Roti oh Roti
Kerananu roti gardenia
Ku kejarmu pagi ni
Bermula dari speedmart99
Ku nampak lori gardenia
Apa lagi lebar senyumanku
Kuberhentikan motorku di tepi lori gardenia
Harapanku yang membara
Tiba2 tersentak
Bila jurujual speedmart
Beri tahu Roti dah habis jual
Kulihat kelilingku
Pelanggan yang keluar
Bawa keluar paling kurang 2 roti
Apa lagi ku terus perjalanan
Ke kedai Tun MS
Dengan bangga
Aku bagi tahu lori gardenia
Ada kat speedmart
Otw ke kedai u
Selamba je bangla kat Tun MS kata
Abang roti sudah habis
Itu lori tadi sudah hantar sini
Ramai beli habis sudah
Tiba2 je teringat Dju
Lari kesana pula
Wow ada 2 roti jumbo gardenia
Ada 5 roti saiz biasa
Melompat aku dari motor
Ingat nak beli 2
Satu nak bagi kawanku Zarul
Tiba2 ternampak signage
Roti boleh beli satu sahaja
Sebaik aku angkat satu roti jumbo
Terus kena sound dgn bini tauke
Roti hanya jual dengan syarat beli makanan disini
Terkedu aku
Sambil berkata bukankah aku pelanggan Dju
Terus suaminya ambillah
Sebaik aku nak ke kaunter
Kena sound lagi dengan bininya
Tengok masuk tak cuci (sanitize) tangan
Aku pergi cuci tangan sambil minta maaf
Kubeli juga roti
Kerana niatku satu sahaja
Agar silaturahim kekal dalam keadaan pademik ini
Wpun ada amarah dlm diriku
Kerana bagi ku ujian ini kecil
Jika dibayangkan mereka yang telah terkena Covid 19.
Semoga ALLah lindungi kita semula
Nukilan
Illya Semabok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan