Sabtu, 7 Ogos 2010

JAWATANKUASA PROX BOWLING CLUB SESSI 2010/2011

Jumaat, 6 Ogos 2010 jam 8.00 malam telah diadakan sessi pemilihan jawatankuasa ProX Bowling Club dan selesai pengundian keputusannya adalah seperti berikut:

Pengerusi - En. Illya Salehudin Jaafar

Setiausaha - En. Mohd Amir Nordin

Bendahari - En. Mohd YusofF

Kapten - En. Wan Kamal

AJK :

1. En. Megat
2. En. Max (Amir)
3. En. Wan Zul
4. En. Sofian
5. Pn Suhara Ishak

Selasa, 3 Ogos 2010

BAIK DAN BURUKNYA PRE BOWL DAN POST BOWL

ProX Bowling Team telah dilahirkan pada awal tahun lepas 2009 hasil dari keikhlasan, semangat kekitaan dan didorong oleh sikap ramai mesra kita yang bermula dari kumpulan-kumpulan yang kecil yang saling tegur-menegur dan sapa menyapa hingga terlahirnya sebuah idea menggabungkan kumpulan kecil yang diketuai oleh En. Rashid, En Wan Kamal, En Jais, En Ishak, En. Yus, En Shmir, En, HG dan lain-lain kumpulan lagi.

Maka atas semangat untuk mempertingkat permainan bowling dan merapatkan tali silaturahim, bermula sejarah Pertandingan Liga ProX yang pertama pada tahun pertengahan tahun 2009. Objektif utama ialah mengumpulkan semua ahli ProX dalam satu hari dan masa yang serentak, bertanding bagi mempertingkatkan permainan bowling, mewujudkan satu ikatan persaudaraan yang rapat yang akhirnya mewujudkan satu budaya masyarakat sukan yang punya sifat-sifat madani yang tinggi dalam pembentukan ikatan tali persaudaraan dan persahabatan. Ini semua hanya boleh dikekalkan pada masa depan sekiranya kita hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan.

Walau bagaimana pun disebabkan faktor-faktor gaya dan stail kehidupan kita yang menuntut kita memberikan komitmen tinggi pada pekerjaan kita sama ada bekerja sendiri atau dengan swasta dan kerajaan, menuntut kita memberikan perhatian kepada pembelajaran anak-anak, menuntut kita mungkin membahagikan masa antara isteri-isteri maka kadang-kadang kita terpaksa berkorban dan dengan berat hati tidak dapat melaksanakan tugas kita sebagai pemain Liga ProX pada Hari Jumaat yang ditetapkan.

Kalau itulah alasan kita, rasanya jawatankuasa ProX perlu menerimanya tetapi undang-undang tetap perlu ada. Bayangkan sebuah negara tanpa undang-undang, sebuah sukan tanpa undang-undang, bermadu tanpa undang-undang maka segala-galanya menjadi kelam kelibut dibuatnya.

Mengehadkan bilangan pre bowl dan post bowl adalah langkah baik tetapi lebih terbaik lagi jika kita boleh educate diri kita sendiri supaya mengelakkan seboleh mungkin daripada bermain pre bowl dan post bowl. Kita perlu sedar pre bowl dan post bowl perlu ada tetapi ianya tidak menyumbang kepada satu bentuk sosial sukan dalam kita memperkatakan soal mempertingkatkan tali silaturahim dan dalam usaha kita mempertingkatkan kekuatan mental kita dalam menghadapi perlawanan secara liga.

Bagi Liga ProX musim 4, kita ingin melihat 1 keluarga besar yang berkumpul pada 1 tarikh dan 1 masa yang sama (mengambil semangat 1Malaysia) bertemu dan bermain selaras dengan objektif kita sekali gus kita berharap satu hari nanti ada di antara kita menjadi pemain peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan Dan yang paling penting semangat ikatan kekeluargaan di antara kita semakin rapat dan percayalah dalam sebuah keluarga yang rapat bakal ada yang bak kata pepatah “Sedangkan Lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri”, dan pupuklah satu semangat bertolak ansur dan “Jangan jadi anjing dan kucing” sebaliknya jadi insan yang cemerlang dan terbilang dalam sukan ProX Bowling.

Ahad, 1 Ogos 2010

TIADA JALAN PINTAS HIDUP MEWAH – SKIM CEPAT KAYA

17 Julai 2010, masih segar dengan cerekarama TV3 Saham Neraka - AB Taufan yang mengisahkan keluarga Pak Halim, isterinya, Jamilah dan anak mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pada mulanya Pak Halim tidak berminat bermain saham kerana duit saham adalah riba. Senah kawan Jamilah cuba memujuk Pak Halim sekeluarga bermain saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan.

Pada babak-babak terakhir ditunjukkan bagaimana Pak Halim pula berani meminjam duit dari peminjam wang haram. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Masalah mula timbul apabila Pak Halim tidak mempunyai duit untuk bayar balik duit yang dipinjam daripada ceti haram. Dia terpaksa mencagarkan rumahnya. Pak Halim terkejut membaca berita mengenai saham haram. Rozmi juga mengalami masalah sama di universiti. Ramai pelanggan meminta wang kembali. Pak Halim dan Jamilah menjadi buntu.

