN MENYUSAHKAN RAKYAT
Setelah hampir 6 bulan
tidak menggunakan LRT, hujung minggu bulan Ramadhan yang lepas akibat kesesakan
dan kesukaran untuk memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman menggunakan kenderaan
maka saya bersama keluarga menggunakan perkhidmatan LRT daripada Stesen Miharja
ke Stesen Bandar Raya. Saya agak terkejut, teruja dan bangga melihat LRT
menggunakan kiosk bagi membuat pembelian tiket dalam bentuk token. Dari duit
syiling 10 sen hingga ke wang kertas RM10 boleh digunakan di kiosk ini tapi
malangnya token ini hanya boleh digunakan untuk perjalanan sehala sahaja.
Saya tidak nampak
logiknya dan mengapa LRT melaksanakan dasar pembelian token hanya untuk
perjalanan sehala sahaja sedangkan sistem tiket dulu kita boleh membelinya dan
menggunakannya untuk perjalanan 2 hala pergi dan balik.
Sebagai peminat bola
sepak Malaysia dan sering menggunakan LRT untuk perjalanan menonton bola sepak
di Stadium Bukit Jalil saya sudah dapat bayangkan risiko-risiko kemalangan dan
kecederaan yang boleh berlaku akibat pelaksanaan sistem token sehala ini.
Sangkaan saya sistem
ini mengundang banyak masalah memang benar-benar berlaku. Sebaik sampai di
Stesen Bandar Raya saya terpaksa berhimpit-himpit dan terpaksa berasak-asak
bagi keluar daripada stesen tersebut. Ini disebabkan terlalu ramai orang yang
beratur untuk membeli token bagi perjalanan balik ke rumah selepas membeli
belah.
Akhirnya setelah saya
dan keluarga selesai membeli belah tiba giliran kami pula untuk membuat
pembelian token. Keadaan sebelah petang lebih teruk daripada masa kami tiba
pagi tadi. Terpaksa berbaris panjang, ditolak, berasak-asak sebab yang hendak
beli token terlalu ramai sehingga tiada ruang bagi mereka yang baru tiba di
stesen bandar raya untuk keluar stesen. Kanak-kanak ada yang menangis akibat
terhimpit, terpijat kaki dan sebagainya.
Mesin kiosk pula buat
hal, sekejap boleh terima duit RM10 dan RM5 sekejap tak boleh dan paling
menakutkan apabila anda telah beratur dan jika anda ditolak daripada belakang
anda tiada ruang untuk meloloskan diri kerana mesin kiosk diletakkan didinding
yang tiada jalan keluar.
Tiada kaunter dibuka
kerana pembelian token hanya dijual di kiosk dan hanya pemegang kad Touch &
Go yang agak selesa bagi perjalanan menggunakan LRT. Akhirnya tidak tahan melihat anak-anak
menangis saya telah menjerit kepada pekerja LRT Stesen Bandar raya yang buat tidak
peduli sahaja dengan kejadian kesesakan ini untuk membantu. Nyata mereka
mengamalkan sikap sambil lewa sahaja dan tidak prihatin. Akhirnya setelah token
dapat saya beli setelah 30 minit beratur saya telah menghubungi pihak Polis
Diraja Malaysia bagi membantu dan
mengawal keadaan di stesen ini. Terima kasih anggota PDRM.
31 Ogos 2012 bakal
tiba dan dengan sambutan kemerdekaan negara ke 55 bakal diadakan di Stadium
Bukit Jalil pada hari tersebut pada sebelah petang hingga malam, saya merasa
agak gusar sedikit dengan sistem pengurusan token sehala LRT. Dijangkakan lebih
100,000 ribu rakyat Malaysia akan berada di Stadium Bukit Jalil sempena
Perhimpunan Merdeka 55 Janji Ditepati.
Saya berharap
pengurusan LRT dapat mengambil langkah-langkah pencegahan terutama berkaitan
keselamatan pengguna antaranya menggalakkan pengguna yang tiba di Stadium Bukit
Jalil untuk terus membuat pembelian token bagi perjalanan balik tanpa menunggu
sebelah malam.
Kedua pihak pengurusan
LRT dapat membuka kaunter bagi memudahkan pengguna membuat pembelian token dan
ketiga menyediakan petugas bagi membantu pengguna yang berurusan dengan kiosk terutama bila mesin
kiosk menghadapi masalah. Keempat melanjutkan waktu operasi jika perlu sehingga
jam 2.00 pagi sekiranya masih ramai lagi pengguna.
Selamat Menyambut Hari
Kemerdekaan ke 55 : Janji Ditepati
Ahad, 26 Ogos 2012
TONG GAS ADA TARIKH LUPUT!
Tong gas ada tarikh luput! Betul ke? Macam makanan dan barang-barang lain tong gas juga ada tarikh luput.
Jadi sekiranya kita terbeli tong gas yang tarikhnya sudah luput faham-faham je lah apa nak buat. Tapi bagaimana nak tahu tarikh luput tersebut. Sila lihat gambar di bawah.
Jadi sekiranya kita terbeli tong gas yang tarikhnya sudah luput faham-faham je lah apa nak buat. Tapi bagaimana nak tahu tarikh luput tersebut. Sila lihat gambar di bawah.
Langgan:
Catatan (Atom)