Khamis, 28 Januari 2010

TEKS SEBAGAI PENGACARA SEMINAR DATO DR FADZILAH KAMSAH


YBhg. Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati,

Selaras dengan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran bagi memastikan kita semua, menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab, demi kepentingan pencarum kita, maka seminar hari ini dilihat, dapat memberikan kita satu semangat dan kekuatan ke arah pencapaian hasrat murni ini.

30 Oktober 2009, YBhg. Datuk Fadzilah telah hadir ke LTAT dan mengajar kita erti keseronokan dalam bekerja. Alhamdulillahlah dengan motivasi Datuk, cuba tengok hari ini semua warga LTAT senyum je...tanda seronok. Kalau pun ada seorang dua kat belakang tu mengantuk Datuk...bukan apa...lapar belum minum pagi ....minum pagi pukul 10 Datuk..Arahan..

Hari ini kita bersua sekali lagi dengan YBhg. Datuk kerana selepas seronok kita nak jadi orang baru. Orang baru yang dirahmati Tuhan dan disayangi insan. Maka pengisian program kita pada hari ini antaranya termasuklah persoalan.. “Apa sebenar yang kau cari”.....“Kenapa sukar untuk berubah”, “21 rutin fitrah insan terbilang” dan “21 Langkah bijak mencari isteri baru” silap tengok Datuk “21 Langkah bijak menjadi orang baru”.

Tuan/puan yang saya hormati bagi mencapai maksud dan tujuan seminar kita pada hari ini, pihak pengurusan LTAT sekali lagi telah mengundang seorang insan “Buatan Rakyat Malaysia” zaman Tun Mahathir, insan yang “Cemerlang dan Terbilang” zaman Pak Lah dan zaman ini zaman Dato Seri Najib yang tak suka bilang-bilang, hanya suka bende-bende yang SATU, tuan-tuan dan puan2 satu-satunya penceramah berstatus artis veteran, dipersilakan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah untuk mengendalikan dan memotivasikan warga LTAT melalui Seminar 21 Langkah Bijak Menjadi Orang Baru. Dipersilakan Datuk.

PENUTUP

Bagi pihak pengurusan LTAT, saya suka merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan Datuk mengisi seminar ilmu ini dengan rangka tindakan yang komprehensif untuk kita semua saling mengingati dan berubah ke arah insan yang dirahmati ALLah SWT kerana insan yang dirahmati ALLah adalah insan yang disenangi oleh keluarga, masyarakat dan majikan.

Semoga dengan terbentuknya budaya yang terbilang, minda cerdas yang positif, usaha dan tindakan yang cemerlang yang kita manfaatkan daripada Seminar ini dapat menjadikan kita orang baru yang mempunyai semangat dan kekuatan untuk bekerja demi kemakmuran LTAT yang kita cintai.

Serangkap pantun penutup bicara
Agar majlis terasa indah sebelah petang
Dari pagi Datuk berbicara
Tibalah masa minum petang

Dengan nama ALLah, saya sudahi majlis ini dengan Wabillahi taufik Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatutullahi Wabarakatuh.

Rabu, 27 Januari 2010

Kepala Babi Dilontar Dalam Perkarangan Dua Masjid

source http://www.malaysiakini.com/news/122975

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.


KOMENTAR SAYA

Saya berdoa agar penduduk Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dapat bersabar walaupun hati ini terguris dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan membelakangkan undang-undang negara. Jangan memburukkan lagi keadaan. ALLah senantiasa bersama orang-orang yang sabar.

Patuhi nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Apa-apa pun>>>

"Saya mengutuk keras perbuatan ini dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Islam tidak menganjurkan perbuatan khianat dan mencetuskan keadaan tidak tenteram".

Ahad, 24 Januari 2010

REKOD JATUHAN PIN TERTINGGI PROX BOWLING

Rekod jatuhan pin tertinggi PROX BOWLING kini sah dipegang oleh En. Mohd Rashid Ishak (MRI). Dengan rekod jatuhan 267 pin semalam di dalam perlawanan "free bowl" melibatkan 12 pemain Liga PROX Bowling pencapaian ini diiktiraf oleh Jawatankuasa PROX BOWLING.

Saksikan video klip jatuhan pin tersebut.

Sabtu, 23 Januari 2010

ATM BANK ISLAM LANGUAGE JAWI


Syukur alhamdullillah dikurniakan ALLah SWT idea apabila semalam 23 Janauari 2009 jam 9.00 malam ketika ingin melakukan transaksi di mesin ATM di Balakong. Seorang bangsa Cina membuat pengeluaran menggunakan Language Chinesse.

Tiba-tiba terfikir alangkah indahnya jika Bank Islam boleh memulakan usaha menggunakan Language Malay JAWI untuk urusan di mesin ATMnya.

Sudah tiba masanya tulisan JAWI diangkat semula ke martabat yang tinggi dan digunakan secara meluas dan bidang perbankan.



post to bank islam e-mel : bankislamcard@bankislam.com.my

Jumaat, 22 Januari 2010

KICK OFF - 2ND PROX SINGLES CHALLENGE

Alhamdullilah 2nd PROX Singles Challenge telah pun bermula pada 22 Januari 2010 dan seterusnya akan diadakan pada setiap malam hari Jumaat sehingga 30 April 2010. Pelancaran malam tadi diserikan dengan jamuan makan malam dan sambautan Majlis Harijadi saudara Rahman yang ke 48.

Daripada 22 pemain saya menduduki tempat ke 18 dengan jatuhan pin 157, 142, 170, 152 dan 107 dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin 728. Nasib baik tidak berkedudukan corot.

