BLOG BERKAITAN ISU SEMASA MERANGKUMI PERSOALAN SOSIAL, RESIPI MASAKAN KELUARGA, PRO X BOWLING TEAM & LTAT
Isnin, 11 Januari 2010
AMANAT TAHUN BARU 2020 KETUA EKSEKUTIF LTAT
Beliau menyentuh tentang keadaan kemelesetan ekonomi global masih dirasai bagi sebahagian tahun 2009 yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara membangun turut menjadi sederhana. Namun begitu, separuh kedua tahun 2009 menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi global dengan langkah-langkah positif diambil oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat yang berusaha meningkatkan kecairan dan mengekalkan kadar faedah rendah bagi menggalakkan pelaburan dan mengurangkan pengangguran.
Pada masa yang sama, beberapa negara telah melaksanakan pakej rangsangan fiskal bagi mengurangkan kesan krisis dan merangsang ekonomi. Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF mengunjurkan ekonomi dunia menguncup pada kadar lebih rendah iaitu -1.1 peratus berbanding unjuran -1.4 peratus sebelumnya. Bagi tahun 2010 pula, ekonomi dunia dijangka kembali berkembang kukuh pada kadar 3.1 peratus.
Ekonomi negara yang kini memasuki tempoh akhir Rancangan RMKe-9 juga telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Pertumbuhan ini adalah dipacu permintaan domestik khususnya perbelanjaan swasta serta pemulihan permintaan luar. Dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 billion yang diumumkan kerajaan sebelum ini serta pelaksanaan dasar monetari yang akomodatif telah membantu proses pemulihan ekonomi negara.
Beliau seterusnya memaklumkan bagi tahun-tahun mendatang persekitaran ekonomi dunia dijangka lebih mencabar berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara maju, harga tenaga dan komoditi yang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan persaingan daripada ekonomi baru muncul.
Tan Sri Dato Lodin Wok Kamaruddin seterusnya memaklumkan tahun 2009 merupakan tahun yang sukar bagi LTAT akibat keadaan ekonomi semasa negara yang belum pulih sepenuhnya dan ini menyebabkan pencapaian LTAT turut terjejas.
Beliau telah membentangkan tentang jumlah pendapatan LTAT bagi tahun 2009 dan seterusnya memaklumkan komitmen LTAT yang memberikan keutamaan dalam pemberian faedah dan perkhidmatan kepada pencarum selaras dengan gagasan negara iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Berhubung pencapaian prestasi setiap Jabatan di LTAT, YBhg. Tan Sri memaklumkan rasa puasa hati beliau di mana semua Jabatan telah memainkan peranan masing-masing dengan baik bagi memastikan LTAT terus berupaya mengadakan faedah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pencarumnya. Setiap Jabatan telah mengadakan KPI utama Jabatan mengikut fungsi dan objektif penubuhan setiap Jabatan.
Beliau seterusnya menekan kepentingan untuk semua pegawai/kakitangan LTAT kompeten terhadap penggunaan IT supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara dalam usaha Kerajaan mencapai Wawasan 2020.
Beliau menutup amanat beliau dengan menjelaskan keadaan ekonomi negara yang dijangka bergerak sederhana pada tahun ini dan pegawai/kakitangan LTAT perlu mengambil kira faktor ini untuk dijadikan asas pertimbangan supaya sentiasa bersedia dan lebih proaktif dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengutamakan pelanggan dan produktiviti sebagai menyahut seruan kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GPT) berdasarkan pendekatan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA - OBJEKTIF PENUBUHANNYA

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sebuah Badan Berkanun Kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1972 melalui Akta Parlimen,101 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).
Objektif umum penubuhan LTAT ialah untuk mengadakan faedah-faedah persaraan bagi askar lasykar dan juga membolehkan anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lain menyertai satu skim simpanan. Dalam tahun 2000 Akta Tabung Angkatan Tentera (TAT) telah dipinda untuk mengambil kira pemberian faedah kepada Anggota Kerahan Angkatan Sukarela. Sehubungan dengan itu objektif umum LTAT telah dipinda untuk meliputi dua perkara berikut:
Objektif utama pertama ialah mengadakan faedah persaraan dan faedah-faedah lain untuk anggota lain-lain pangkat ATM (Pencarum wajib) dan satu skim simpanan untuk pegawai-pegawai Angkatan Tentera dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (Pencarum Sukarela).
Objektif utama kedua ialah melaksanakan program-program latihan peralihan bagi anggota Angkatan Tentera yang akan atau yang telah bersara atau yang hampir akan bersara.
Sabtu, 9 Januari 2010
SELANGOR JUARA PIALA SUMBANGSIH 2010
SEREMBAN, 10 Jan (Bernama) -- Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, Sabtu malam.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.
Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selepas rehat, pasukan 'The Red Giant' bimbingan K. Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D. Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor.
sumber: www.bernama.com
Komentar : Sebagai peminat The Red Giants saya gembira tetapi berdoa agar tak berulang peristiwa seperti tahun lepas. Menang Piala Sumbangsih tapi sumbang semasa Piala Malaysia hingga final pun tak jejak kaki.
Semoga tahun ini Piala Malaysia Selangor yang punya.
Selasa, 5 Januari 2010
MUZIK MUZIK 2009