Cerekarama arahan Erma Fatima ini memang menarik perhatian saya kerana ia sebuah kisah yang benar-benar telah berlaku dalam masyarakat Malaysia terutama melibatkan orang Melayu sebagai “downliner” yang bercita-cita menjadi “upline” dan menjadi kaya sekelip mata.

1 Ogos 2010, saya tertarik apabila Berita Harian menyiarkan temu bual dengan Deja Moss yang saya tabik kerana tanpa segan mendakwa beliau telah pun menjadi mangsa skim cepat kaya ini. Mana tidaknya yang perkenalkan skim ini kawan dia juga. Samalah dengan orang lain. Masuk skim cepat kaya hasil pujukan dan kata-kata semangat kawan-kawan.

Masuk USD300 (bersamaan RM1,050), heboh maklumkan pada kawan-kawan dah untung sebab dapat balik duit 300.00. Bila tanya 300 dollar Amerika ke? Jawabnya perlahan je RM300. Tak faham dibuatnya.

Skim cepat kaya ini juga menular bukan saja kepada kakitangan swasta malahan kakitangan kerajaan juga. Kalau dahulu pinjaman Bank Rakyat antara RM5,000 hingga RM20,000 diambil bagi membuat ubahsuai rumah, membeli peti sejuk dan televisyen, menyimpan sikit-sikit di Tabung Haji, hari ini segala-galanya tampak berubah.

Hari ini pinjaman Bank Rakyat diambil antara RM20,000 hingga RM100,000 bagi tujuan dilaburkan dalam pelbagai skim cepat kaya atas nama pelaburan dalam “Projek Ternakan Kambing”, Projek Ternakan Cacing dan lain-lain skim. Lebih hebat nak masuk skim ini kawan-kawan yang dah melabur mendakwa kenal rapat dengan penganjur skim. Skim ini hanya untuk saudara je atau kawan-kawan rapat katanya.

Saya sendiri punya kawan (perempuan) yang tidak pernah serik dengan skim cepat kaya malahan bolelah dikatakan sudah begitu ketagih dengan skim ini. Pada awal Januari 2005 pernah beliau ajak saya sertai skim ini dan maklumkan lagi 2 tahun dia kan berhenti kerja dengan Kerajaan.

Sebab beliau kata, setiap hari dia boleh dapat 4 orang masuk skim cepat yang dia masuk. Bermakna dalam masa 2 tahun beliau akan jadi jutawan dan dengan bangga maklumkan akan berhenti kerja Kerajaan sebab kerja Kerajaan tak boleh jadi kaya.

Tapi sehingga hari ini sudah Ogos 2010, beliau masih bekerja dengan Kerajaan malahan jika ada iklan jawatan kosong bagi kenaikan pangkat beliau pantas membuat permohonan. Apa dah jadi. Tapi hingga hari ini beliau tidak serik melabur dalam skim cepat kaya dan saya lihat beliau tidak kaya-kaya. Masih perlukan gaji dari Kerajaan untuk menyara hidup.

Paling menarik orang seperti saya yang menolak menyertai skim ini dikatakan berfikiran kolot dan tak cerdik akal. For me nothing come easy, dan saya bekerja dengan Kerajaan atas prinsip seperti yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dalam perhimpunan MAPPA ke 11 seperti berikut:

“Sesungguhnya, penjawat awam adalah khadam pemelihara kepentingan awam atau "Custodian of the public interest". Jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian tidak me miliki integriti maka kepercayaan dan keyakinan rakyat akan hilang. Kata pepatah lama, harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Kita boleh mencari kuasa, kekayaan, kedudukan dan ilmu pengetahuan tetapi tanpa integriti kita tidak akan mempunyai nama yang baik sedangkan nama yang baik amatlah mustahak. Inilah yang akan dikenang oleh rakyat dan dicatat dalam sejarah”

Skim cepat kaya, skim pyramid atau lain-lain skim seperti kata Deja Moss perlukan pemantauan pihak berkuasa dari masa ke semasa. Artis banyak digunakan dan nama mereka di jaja bagi menjayakan skim ini. Nama-nama tokoh agama juga di jaja. Cuma saya berharap perkara ini tidak menjadi barah hingga nama pembesar Negara pula dijajah.

Di peringkat Kerajaan Malaysia Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2009 bertajuk Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Skim Cepat Kaya telah dikeluarkan pada awal Januari 2009. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

Jadi fikir-fikirlah kerana tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.

Sabtu, 24 Julai 2010

FINAL SEASON 3 PROX BOWLING TOURNEMENT





Perhatian kepada semua pemain Liga ProX, jawatankuasa Liga ProX telah memutuskan perlawanan akhir liga musim 3 akan diadakan seperti berikut:-

Sabtu, 31 Julai 2010
9.30 malam
Bertempat di Sunway Piramid Bowling Centre

Sila buat bayaran kepada Encik Amir.