Sedikit gambar mewarnai pelancaran 2nd League Prox Bowling






Sabtu, 16 Januari 2010

TINDAKAN BERSEPADU ATASI ISU PATI BAKAL MENYELESAIKAN MASALAH PEMBANTU RUMAH LARI

“Kerajaan akan menggunakan tindakan bersepadu membabitkan penguatkuasaan dan membentuk mekanisme saringan awal yang komprehensif dalam usaha membenteras Pendatang Tanpa Asing (PATI) di negara ini. Tahniah Datuk Seri Hishammuddin atas usaha awal ini memandangkan rakyat Malaysia hari ini mula merasa kurang selesa dengan kehadiran PATI.

Kita menghargai dan memerlukan tenaga rakyat asing tetapi perlulah melalui saluran undang-undang Negara yang sah bukan sahaja di Malaysia malahan sah di negara asal mereka bagi urusan untuk bekerja di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sebagai warga Malaysia yang perihatin terhadap masalah PATI, saya terpanggil untuk turut serta dalam usaha murni ini melalui facebook/blog saya http://illyasalehudin.blogspot.com sebagai pengantara cadangan saya kepada YAB Perdana Menteri.

Kerajaan seharusnya menetapkan sektor-sektor pekerjaan mana yang boleh mengambil atau menggaji pekerja asing mengikut negara. Contoh bagi rakyat Indonesia kaum lelaki hanya dibenarkan bekerja di sektor pembinaan dan perladangan. Kaum wanita Indonesia hanya boleh bekerja disektor pembantu rumah, tukang cuci pejabat dan kilang.

Dasar pengsektoran mengikut negara ini perlu diutamakan dan perlu jelas supaya memudahkan urusan pemantauan pekerja asing di Malaysia. Hari ini kita lihat warga asing berada di mana-mana sektor termasuk di restoran, pembantu jualan, peniaga dan ada yang sudah bergelar tauke dan rakyat Malaysia pula yang bekerja dengan mereka (bukan hina tapi hakikat kelemahan sistem penguatkuasaan hari ini yang perlu kita atasi bersama).

Paling menyedihkan sektor pembantu rumah. Sebut sahaja bagi rakyat Malaysia yang ada dan perlu Pembantu Rumah. Lebih 90% menghadapi masalah Pembantu Rumah lari (berdasarkan kajian saya di Bandar Tun Husein Onn, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, rakan-rakan PROX Bowling Kajang dan sahabat di facebook.

Persoalannya apakah mereka lari dan terus balik ke Indonesia. Jawapannya sama sekali tidak. Mereka masuk ke sini secara sah melalui agen Pembantu Rumah (bayaran masuk kita sebagi majikan yang bayar bukan sikit tapi kosnya mencecah hingga RM8,000.00). Cukup empat bulan selepas agen tidak lagi bertanggungjawab, pada masa inilah Pembantu Rumah lari dan ada yang sempat memberitahu jiran majikan bahawa majikan tak bagi makan dan macam-macam perkara lain yang sengaja direka cipta.

Bayangkan duit RM8,000 itu hangus begitu sahaja dan apabila kita mengambil lagi Pembantu Rumah amaun yang sama perlu dibayar lagi. Dan kos kita bertambah RM16,000. (Kadang-kadang terfikir dengan duit yang sebanyak itu aku boleh kahwin satu lagi. Hantaran di Melaka buat masa ini standardnya RM7,000. Mahal lagi Pembantu Rumah)

Di manakah mereka lari? Mereka lari meninggalkan majikan kerana peluang terbuka luas bagi mereka bekerja disektor restoran/kedai makan dan sebagai tukang cuci pejabat yang hidupnya lebih bebas dan tidak terikat. Sebab itu apabila pihak Majlis Perbandaran buat serbuan di restoran pada kebiasaannya 80% pekerja asing akan diangkut kerana tidak punyai permit (Cuba Tanya Majlis Perbandaran Kajang betulkan statistik ini).

Kerajaan perlu mengatasi masalah ini, di mana wanita Indonesia hanya dibenarkan bekerja di sektor Pembantu Rumah, tukang cuci pejabat (dengan syarat asrama disediakan dan tender cuci boleh ditamatkan serta merta jika mengaji PATI) dan sektor perkilangan (dengan syarat disediakan asrama dan jika pekilang mengajikan PATI seharusnya dkenakan denda yang tinggi.

Sekiranya Kerajaan Malaysia dapat melaksanakan perkara ini dengan jayanya maka pada ketika itu Pembantu Rumah boleh diberikan cuti hujung minggu dan majikan tidak akan risau tentang penyakit “LARI” ini. Buat masa ini jika diberi cuti risiko Pembantu Rumah lari adalah teramat besar.

YAB Dato Seri, rakyat Malaysia merupakan majikan yang penyayang dan bukannya kejam tapi sikap Pembantu Rumah yang suka lari ini menimbulkan masalah besar dan perhatian Kerajaan 1Malaysia dalam konsep “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan” haruslah peka terhadap masalah ini.


Post to YAB Perdana Menteri melalui Facebook Najib Tun Razak jam 2.50am 17 Januari 2010.

Selasa, 12 Januari 2010

Lawatan ke LTAT oleh Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

LTAT selaku pemenang Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Sektor Badan Berkanun Kerajaan 2008 telah menerima kunjungan daripada pengurusan dan pegawai Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)pada hari ini 12 Januari 2010. Lawatan oleh LPPKN ini diketuai oleh Ketua Akauntannya,Puan Salwani Hj. Rahmat.

Pegawai-pegawai lain yang turut serta En. Hanizar, Pn Bibi Azlilie, En. Mansor, En. Aemi, Cik Nor'Ashikin, Pn Hasnah, Pn Fadzilah, En Awalluddin, Cik Zaharah, Pn mariah, Pn Siti Zaharah, Cik Rahimah, Pn Zakiah dan Pn Tumi Laily