Lagu Peringkat Akhir Muzik-Muzik 2009.
1. Becinta - Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)-dinyayikan oleh Shahila OIAM
2. Pakai Buang - Stacy (Edry/Edry)
3. Aurora - Estranged (Estranged/Estranged)
4. Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah (Ajai/Habsah Hassan)
5. Rindu Terhenti -Tomok (Aubrey Suwito/Tinta)
6. Bengang - Akim (Amir/Sheikh Qalam)
7. Situasi - Bunkface (Sam/Sam)
8. Dan Sebenarnya - Yuna (Yuna,Paan, Efry,Adil/Yuna, Paan, Efry,Adil)
9. Kau Aku -Aizat (Aizat/Aizat)
10. Pergi - Aizat (Pete Teo/Pete Teo)
11. Aku Scandal - Hujan (Noh/Noh)
12. Cinta Adam & Hawa - Misha Omar (Azmeer/Loloq)
13. Masih Jelas - Hafiz (Aidit Alfian/Ad Samad)
14. Aku Rindu Sayang Kamu - Black (Yuzai/Yuzai)
PILIHAN TOP 3 SAYA ADALAH
1.Cinta Adam & Hawa - Misha Omar (Azmeer/Loloq)
2.Bengang - Akim (Amir/Sheikh Qalam)
3.Kau Aku -Aizat (Aizat/Aizat)
SIAPA JUARA
RAMALAN SAYA CINTA ADAM & HAWA MISHA OMAR
PENYANYI TERBAIK
AKIM
Isnin, 4 Januari 2010
Sabtu, 2 Januari 2010
1BAHASA - PERKATAAN ALLAH HAK EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
Aku bagaikan tak percaya dan terduduk apabila Berita TV3 jam 8.00 malam 31 Dis 2009 memaklumkan perkataan Allah boleh digunakan dalam Majalah ini. Keputusan ini mempunyai risiko yang besar terhadap hilangnya keharmonian rakyat Malaysia yang majoritinya Islam.
Fikirku akan ada bantahan pada 1 Januari 2010 selepas Sholat Jumaat secara besar-besaran. Rupanya sangkaan akau meleset bila cuma ada bantahan sebilangan kecil sahaja umat Islam melalui perhimpunan secara aman di luar Masjid Wilayah, Jalan Duta oleh yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Aku menanti komen Dato Seri Najib, Tun Mahathir, pemimpin UMNO dan pemimpim PAS. Alhamdullilah mereka bersuara dalam 1Bahasa. Semuanya membantah keputusan ini dan tindakan Jabatan Perdana Menteri dan Kemementerian Dalam Negeri bagi merayu kes ini amat ditagih oleh umat Islam di Malaysia.
Tun Mahathir meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin meningatkan bahawa isu ini bukan isu politik, ini isu akidah, tauhid yang umat Islam tidak akan beri respon senyap.
PPIM telah mengambil langkah proaaktif dengan melancarkan petisyen bantahan secara online dan malangnya sehingga kini baru 200 orang sahaja yang mengambil bahagian dimana aku menjadi orang yang ke 200 (dua ratus sahaja) itu jam 11.20 pagi tadi. Lawati segera laman ini dan kemukakan bantahan anada yang mewakili umat Islam.
http://muslimconsumer.org.my/herald/
2010 DAN HARAPAN KEPADA PERDANA MENTERI

YAB Perdana Menteri,
Memetik kata-kata YAB yang berharap rakyat Malaysia dapat meraikan sambutan tahun baru 2010 dalam suasana aman dan harmoni dan menyeru semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke hadapan bagi mengharumkan nama Malaysia dan berharap tahun 2010 akan membawa kemakmuran, keselamatan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah, saya terpanggil untuk memaklumkan harapan saya sebagai rakyat Malaysia kepada YAB PM.
1. Pertama mengharapkan Kerajaan Malaysia menangani masalah pekerja asing tanpa izin yang sudah tidak terkawal dari segi jumlahnya, tidak berada dalam sektor ditetapkan sehingga rakyat Malaysia keliru orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India ada di mana-mana sektor pekerjaan, warga Afrika yang tidak tahu punca apa mereka berada disini walaupun sering mengaku student walaupun sudah berumur.
2. Kedua mengaharapkan Kerajaan menurukan kadar cukai pendapatan individu sekarang yang agak tinggi. Potongan cukai individu yang mendapat bonus buat masa ini tidak kurang 20% daripada bonus yang diterima. Apakah adil mengambilkira anak ramai potongan kurang anak sikit potongan banyak. Kerajaan sepatutya perihatin kepada pasangan suami isteri yang tidak punya anak sebab kemandulan. Apakah wajar mereka dikenakan potongan PCB tinggi akibat tiada anak sedangkan mereka teragnggu emosi tiada anak.
3. Memertabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara dan meletakkan ianya setinggi mana yang boleh dalam peta bahasa di dunia sebagai bahasa ilmuan.