Kepada yang tidak dapat turun pada malam tersebut sila buat pre bowl dan sila ambil maklum post bowl adalah TIDAK DIIBENARKAN.

Selasa, 29 Jun 2010

1 NISBAH 40 MELAYU MENDAFTAR DENGAN SPR

Rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu amat teruja dengan kempen 1Malaysia yang dilaung-laungkan dan dijulang oleh Kerajaan Malaysia di bawah era pentadbiran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sekarang. Lantas sambutan Maljis Kibar Jalur Gemilang di Kanggar pada 1 Ogos 2010 nanti bakal menyaksikan satu sambutan yang pasti diwarnai dengan kempen 1Malaysia. Itu yang Perdana Menteri mahu lihat.

Saya percaya Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia demi kemajuan dan tranformasi pelbagai aspek ke arah kemajuan rakyat dan negara Malaysia. Bukannya mengambil semangat ini dari sudut yang songsang sehingga mewujudkan angka 1 yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu. Bukan 1 ini yang kita mahukan. Kita mahukan 1Malaysia tidak 1:40 Melayu dibandingkan dengan bangsa Cina yang mendaftar dcengan SPR.

Dalam keluaran muka depan Berita Harian 28 Jun 2010, pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Sayangnya berapa ramai orang Melayu yang membicara soal ini dikedai-kedai kopi diketika Piala Dunia 2010 sedangan hangat berlangsung. Adakah persoalan ini diperkata, diperdebatkan, dibincangan atau tiada langsung orang Melayu yang ambil berat soal ini. Saya sendiri hamper setiap malam jam 10:00 malam menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia di kedai kopi (restoran mamak) dan sehingga saat ini belum ada rakan-rakan yang suka berbicara tentang politik memperkatakan soal ini. Mungkinkah orang Melayu tidak serius dalam isu pendaftaran dengan SPR? Mungkin ada benarnya.


Walau pun, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman, saya lebih tertarik dengan pengesahan “confirmation” yang dibuat oleh Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata peningkatan pendaftaran pengundi bukan Melayu adalah kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

Trend lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya 2008 juga disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR bercakap berdasarkan fakta dan data penngundi yang berada dibawah selian mereka dan sebagai rakyat Malaysia kita wajar mempercayai SPR. Menurut SPR lagi, ramai anak muda Melayu gemar menunggu sehingga saat akhir untuk mendaftar sebagai pengundi. Persoalan mengapa ini terjadi dan bagaimana harus keadaan ini diatasi?


Dalam keluarga Melayu peranan ibu bapa dalam hal ini perlu diberi perhatian. Majoriti ibu bapa Melayu kurang aktif dalam soal pendaftaran dengan SPR. Dari sudut SPR sendiri walaupun Pejabat Pos Malaysia telah dilantik untuk menjadi ajen pendaftaran SPR namun rata-rata anak Melayu tidak menyedari tentang hal ini. SPR sendiri perlu memainkan peranan yang aktif dan mewujudkan KPInya yang sendiri dan mendapatkan persijilan ISO9001:2008 (jika masih belum ada) bagi memastikan 100% warga Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan layak mengundi mendaftar dengan SPR. Kempen dan promosi di media massa harus dipertingkatkan dan SPR mungkin boleh mengkaji bagi menggunakan portal MYEG untuk proses pendaftaran pengundi baru. Atau menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai satu lagi kaedah pendaftaran dengan SPR dimana setiap warga Malysia diwajibkan menukar Kad Pengenalan pada usia 21 tahun dan semasa ini pendaftaran dengan SPR dilakukan serentak.

Kepada anak Muda Melayu, bangkitlah dan sedarlah bahawa masa depan orang-orang Melayu di Malaysia adalah ditangan anda. Maju atau mundur, berjaya atau tidak sesuatu bangsa itu hanya dapat ditentukan oleh bangsanya sendiriu dan janganlah salah orang lain atas kegagalan kita.

Ahad, 27 Jun 2010

SEASON 3 WEEK 7 PROX BOWLING RESULTS



Minggu ke 5 dan ke 6 tidak sempat dikemaskini kerana saya agak sibuk. Walaubagaimana pun bagi minggu ke 7 akhirnya IZ dan Ishak berjaya dikalahkan oleh Illya. Manakala bagi bahagian wanita Sue masih tercari-cari rentak permainan.


POS NAME POINTS
1 OMAR 927
2 ONE 889
3 ASNL 875
4 MAX 868
5 SQ 841
6 MM 818
7 ROSLY 818
8 MRI 816
9 ZUL B 808
10 AMIR 805
11 YATIM 804
12 HASBULLAH 800
13 RAHMAN 794
14 JAZZ 789
15 BENTO 781
16 MGT 777
17 HG 775
18 NICE 770
19 ILLYA 766
20 ISHAK 756
21 IZ 714
22 AZMA 707
23 SHMIR 0

HG MAX 207

POS
1 ZAI 627
2 ZIE 618
3 DMAZZ 580
4 YAN 549
5 SUE 527

HG ZIE 172